OOO

Sabtu, Disember 18, 2010

Mee Goreng Basah

Goreng mee ni akak tak sukat pun bahan sangat. Pakai agak-agak ajerlah. Selalunya orang panggil masak campak-campak.
Bahan-bahan
  • 1 paket mee kuning
  • 1 dada ayam-hiris tipis
  • 8-10 ekor udang
  • 4 biji bawang putih-ditumbuk/ketuk
  • 1 biji bawang besar-dihiris panjang
  • sedikit lada hitam-di tumbuk kasar
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 1/2 cawan air-anggaran
  • 2 keping fish cake-potong lebar
  • 1 biji tomato-potong 6
  • garam secukupnya
  • taugeh, sawi dan kobis secukupnya.
  • 1-2 biji limau kasturi-potong 2
Cara-cara
  1. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan sedikit minyak.
  2. Setelah berbau wangi dan perang masukkan pula ayam dan udang dan kacau lagi.
  3. Masukkan sedikit air berserta semua sos, fish cake, garam, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan juga tomato.
  4. Biarkan sekejap sehingga baru dimasukkan mee. Kacau sebati.
  5. Masukkan pulak sayur kobis, sawi dan taugeh dan kacau lagi.
  6. Rasalah garam cukup atau pun idak.
  7. Angkat dan hidang panas-panas dan perahkan limau kasturi sebelum makan.

9 ulasan:

  1. sedapnya..
    baru je pas makan mee goreng tengok akak punya rasa nak makan lagi je.. :D

    BalasPadam
  2. Kak ina...

    nak mee goreng basah satoooo....

    BalasPadam
  3. Akak, sedapnye mee goreng tu!!! Love lapar sangat ni ;)

    BalasPadam
  4. Hahaha. Mee goreng basah penuh kenangan ni kak. Sebab memang fevret saya. Bila first time dating, husb pon order mee goreng basah versi daging. Rupa2nya fevret husb juga. :D

    Tapi setakat ari ni tak penah try masak mee goreng basah ni. Resepi akak telah disalin dan bila nak membuat nya, hanya ALLAH je yang tau. *Tunggu seru! Hahahaha :D

    BalasPadam
  5. Jadik lapooooooo dah tongah2 malam neh...adeh

    BalasPadam
  6. pagi2 tengok mee goreng ni terasa lapar le pulak

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...