OOO

Jumaat, Disember 24, 2010

Bercanda di tepian pantai

Bila pergi malam masa makan ikan bakar kat sini, tak puas hati tak nampak air laut. Hitam gelap pekat gelita.
Bila suami ajak pagi Ahad, apa lagi akak terus ajer angguk kepala. Tak geleng lagi dah. Rumah adik ipar tak jauh dari tempat pantai kemunting ni.
Bila sampai ajer kat tepi pantai, terujanya Imran bila tenguk air laut ni. Okeylah air dia taklah kotor macam kat bandar Melaka. Kalau mandi manda kira okeylah. Kalau nak air membiru kena gi ke pulau.
Bukan Imran ajer, Firdaus dan Ira pun tertarik nak cecah kaki kat air laut..cantik gak pemandangkan kat sini.
Nasib baiklah akak tak teruja. Kalau sape yang tak bawak pakaian mandi boleh beli ajer di sini. Tak susahkan..lepas tu nak bilas ada tempatnya. Mandi RM1.00 ajer.
Banyak chalet, resort dan bilik ada di Jalan Persisiran Pantai, Kampung Padang Kemunting. Tak jauh dari laut. Harga pula berbeza-beza. Google lah kalau nak tau berapa harga penginapan kat sini.

Akak selalu balik kampung kat alor gajah masa cuti sekolah dulu waktu kecik tapi atuk dan wan mana ada kereta, jadi taklah gi jejalan cuma tenguk atuk dan wan menoreh dan bersawah padi ajer.

Tak pun mandi sungai ataupun bermain sekeliling kampung.
Anak-anak tak puas hati tak dapat mandi manda. Tak per..bukan jauh pun. Nanti nak gi jugak manda mandi sambil berkelah kat pantai ni. Tak yah tidur hotel atau resort , tumpang ajer rumah adik ipar kat Masjid Tanah.
Bila suami (yang tengah mencangkung) kata,
Dah jom balik, sape lambat kena tinggal , kelam kabutlah masing-masing pergi basuh kaki.
Sebab ikut rancangan nak gi jejalan ke bandar Melaka pagi Ahad tu.

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum KAk Ina

    seronok nyer..
    lama dah tak bercanda tepi pantai..

    Wassalam

    BalasPadam
  2. lama dah tak gi mandi kat laut,
    nak tunggu kak ina ajak mandi laut ntah bila la agaknya kan,, heheh

    BalasPadam
  3. akak..bercanda di tepian pantai? kurang kena la bila akak bergambar sorang...lebih cantik kalo cik abe turut sama possing, sambil naik beskal tua...hehehe...teringat lagu Sudirman dan Anita Sarawak

    BalasPadam
  4. nampak macam best ja kat sini..

    BalasPadam
  5. salam ina..cantik pemandangannya..
    lagi asatu kan terliur pulak bila tengok telur dadar cencaluk tu..
    tapi tak de cencaluk la pulak nak buat..

    BalasPadam
  6. rindunya nak main2 air kat pantai..nak berenang xpandai..hehe..

    BalasPadam
  7. best kan gi pantai... tapi yang best..
    "dah, jom balik.. sape lambat kena tinggal" hahhahaaa...
    memang orang lelaki nak cepat.. :)

    BalasPadam
  8. dh sethn lebih me tak pegi pantai ni..rindunya hehhehhe

    BalasPadam
  9. ramai yg berjalan p pantai skg kan

    yong pon teringin nak p

    BalasPadam
  10. Ina...ada rasa macam anita dgn sudir tak bila dpt bercanda tu...hehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...