Dah pernah dah buat telur dadar cencaluk ni. Orang Melaka kalau tak makan cencaluk rugi. Walaupun semua anak dan suami setakat ni tak sentuh, akak peduli apa. Akak buat separuh ajer dari resepi di bawah. Lagi separuh tak letak cencaluk. Buat telur dadar biasa ajer.
BAHAN-BAHANNYA:
- 6 biji telur
- 2 s/b rata cencalok
- 1 biji bawang besar - dihiris kecil *
- 1 biji cili merah - dihiris nipis *
- 1 biji cili hijau - dihiris nipis *
- 1 tangkai daun bawang - dihiris *-tak letak
- 6 s/b minyak sayuran
- Pecahkan telur dan masukkan kedalam mangkuk, pukul telur hingga rata, kemudian masukkan cencalok, kacau hingga sebati.
- Masukkan pula bahan yang bertanda * kedalam mangkuk berisi telur dan cencalok tadi, kacau lagi hingga kesemua bahan rata.
- Panaskan minyak didalam kuali non-stick, kemudian tuangkan telur, tutup sekejap permukaan kuali dengan penutup sehingga bahagian bawah telur masak, kemudian balikkan telur tadi, tutup semula permukaan kuali sehingga telur masak rata, hidangkan.

pernah nmpk mat gebu buat gak...kak ina, rasa telur ni mcm mana bila dah letak cencaluk,mas makan cencalok....
BalasPadamsedapnya....nak cube la ;)
BalasPadamsya tak makan cencalok..huhu..first time dgr menu ni
BalasPadamermm..biasa dengar laa kak..tapi masih tak berani nak cuba....laaa
BalasPadamtak masin ke kak? cencaluk tu kan masin ya amat..
BalasPadamk.ina,
BalasPadam1st time sy tgk telur dadar cencaluk.best x?
apa perasaan mkn telur dadar ni kak?masin tak?
BalasPadamcreative la u ni sis .. but good to try
BalasPadamlazaac ni kalau goreng telur, confirm last2 jadi telor hancur... nak buat telur dadar, jadi telur hancur...
BalasPadampastu kalau nak terbalikkan telur tu, pernah byk kali telur jatuh gi lantai... huhuk.. ganas sangat memasak ni.. :p
cencaluk? tak pernah makna pun hee
BalasPadamsalam kak ina, MIL saya pernah buat..sedaappp...
BalasPadamkak saya org kelantan+ singapore.. jadi, budu cencaluk belacan semua saya bedal. semua sedap. ni mcm sedap jer telur dadar nih
BalasPadamselalu letak mayonis ja..mcm sheila rosli buat tu..
BalasPadamerm, sedapnya,,kebetulan kat dapur saya ada cencaluk..boleh cuba idea ni..terima kasih kak ina :)
BalasPadamuissh x penah try lg letak cencaluk dlm telur. hehe.
BalasPadampsttt kakk, eyka nak beli 2 balang cookies tu nanti.
berapa Ringgit semua ehh? ahad nanti pegi kalau xde pape hal lah. tp rasa confirm dtg....ty akak pas kat daydeck or redlinda ehh . TQ
me tak mkn cencaluk :) tp suka mkn telur dadar letak bwg, daun bwg, tomato etc
BalasPadamresepi yg tak perlu kuar blanja banyak....sayang kak ina...hehehe
BalasPadamtak masin ke kak?
BalasPadamsy x suka cencalok sebab masin..hohoho
First time dengar resepi ni. Eheh, kurang sket kalau bab cencaluk ni. (^__^')
BalasPadam