OOO

Memaparkan catatan dengan label liyana jasmay. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label liyana jasmay. Papar semua catatan

Khamis, Julai 07, 2011

Menonton Wayang Bersama Pelakun Tolong!Awek Aku Pontianak

Tolong!Awek Aku Pontianak

Dibintangi oleh

Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Yus Waisar, Nurul Wahab, Syanie, Ameerul, Datuk Jalaludin Hassan, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Ruminah Sidek, Jehan Miskin dan Bell Ngasri.

Pengarah : James Lee

Mula tak perasan sape pelakun yang berlakun sebagai agent rumah baru Bob..rupanya Afdlin Shauki. Macam biasalah Afdlin kalau berlakun selalu jadi mamat poyo.
Lakunan Zahiril Adzim memang berbeza dengan lakunan beliau dalam drama seri Juvana TV3. Sekarang ni hangat pasal beliau menulis novel bertajuk “Bogel Menuju Tuhan..fuhh tajuk..mesti jadi isu lepas ni.

TAAP mengisahkan tentang percintaan dua dunia berbeza antara Bob dan Maya. Bob berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya, Ina, Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartmen lain.

Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik, iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti Pontianak mereka terbongkar. Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik.
Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan berpakat dengan Pian untuk membongkar identiti Maya dan Liyana.

Tetapi keadaan menjadi kacau apabila datang lagi seorang lagi Pontianak iaitu Nadia lakonan Nurul Wahab yang datang dari Johor ke Kuala Lumpur, semata-mata mahu mencari Maya. Bagaimanakah kesudahan filem ini?
Lakunan Zahiril Adzim sebagai Bob yang lurus bendul (Imran sebut..nobbb..nobb) memang menjadi bila digandingkan bersama Sazzy Falak. Kelakar wei tenguk rambut beliau dalam cerita ni. Beliau berkawan baik dengan Syanie dan seorang lagi..ala lupa pulak dah nama dia.
Makeup Sazzy Falak (Pontianak-Maya) agak menakutkan juga dan lakunan beliau tidak mengecewakan.sayangnya Sazzy tak datang pada hari tersebut
Liyana (Liyana Jasmay) adik kepada pontianak Maya yang sentiasa menyokong setiap tindakan kakak beliau. Paling kelakar bila dengar suara Liyana bila dia bertukar jadi pontianak.
Pelakon Sufian Mohamed, 25 berasal dari Mersing rupanya mempunyai memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan dari Kolej Lagenda, Negeri Sembilan dan pernah berkhidmat sebagai jurutera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau yang berlakun sebagai kawan baik Bob bernama Pian yang tidak bekerja dan tinggal serumah bersama Bob. Paling kelakar bila adegan romantis mereka berdua sambil bertentang mata di anggap seperti pasangan sedang bercinta (bukan gay okkk)
Nadia (Nurul Wahab) pontianak jahat yang datang dari Johor ke Kuala Lumpur, semata-mata mahu mencari Maya. Nurul datang bersama mat salleh..tak taulah sape.
Lakunan Bell Ngasri sebagai pembantu
bomoh selebriti (sebut betul-betul....Aaron slam bachh (Harun Salim Bachik) memang tidak mengecewakan. Kelakar sungguh weiiii.
Amir tak berlakun cuma datang sebagai penonton. Imran syok sungguh jumpa Amir, siap salam dan sebut..abang amir, ayah saya suka dengan abang...
Tali baruts yang memenuhkan panggung menonton pra tonton Tolong!Awek Aku Pontianak anjuran MAXIS MOVIES di TGV WANGSA WALK pada malam Selasa lepas. Terima kasih buat Hamzah , JMR dan Hazman yang sudi memberikan 3 tiket kepada akak.

Blogger yang hadir :
1. JMR bersama aweks Kampung Pisang
5. Ujang yang kelakar
6. Yana

Sama-samalah kita menonton filem tempatan ini di pawagam mulai 7 Julai 2011. Tak rugi menontonnya sebab ashik tergelak ajer kat dalam panggung. Akak bagi 4/5 betul akak kata..tak rugi tenguk cerita komidi romantik ni.

Info dari Gua.com.
Filem yang menjalani penggambaran selama 25 hari ini menelan kos sebanyak RM1.5juta

JOM JENGUK SINI PULAK

1. DIGI SUPER RELOAD YOUTH



3. INFO PASAL SAMSUNG GALAKSY S2

Selasa, Januari 25, 2011

Lepas Ni Tak Nak Sentaplah

Ingat tak lagi kisah akak kena kutuk tahun lepas. Klik sini jika nak baca http://www.kakinakl.com/2010/11/kena-kutuklah-pulak.html.
Ala pasal isu ashik pakai tudung yang sama tu.
Bila terjumpa Redmummy yang tengah hangat dengan isu blogger 1 juta...ada keluar dalam Berita Minggu. Sampaikan orang Nuffnang pun pelik...blogger manalah pulak yang dapat satu juta? Adakah salah reporter tu ataupun tersilap tafsir..entahlah..

Bila tenguk baju Redmummy kat event petang Ahad akak rasa eh...
macam pernah ku lihat baju pagi tadi. Tapi di mana yer..tapi akak tak beranilah nak tanya..
?
?


?

?
?






?







?




?


?
Bila sampai rumah dan bandingkan gambar
kat event tu dengan gambar dalam paper Berita Minggu ..walla.....
sama kan...la..la..la..jomlah tenguk pulak gambar close up..
?





?




?




?
kredit gambar cik liliy.com
Blogger yang kaya raya sebab dapat income ribu riban pun tak kisah nak pakai baju yang sama ni kan pulak blogger picisan macam akak,... yang nak sentap bila cik/encik anon nak kutuk.

Lepas ni akak tak kisahpun kalau ada yang kutuk sebab pakai tudung ker, baju,seluar, kasut, handbeg, pin tudung..seluar dalam..oppppppppp sensor.. .yang sama sebab akak bukan glam pun.

Tapi kalau ada yang kutuk
akak nak nyanyi lagu Ada Aku Kisah (Daydeck yang suka cakap camni)

p/s Redmummy jangan marah aaaa....akak nak relevenkan dengan kisah akak kena kutuk.

Encik/Cik Enon yang kutuk akak tu..pegilah kat blog redmummy.com pastu gi kutuk kalau nak rasa penangan dari beliau nanti. Ada berani ker?

Khamis, Disember 23, 2010

Sawan Kamera

Sawan kamera..
itulah boleh di katakan bila blogger bertemu blogger. Ayat yang di perkenalkan oleh blogger juga. Akak lupa sape dia?

Kenapa blogger jadi macam tu? Sebab masing-masing nak merakamkan kenangan sahaja. Manalah tau kalau nanti susah nak jumpa lagi.
Wartawan Zubir yang ada segmen pasal gossip artis kat
akhbar Berita Minggu.
Bila bloggers bertemu artis lagilah semua naik sawan. Tipulah sape kata dia jumpa artis dia tak hairan nak ambil gambar dengan artis tu. Kalau dia wartawan ataupun memang hari-hari jumpa artis memanglah boleh kata tak hairan.
Tapi akak ni bukan selalu jumpa artis. Bila dah jumpa kat pra tonton khurafat mestilah teringin nak ambil gambar bersama. Biarlah mak/pak enon kata kami ni giler trafik, gila glamour ataupun naik naikkan rating blog.

Sebenarnya niat akak bukan begitu. Kalau tak ada pun ambil gambar dengan artis pun alhamdulliah trafik blog akak dah okey dah. Dapat gak merasa duit BE tu. Tapi trafik akak taklah sebanyak Hanis Zalikha tu.
Acah ajer gambar untuk N3 gossip semalam tu. Akak sajer crop gambar mereka berdua. Kasi gempak sikit. Camtu gak Nabil kata kan..orang sekarang pandai teknologi. Boleh ubah macam-macam.
Datuk Yusof Haslam yang patut di jadikan contoh ..dari seorang konduktar bas
Seri Jaya sekarang ni telah menjadi seorang jutawan.
Tinggi betul Scha Al-Yahya. Lawakan riben kat atas kepala tu. Memang layak memegang watak sebagai seorang pramugari dalam ceria Awan Dania.
Bean Moreno yang telah beransur sembuh. Nampak gemuk sikit. Ramai lagi artis yang hadir seperti Mariani, Aimi Jarr, Datuk Mustafa Maarof, Tam, Raja Azmi dan Aziz M. Osman bersama isteri terbaru beliau. Ada lagi dah lupalah.
Tq ery akak cilok gambar. Liyana Jasmay ni kurus sangatlah.
Kalau berisi sikit lawa gamaknya.

Pasni kalau orang nak kata macam-macam tentang akak ..nak kata apa pun katalah ..janji akak happy. Janji suami akak tau apa yang akak buat.

Selasa, Disember 21, 2010

Majlis Pra Tonton Filem Khurafat -Best Sungguh

Semalam akak bersama geng blogger yang di undang sebagai media telah menonton Preview Media Filem Khurafat kat GSC, di Mid Valley, Kuala Lumpur.
Terujanya dapat berjumpa dengan pelakun-pelakun utama cerita Khurafat ini. Ada Syamsul Yusof sebagai Pengarah dan filem ini merupakan filem ke 4 bagi beliau. Selama ini Syamsul mengarahkan cerita bercorak bohia dan rempit tapi kali ini beliau mencuba pula mengarah cerita seram.
Encik Puad Onah dan Datuk Yusof Haslam yang merupakan orang kuat dari kedua-dua produksi juga telah menghadiri sidang media ini. Mereka berdua berharap agar filem ini dapat menguasai dan meletup di pasaran.

Oleh sebab filem ini bercorak seram giler di poster Khurafat telah di beri amaran yang ibu mengandung dan pesakit jantung di larang menonton filem ini. Kalau nak tenguk gak..mereka tak bertanggungjawab jika ada perkara buruk terjadi.

Memang tak senang duduk bila Khurafat mula di tayangkan. Perasaan seram mulai menguasai diri. Ashik terperanjat sampai ada yang menjerit ketakutan dan ada juga yang berpeluk dengan pasangan mereka ataupun teman perempuan sebelah.

Entah-entah ada gak artis yang hadir pada malam tersebut terpeluk orang sebelah. Sapelah tu yang bertuah di peluk dek artis..kan.
Oh pocot mak kau..tenguk budak lelaki pun takut..tak percaya lagi ker? Cuba teka anak sapelah yang penakut ni..tu budak lelaki kalau budak perempuan entah macamana gayalah pulak bila takut tenguk hantu dalam filem ni.

Sistem dolby memang bagus giler dan disebabkan itu ramai penonton yang di kuasai oleh perasaan takut dan di sulami pula oleh cahaya yang suram dan scene yang suspen memang mencabar sungguh fikiran dan perasaan penonton.
Ending cerita filem ini berlainan dari filem seram yang pernah akak tenguk. Memang suspen sungguh bila mengetahui siapakah penyebab gangguan ini bermula.

Liyana Jasmay sebagai Aishah yang comel dan selalu berlakon sebagai remaja tetapi kali ini telah di beri peranan sebagai isteri Syamsul Yusof (Johan) yang solehah dan memakai tudung.
cutenya liyana ni..suka tenguk..muka comel
Sabrina pakai seksi ada sebab tau..nak samakan watak dalam filem khurafat
Seram bila Johan mendukung mayat Hana di dalam hutan


Tak sangka Sabrina Ali telah berjaya dengan cemerlang kerana dia telah membawa watak sebagai Hana bekas kekasih Johan yang menyimpan dendam kerana Johan mengahwinai Aishah.

Antara pelakun lain ialah artis veteran Mariani, Salina Saibi, Zendy dan ramai lagi.

Gandingan pelakon filem Khurafat yang best giler dan mantap memang bagus untuk di tonton oleh orang ramai bagi yang menyukai genre filem seram ini.
Akak bagi rating 4/5 untuk filem ini. Filem Khurafat akan mula di tayang di pawagam pada 13hb. Januari 2011. Jom sama-sama kita menyokong industri filem melayu.


Terima kasih buat cikhelena sudi ajak kami.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...