OOO

Selasa, November 09, 2010

Resepi Kambing Panggang

Semalam pergi ke JJ Setiawangsa sambil beli barang ajak redlinda sekali sebab nak kasi kukis kat anakperak.  Sebab anakperak yang tolong buatkan harder baru akak ni.  Dia tak nak upah , tapi tak sedap pulak, akak bagi ajerlah kukis kat dia. Rumah  redlinda kat situ ajer. 

Ternampaklah pulak kepingan kambing yang banyak isi masa jalan-jalan kat supermarket.   Boleh pilih pulak tu.Tak mahal sangat pun, 6 kepingan besar baru RM20.00 ajer.  Akak pun penat sebab pagi buat kukis 400 keping pastu hantar pulak kat customer.

Lepas pot pet pot pet dengan redlinda akak gi ambil Imran kat sekolah dan balik rumah terus perap kambing tadi.
Basuh kepingan kambing tadi dan toskan.  Pastu tumbuk 2 inci halia dan 5 biji bawang putih.  Kemudian lumurkan bersama 1/2 botol honey hickorey barbecue sauce ni.  Perap dalam 1 jam.  Lebih lama lagi bagus tapi dah suntuk akak cuma perap 1 jam ajer.
Bubuh minyak zaitun kat dalam di sekeliling dulang pembakar.  Kemudian susun kepingan kambing dan bakar dalam 1 jam dengan suhu 200 C dengan menggunakan api bawah sahaja.  Masa pembakaran air dari kepingan kambing akak keluar.

Siapkan 1 biji bawang besar dan 1 biji tomato.  Hiriskan bulat.  Bila dah satu jam atau air dah hampir kering masukkan pulak 1 tin  besar baked bean (akak guna ayam brand) dan bubuh sekali tomato dan bawang besar dan ratakan dan bakar semula dalam 10-15 minit. 

Keluarkan dan boleh di makan bersama-sama kentang goreng, roti jagung/roti perancis  dan sup kimball. (luper nak ambil gambar).  Cubalah yer.

p/s Akak cadang nak letak resepi yang lama-lama kat blog akak http://roslana06.blogspot.com/ .  Kat situ gambar barang lama.  Kalau letak resepi pun boleh gak kot.   Sebab boleh jadi gak warisan untuk anak cucu akak kot.   Nanti akak tranfers semua resepi tahun lepas. 

Kalau nak resepi yang lama gi ajer ke sini yer ..bukan sekarang ek...ambil masa gak nak pindahkan ke situ..jadi jangan lupa linkkan http://roslana06.blogspot.com/.  untuk mencari resepi lama.

13 ulasan:

  1. Salam kak

    sedapnya kak,saay suke JJ Setiawangsa :)

    BalasPadam
  2. Wah! Kambing panggang, nampak sedap, suami saya mesti suka ni..:)

    BalasPadam
  3. mcm sedap..bole terai ni..hehe!

    BalasPadam
  4. terus mendidih perut tgok resepi and gambar kambing nih..ada sapa2 nak belanja?

    BalasPadam
  5. Sedapnye....!!!! I Love Kambing... Hehehe... Bleh Try Masak Gini Nanti... Hehehe... Murah Gila Kambing Yang Akak Beli Tu... Saya Baru Je Buat Entry Pasal Bakar-Membakar Ni Ha.. Jom Cekidaud....!!!

    aReaL Latest Update ~ Gambar Lelaki Bakar Diri Kerana Bimbang Kuil Di Roboh Di Puchong...!!!

    BalasPadam
  6. salam kak ..

    WALAWEIIII .. sodap nye kambing bakoooooo

    BalasPadam
  7. perh...terus ngidam nk makan nasik arab...teringat kambeng yg lembut dan gebu..waaa....lapa...

    bank tak selamat??

    BalasPadam
  8. humang aihh.. Kambing??!! i like kambing..!! jadi laaa buat petua.. tiba2 lapar lak.. hehehe

    i follow you...
    shakiddo.blogspot.com

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...