OOO

Selasa, November 16, 2010

Pelajar Perubatan Malaysia Terbunuh Dalam Nahas Jalan Raya Di Selatan India

Al Fatihah buat Muhammad Akmal Shahiran Marzukhi yang merupakan junior Yana yang meninggal dunia di sebabkan kemalangan motosikal.  Semuga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Simpati kepada ibubapa dan keluarga tercinta kerana mereka mengharapkan agar anak pulang dengan kejayaan tapi takdir menentukan cuma jasadnya ajer yang selamat kembali ke tanahair tercinta.   Semuga mereka bersabar di atas dugaan dari Allah swt ini.
Berhati-hatilah anak-anakku di sana.  Akak memang risau bila Yana naik skuter tu.  
 Cara pemanduan, jalan, sikap dan gaya mereka tidak sama dengan orang di Malaysia.  

Semuga pelajar-pelajar yang disana selamat pergi dan selamat kembali di sini.


Berita Penuh
 CHENNAI: Impian Muhammad Akmal Shahiran Marzukhi untuk menjadi seorang doktor berkecai apabila beliau terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di Selatan India, petang Khamis lalu.

Kemalangan itu berlaku apabila Akmal, pelajar tahun pertama di JJM Medical College di Davangere, di negeri Karnataka, sedang membonceng motosikal yang ditunggang seorang pelajar.
 Rakannya cuba mengelak beca bermotor lalu hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke dalam longkang.

Akmal cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia pada hari yang sama di sebuah hospital tempatan. Rakannya terselamat.

Pelajar tajaan Mara berumur 19 tahun itu tiba di India untuk melanjutkan pengajian perubatan September lalu.

Konsul Jeneral Malaysia Anuar Kasman berkata, jenazah pelajar itu diterbangkan dari Bangalore ke Lapangan Terbang antarabangsa Kuala Lumpur awal pagi Sabtu.

Majlis pengebumian akan diadakan di Kuala Kedah.
Davangere terletak kira-kira 260 km dari Bangalore.

Sumber : BERNAMA

Panggilan terakhir anak-sumber Berita Minggu  14hb. November 20.11.2010.


Sungai Petani:


"Saya tidak sangka panggilan telefon daripada Akmal dua hari sebelum kejadian adalah yang terakhir sebelum dia pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya" kata Pengarah Kesihatan Kedah, Marzhuki Md Isa berhubung anak lelakinya, pelajar tahun pertama Kolej Perubatan Davangere JJM Karnataka, India yang maut dalam kemalangan jalan raya di Selatan India, Khamis minggu lalu.


Beliau berkata, mangsa, Muhammad Akmal Shahiran Marzukhi (Akhmal),20 menghubungi ibunya dan seperti biasa riang bercerita mengenai kehidupan di India sejak berada di negara itu dua bulan lalu selain melahairkan rasa rindu dengan masakan Malaysia.

24 ulasan:

  1. saya pun ada anak sedara yang belaajr di india, moga selamat.....

    Blog Tinta Comellote

    BalasPadam
  2. memang bahaya kat sana. sebelum nie pun dah ada kes pasal terlanggar makcik tua kemudia makcik tersebut meninggal dunia. tak tahu macam mana kes budak tu sekrang. itu hari katanya keluarga makcik tersbut mintak pampasan kaw2 punya. ada anak saudara sorang belajar kat sana gak dalam jurusan perubatan

    BalasPadam
  3. salam aidil adha utk kak ina KL....
    Al-fatihah utk arwah dan takziah utk keluarga mereka...

    BalasPadam
  4. al fatihah~

    semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman..

    BalasPadam
  5. AL-FATHAH untuk arwah...

    Salam AidilAdha kak ina.. :)

    BalasPadam
  6. Takziah untuk keluarga beliau.

    helmet tak penting ke kat sana?

    BalasPadam
  7. alaahaaaiii.. dah nak raya korban.. malang memang tak berbau..
    Al-fatihah.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. ameeennn

    BalasPadam
  8. salam aidiladha buat Kak Ina KL..ALFATIHAH buat arwah...

    BalasPadam
  9. kak..moga yana selamat sampai abis blaja..mmg risau kan..di msia pun risau..kat sana depa pandu ikut suka ati je kan..

    BalasPadam
  10. innalillahi wainna ilahi raaji'uun.
    semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah.

    BalasPadam
  11. Al-Fatihah dan takziah buat ahli keluarga.. hilang lagi seorang yang bakal berkhidmat kepada kita semua

    BalasPadam
  12. salm aidiladha ina..
    alfatihah buat yang telah pergi dan takziah untuk keluarganya..
    semoga yana selamat,,menamatkan pelajarannya disana..dan selamat kembali ke tanah air..betul kata ina.berhai hati lah anak2 disana..

    BalasPadam
  13. kitorang ktt pun sayu bila dengar berita tu :( senior mara saya.

    BalasPadam
  14. salam takziah buat keluarga dan al fatihah buat arwah....
    selamat hari raya aidil adha kak...

    BalasPadam
  15. aduhaii
    alFatihah utk allahyarham

    BalasPadam
  16. semoga keluarga arwah dapat dipermudahkan urusan hari2 mendatang.....

    BalasPadam
  17. saya pun doakan semoga Allah memelihara anak akak kat sana... pulanglah dengan kejayaan

    BalasPadam
  18. alfatihah buat arwah...

    insyaallah, anak akak balik dengan ijazah :)

    BalasPadam
  19. bkn calang2 gaks bapak dier yer? al-fatihah... sy pon doakan yana selamat g n selamat kembali ngan kejayaan... amin3!!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...