OOO

Ahad, Disember 12, 2010

Resepi Nasi Goreng Cina

Terima kasih buat http://www.alinaclover.com/2010/12/dah-tertunailah-hasrat-dihati.html yang sudi buat N3 pasal kukis akak. Risau gak hantar pos ni. Takut pecah.

Dan ucapan ribuan terima kasih buat http://885cuteoven.blogspot.com/. Maaflah maria..kita terlupalah kamu beli bulan lepas.

Tali barut akak http://www.matjoe.com/2010/12/cookies-sedap-utk-tempahan.html pun rajin buat promosi. Terima kasih bebanyak yer matjoe.

Sekarang ni setiap hari kena buat sarapan berat. Hb bawak bekal sebab kantin tutup buat sementara sebab nak keluar tender baru. Bagus gak sebab makan camni kenyang sampai ke pukul 3.00 petang. Lambatlah sikit masak tengahari.

Bahan-bahan
2 mangkuk nasi
1/2 biji bawang holland (biasa pun boleh)-dadu
4 biji bawang putih-cincang/tumbuk
sedikit sayur campur
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 keping dada ayam-kalau nak tambah pun boleh
2-3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
garam secukupnya
1 biji telur-kacau sedikit
2-3 sudu besar minyak zaitun (minyak lain pun boleh)

Cara-cara
1. Tumis bawang putih dan bawang holland dengan minyak zaitun.
2. Masukkan ayam yang di potong kecil dan tumis sebentar dan masukkan pulak sayur campur.
3. Masukkan sos tiram, kicap cair, garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah dan kacau lagi.
4. Bila dah sebati masukkan nasi dan kacau dengan api yang sederhana besar sehingga garing sedikit barulah di masukkan telur dan kacau sebati. 
5. Hiaskan dengan potongan daun sup/daun bawang.

8 ulasan:

  1. nampak sgt sedap tu..lpr la pla..me belum breakfast ni..now pukul 6.48 pg kat uk ;)

    BalasPadam
  2. memang nampak sedap... nak cuba la nt. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  3. Anak-anak suka nasi goreng cina ni...

    BalasPadam
  4. Suka nasi goreng cina ni. Tapi sekarang, guna perencah nasi goreng segera je. Tak sempat. *ahaha...alasan.

    BalasPadam
  5. salam kak ina, nampak sedap nasik tu, apapun kookis tu mmg sedap, tu yg rajin rekemen

    BalasPadam
  6. salam kak ina, sy first time kt cni ^^..saya nk suggestkan kak ina pakai pop up comment, senang sy nk komen hehehe...

    thanks kak ina sharekan resepi masakan di cni, memang sgt membantu ^^

    BalasPadam
  7. Hmm..sedapnya tgk Nasi Goreng Cina kak ina.. TQ sudi share resipi.. :)

    BalasPadam
  8. nk kne blajar wat ni..malu plak x pandai masak..hahahhaaa..de resepi2 simple2 n sedap nnti k'ina share lgik yerp

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...