OOO

Memaparkan catatan dengan label Resepi Kambing Panggang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Kambing Panggang. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 09, 2013

BBQ KAMBING PANGGANG-LAYAN WESTERN YER

Assalammualaikum

Cuti yang panjang ni selalunya membuatkan jalan keluar dari Kuala Lumpur jem teruk dari malam tadi.  Suami akak mengambil masa 1 jam lebih nak sampai rumah yang selalunya mengambil masa 20 - 25 minit.  Tulah sebab malas nak gi jejalan pada musim cuti panjang macamni.  Esok baru akak gerak ke selatan kerana gi kenduri kawan.  Harap-harap esok taklah terperangkap dalam kesesakan jalan raya.  
Dah selalu akak buat kambing panggang ni ...kat umah kalau buat selalunya akak buatkan 2 keping sorang.  Kalau semua ada kat rumah kenalah buat banyak. Akak jarang bakar atas bara arang tapi selalu masak dalam oven ataupun non stick pan.  Kalau beli mesti ada lemak kat tepi daging ni..

Resepi ni untuk 2 keping..kalau buat sampai 12 keping, anda kenalah gandakan yer..kadang-kadang akak pakai agak-agak ajer.
BAHAN-BAHAN:
  • 2 keping bahu kambing (lamb chop)
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • ½ sudu teh mixed herbs
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh madu lebah asli atau gula
  • 1 biji bawang putih- dicincang halus
  • Minyak zaitun secukupnya
  • Garam secukupnya
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Campurkan semua bahan perapan bersama kambing dan gaulkan hingga rata. 
2. Kemudian biarkan diperap 4 jam dalam peti sejuk ataupun sekurang-kurang 1 jam di dalam peti sejuk.
 3. Panaskan non stick pan dengan sedikit minyak zaitun dan letakan kepingan daging..perlahankan api.  Selepas  10-15 minit (ikut ketebalan steak)  balikkan dan tunggu sehingga masak.
4.  Angkat dan hidangkan.
 
Kalau nak  panggang dalam oven pun boleh..guna suhu 200 selama 35-40 minit.
 
Bahan-bahan untuk sos lada hitam

Bahan-bahan
  • 2 cawan stok ayam@daging - akak gune stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar atau susu cair
  • serbuk lada hitam-agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
  • 2cm batang salery - cincang
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tpg gandum - bancuh dengan air
  • garam dan gula - jika perlu
Cara-cara
1.  Panaskan stok ayam, susu segar, bawang  dan  juga batang  salery. Didihkan.
2.  Kemudian  tapis. (kali ni akak tinggalkan bawang tu cuma buang daun salery ajer)didihkan semula..
3.  Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
4.  Akhir sekali masukkan bancuhan tepung  gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
5.  Boleh lah  dicurahkan ke atas kambing panggang tadi.
Salad buah akak guna lady choice ajer..cuma tuang dan sejukkan bersama-sama macam-macam buah.
Selain tu kena gak goreng ubi kentang, garlic bread dan panaskan sup campbell..barulah semua rasa kenyang.





Selasa, November 09, 2010

Resepi Kambing Panggang

Semalam pergi ke JJ Setiawangsa sambil beli barang ajak redlinda sekali sebab nak kasi kukis kat anakperak.  Sebab anakperak yang tolong buatkan harder baru akak ni.  Dia tak nak upah , tapi tak sedap pulak, akak bagi ajerlah kukis kat dia. Rumah  redlinda kat situ ajer. 

Ternampaklah pulak kepingan kambing yang banyak isi masa jalan-jalan kat supermarket.   Boleh pilih pulak tu.Tak mahal sangat pun, 6 kepingan besar baru RM20.00 ajer.  Akak pun penat sebab pagi buat kukis 400 keping pastu hantar pulak kat customer.

Lepas pot pet pot pet dengan redlinda akak gi ambil Imran kat sekolah dan balik rumah terus perap kambing tadi.
Basuh kepingan kambing tadi dan toskan.  Pastu tumbuk 2 inci halia dan 5 biji bawang putih.  Kemudian lumurkan bersama 1/2 botol honey hickorey barbecue sauce ni.  Perap dalam 1 jam.  Lebih lama lagi bagus tapi dah suntuk akak cuma perap 1 jam ajer.
Bubuh minyak zaitun kat dalam di sekeliling dulang pembakar.  Kemudian susun kepingan kambing dan bakar dalam 1 jam dengan suhu 200 C dengan menggunakan api bawah sahaja.  Masa pembakaran air dari kepingan kambing akak keluar.

Siapkan 1 biji bawang besar dan 1 biji tomato.  Hiriskan bulat.  Bila dah satu jam atau air dah hampir kering masukkan pulak 1 tin  besar baked bean (akak guna ayam brand) dan bubuh sekali tomato dan bawang besar dan ratakan dan bakar semula dalam 10-15 minit. 

Keluarkan dan boleh di makan bersama-sama kentang goreng, roti jagung/roti perancis  dan sup kimball. (luper nak ambil gambar).  Cubalah yer.

p/s Akak cadang nak letak resepi yang lama-lama kat blog akak http://roslana06.blogspot.com/ .  Kat situ gambar barang lama.  Kalau letak resepi pun boleh gak kot.   Sebab boleh jadi gak warisan untuk anak cucu akak kot.   Nanti akak tranfers semua resepi tahun lepas. 

Kalau nak resepi yang lama gi ajer ke sini yer ..bukan sekarang ek...ambil masa gak nak pindahkan ke situ..jadi jangan lupa linkkan http://roslana06.blogspot.com/.  untuk mencari resepi lama.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...