OOO

Jumaat, Disember 17, 2010

Menara Taming Sari-Tak gayat pun

Dari dulu lagi nak naik Menara Taming Sari.  Selalunya tak sempat. Minggu lepas barulah tertunailah hasrat dihati.

 Kami sampai dekat pukul 11.00 pagi sebab dari Masjid Tanah kami jalan-jalan di sepanjang pantai Tanjung Kling.  

Berhenti tenguk orang jual ikan, lepak minum kopi kampung, mee goreng dan nasi lemak.  Tenguk nelayan betulkan pukat. 


Geram betul tenguk ikan yang di jual di sepanjang jalan tu segar sungguh terutama ikan parang.  Tapi tak boleh beli sebab takut busuk.
Oleh sebab cuti sekolah,mestilah orang ramai.  Panjang sungguh barisan nak naik keatas.  Kesian gak tenguk orang yang bawa baby.  Ada yang melalak tak tahan panas.  Bila budak melalak riuh rendahlah kat situ dahlah  stress kena beratur panjang.
 Lebih dari 1/2 jam menanti giliran barulah dapat naik.  Lega duk dalam ni
 Anak-anak yang nak naik sangat.  Jadi akak tunaikan hasrat hati anak-anak.
 Seronok tenguk pemandangan dari atas.
Muzium Samudera dah pernah masuk dulu.
 Teringinlah pula Ira nak mengabadikan kenangan kat atas ni.
 Sayup mata memandang tenguk laut Selat Melaka yang membiru
 cantik kan pemandangan dari atas ni..Menara ni pusing sebanyak 2 kali.
 Dah pernah dah naik river cruise tu..kali ni tak naiklah. Tunggu lagi 2-3 tahun.
 Kat sini pun dah pernah jelajah dulu.  Tenguk dari atas udahlah
 barulah tau bentuk bangunan DataranPahlawan Megamall
 Dah sampai bawah.  Jom turun.  Suami tak naik pun sebab dia  kena tunggu dalam kereta..parking penuhlah.
 Bayaran yang patut di bayar jika ingin naik ke Menara Taming Sari ni.  Kalau  bawak anak ramai terutama yang dah besar,rabak gak poket mak atau ayah. 

Pada pendapat anda..mahal ker idak?
 Info tentang Menara Taming Sari

Mula di buka pada 18hb. April 2008. 
Ketinggian 110 meter .
Terletak di Bandar Hilir on Jalan Merdeka, cuma 3 minit jika berjalan kaki dari Mahkota Parade Shopping Complex dan Dataran Pahlawan Megamall.
Dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Untuk keterangan lanjut  contact Melaka Taming Sari Berhad at +60-6-2881100 or +60-6-2813366.

20 ulasan:

  1. seronoknya jalan2..hehe
    saya pernah naik dua kali menara ni..tak puas je duk kat atas sana tgk pemandangan cantik sekitar Melaka..

    BalasPadam
  2. aritu pegi xdan nk naik kena q pjg sgt
    last2 tgk dr bawah je

    BalasPadam
  3. Seronok ya jln2makan angin citi sekolah ni.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kak Ina

    saya tenguk drp bawah jerrr

    Wassalam

    BalasPadam
  5. salam..sy pon dah naik masa cuti awl Muharram lalu..npe ye x terjumpa..hehe

    BalasPadam
  6. salam..sy pon dah naik masa cuti awl Muharram lalu..npe ye x terjumpa..hehe

    BalasPadam
  7. bestnya!!!huhu... ritu nak naik.. tpi ramai sangat... time SUKMA kat Melaka...huhu

    BalasPadam
  8. mahal juga tiket tu..masa naik menara takde perasaan langsung..hehe

    BalasPadam
  9. wah..sakan jalan² kak ina ni, hehe

    nanti Darwisy dah besar bolehla bawa ke Melaka, saya sendiri tak sampai² pun lagi ke sana

    BalasPadam
  10. dah duk melaka lama,tiap-tiap hari lalu kat banda hilir tapi tak de pun nak naik menara ni sampai sekarang..huhu..bilala agaknya nak naik.malas nak singgah sebab ramai kenmain orang

    BalasPadam
  11. budak RM5...dewasa 10..oklah tu.tapi lama tak kat atas tu?

    BalasPadam
  12. woah best ar.. saya walaupun dah 4 tahun belajar kat melaka still tak naik2 lagi menara tu. nanti ar naik dengan yang special one heehee

    BalasPadam
  13. aiks, asyik baca cerita bloggers pi melaka je...
    cuti kali ni, semua pakat pi melaka ke? :)

    BalasPadam
  14. whoaa.... banyak juga tempat menarik kat melaka yea... saya tak berkesempatan lagi la... huhuhu

    BalasPadam
  15. dah few time berhajat & ber 'plan' nak ke Melaka .. hajat belum kesampaian .. best la pulak tgk menara nih

    BalasPadam
  16. waaaaa....ruginya tak naik Menara Taming Sari tu, tahun lepas pegi, tp gi sorang ada course kat situ..

    BalasPadam
  17. mlm td ada kuar kat rancangan apa ntah,kat tv9..tak sempat nengok betul2 pasal tngh berperang ngan anak2..ni br nampak ghupanya..tp tu la, mahal jugak la nak masuk kan..kalo bwk 3 budak kenit ni,tak kena bayar kot..

    BalasPadam
  18. dah 2x ke melaka tp xberkesemaptan nk nek sbbnya ramai sgt org...
    uih..mahal jugak erk tiketnya..rabak2...

    BalasPadam
  19. da nek da,2 mggu yg lpas...msalahnya fa mmg jnis pnakut gan gayat...tu pun kcut prut,pdahal fa yg tringin sgat nak nek...heheh

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...