OOO

Selasa, Disember 21, 2010

Majlis Pra Tonton Filem Khurafat -Best Sungguh

Semalam akak bersama geng blogger yang di undang sebagai media telah menonton Preview Media Filem Khurafat kat GSC, di Mid Valley, Kuala Lumpur.
Terujanya dapat berjumpa dengan pelakun-pelakun utama cerita Khurafat ini. Ada Syamsul Yusof sebagai Pengarah dan filem ini merupakan filem ke 4 bagi beliau. Selama ini Syamsul mengarahkan cerita bercorak bohia dan rempit tapi kali ini beliau mencuba pula mengarah cerita seram.
Encik Puad Onah dan Datuk Yusof Haslam yang merupakan orang kuat dari kedua-dua produksi juga telah menghadiri sidang media ini. Mereka berdua berharap agar filem ini dapat menguasai dan meletup di pasaran.

Oleh sebab filem ini bercorak seram giler di poster Khurafat telah di beri amaran yang ibu mengandung dan pesakit jantung di larang menonton filem ini. Kalau nak tenguk gak..mereka tak bertanggungjawab jika ada perkara buruk terjadi.

Memang tak senang duduk bila Khurafat mula di tayangkan. Perasaan seram mulai menguasai diri. Ashik terperanjat sampai ada yang menjerit ketakutan dan ada juga yang berpeluk dengan pasangan mereka ataupun teman perempuan sebelah.

Entah-entah ada gak artis yang hadir pada malam tersebut terpeluk orang sebelah. Sapelah tu yang bertuah di peluk dek artis..kan.
Oh pocot mak kau..tenguk budak lelaki pun takut..tak percaya lagi ker? Cuba teka anak sapelah yang penakut ni..tu budak lelaki kalau budak perempuan entah macamana gayalah pulak bila takut tenguk hantu dalam filem ni.

Sistem dolby memang bagus giler dan disebabkan itu ramai penonton yang di kuasai oleh perasaan takut dan di sulami pula oleh cahaya yang suram dan scene yang suspen memang mencabar sungguh fikiran dan perasaan penonton.
Ending cerita filem ini berlainan dari filem seram yang pernah akak tenguk. Memang suspen sungguh bila mengetahui siapakah penyebab gangguan ini bermula.

Liyana Jasmay sebagai Aishah yang comel dan selalu berlakon sebagai remaja tetapi kali ini telah di beri peranan sebagai isteri Syamsul Yusof (Johan) yang solehah dan memakai tudung.
cutenya liyana ni..suka tenguk..muka comel
Sabrina pakai seksi ada sebab tau..nak samakan watak dalam filem khurafat
Seram bila Johan mendukung mayat Hana di dalam hutan


Tak sangka Sabrina Ali telah berjaya dengan cemerlang kerana dia telah membawa watak sebagai Hana bekas kekasih Johan yang menyimpan dendam kerana Johan mengahwinai Aishah.

Antara pelakun lain ialah artis veteran Mariani, Salina Saibi, Zendy dan ramai lagi.

Gandingan pelakon filem Khurafat yang best giler dan mantap memang bagus untuk di tonton oleh orang ramai bagi yang menyukai genre filem seram ini.
Akak bagi rating 4/5 untuk filem ini. Filem Khurafat akan mula di tayang di pawagam pada 13hb. Januari 2011. Jom sama-sama kita menyokong industri filem melayu.


Terima kasih buat cikhelena sudi ajak kami.

23 ulasan:

  1. Assalam kak Ina

    Bestnyer dah tonton Khurafat. naper tak ajak saya..teehteehhteee

    BalasPadam
  2. best ek kak.. klu camtuh sy nak tgk gaklah nnt.. tambah2 sy minat tgk citer2 horror nih.. hohoho

    BalasPadam
  3. caner dapat pratonton ni..bestla akk dapat jumpa artis

    BalasPadam
  4. Best betol akak ni selalu je dpt undangan.. :)

    psttttt. len kali ajak le ai skali. ngeh ngeh

    BalasPadam
  5. kak ina,
    kenapa sabrina tu seksi meksi?
    hehehe

    BalasPadam
  6. camne akak leh dapat invite ni?takleh bawak saya sekali ke?hehehe..sabrina tu seksinya.. : P

    BalasPadam
  7. sabrina ni berapa tinggi dia.. dah lah tinggi, sasar plak.. dalam tv nampak biasa je.. dlm gambar nampak sasar sgt..hehe

    BalasPadam
  8. akak klu ada tix preview lebey ajaklah saya kak ya...huhu

    BalasPadam
  9. jeles sama Kak Ina tetap dijemput ke mana2 memeriahkan majlis. makan ati..
    btw merah tudung? kikiki..

    BalasPadam
  10. k.ina,seronok jumpa akak semalam,
    saya amik gambar kat blog akak tau~~heheh:)
    almaklumlah,tak bawak kamera plak:)

    BalasPadam
  11. amboi baju sabrina.... mavelous... hehehe

    BalasPadam
  12. Pergh... memang enjoy betul la dapat tengok filem ni in advance....review yang positif sure ramai yang akan datang tengok punya....

    BalasPadam
  13. bestnyer kak ina...
    dah lama xtgk movie tempatan horror nie... cite pasal ape ye?

    BalasPadam
  14. salam. saya berminat iklan di web awk... plz email me ladybird79@gmail.com

    BalasPadam
  15. akak saya mengjar kat setapak...dkt ngn akak kan?
    skrg kt kmpg, kemaman, trg..:)

    huhu, nk ikut jgk tgk review filem gini :)

    BalasPadam
  16. bestnya jumpa artis!! jelesss >_< hehe

    BalasPadam
  17. ish...ni tak adil ni. cube akak bgtau sy sikit camne akak bole dipanggil media untuk pratonton.teringin gak ak kena panggil.ehehe...tadala kak. gurauje :)

    BalasPadam
  18. mesti menarik filem ni..kak ina siap kasik 4/5 tu..byk suspen agaknya smp tutup muka..huu

    BalasPadam
  19. kak ina..
    macam biasa..
    pinjam gamba..
    kasihani la saya yg mesken xde kamera ni..
    wuuu..
    tq.. ;)

    BalasPadam
  20. kak ina..
    macam biasa..
    pinjam gamba..
    kasihani la saya yg mesken xde kamera ni..
    wuuu..
    tq.. ;)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...