OOO

Rabu, Disember 01, 2010

Resepi Sambal Ikan Kembung

Resepi asal sambal ayam penyet. Tapi kali ini akak gunakan untuk di letak kat ikan goreng.
Tapi step kenalah ubah. Tak letak gula kabung tapi letak gula pasir sikit. Perahan limau pun kena letak letak tutup api.
Bahan Utama
5 ekor ikan kembung -Bersihkan ikan basuh dan toskan. Letak garam dan serbuk kunyit dan goreng seperti biasa.

Bahan sambal
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili merah keriting
  • 1/2 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 bji limau kasturi-ambil jus (seeloknya limau purut)
  • 1 sudu besar belacan
Cara menyediakan sambal
1. Panaskan sedikit minyak, goreng cili, bawang dan tomato.
2. Setelah semuanya hampir garing, masukkan belacan, Toskan semua bahan gorengan dan tumbuk lumat bersama gula pasir dan garam.
3. Tumis semula bahan yang telah di tumbuk sehingga wangi dengan minyak jagung(minyak masak pun boleh) hingga garing.
4. Masukkan garam dan bila dah garing masukkan ikan goreng tadi. Kacau dan kemudian rasa, padam api lalu masukkan jus limau.
5. Angkat dan makanlah dengan nasi putih.
Ni sambal ayam penyet sebenar

Nota-akak tambah 2 kali ganda dari resepi asal. Nak sambal lebih.

12 ulasan:

  1. salam kak

    sedap ni kena dgn nasi panas2

    BalasPadam
  2. kak ina, dapat kat mas 2 ekor kejapp jer habiss....he..he..

    BalasPadam
  3. Sedapnyer Kak....huhu.perut tengah lapar

    BalasPadam
  4. akak, den reti masak resepi yg sambal2 ni, sbb mak den ajar, sbb den mmg kaki sambal, :P

    Terkini : Sebab-Sebab Doa Ditolak

    BalasPadam
  5. alam ina..sana sini..dulu tu..saya baca ayam penyet ni..sampai ina dah tulis resepi..saya belum pernah makan..he eh..tak tau camana rasanya ayam penyet ni..

    BalasPadam
  6. salam kak..seronok siap ada resepi lagi...bole la yong try nnti..hehhe

    oke kak yong jemput join GA yong yer :)

    http://www.alinacshoppe.com/2010/12/giveaway-kalau-saya-shopping-di-alinac.html

    BalasPadam
  7. ikan kembung, fevret my husb n my mom ;p

    BalasPadam
  8. ouh sambal my fav.. bertuah kalau akak jadi tukang masa saya hehe

    BalasPadam
  9. Terima kasih resepi sambal ayam penyet tu..selalu makan ayam penyet tak pernah tau resepi dia camana..

    BalasPadam
  10. mesti bau sedap kan sbb buh air limau...nak cuba lah..

    BalasPadam
  11. uii nampak berselera laa.... ermm 2-3 hari ni saya tak selera makan.. maybe sambal ikan ni boleh buat menu malam nanti

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...