Bacalah keluhan anak ini..bagus untuk memahami jiwa anak remaja sekarang ini.
Mingguan Malaysia 28hb. November 2010
Baru-baru ini saya berbual dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. Dia menyatakan kebosanannya berada di rumah sepanjang cuti sekolah.
Menurutnya kawan-kawan yang sebaya dengannya juga menyatakan perkara yang sama. Mereka tidak dapat bertemu semasa cuti sekolah kerana rumah jauh di antara satu sama lain. Jika mahu bertandang sudah tentu memerlukan ibu bapa mereka yang menghantar.
Untuk pergi sendiri tentulah ibu bapa melarang kerana kata mereka "sekarang kat luar tu bahaya bagi budak-budak perempuan, banyak orang jahat.''
Jadi saya bertanya, apa yang dia ingin lakukan masa cuti sekolah. Adakah dia mahu bercuti ke tempat-tempat lain.
Sudah tentu, katanya. Tapi dia faham bahawa kemampuan ibu bapanya untuk membawanya berjalan adalah terhad. Bukan saja dari segi kemampuan kewangan tetapi dari segi mendapat cuti daripada majikan mereka.
Kalau dapat berjalan baguslah, katanya. Dekat-dekat pun tidak mengapa. Tapi apa yang amat diinginkan untuk dilakukan masa cuti ialah membaca buku cerita.
"Membaca buku cerita?"
Saya terkejut. Kenapa buku cerita? Tidakkah di rumah sudah ada komputer, laptop, notebook, smartphone dan televisyen yang memiliki saluran untuk kanak-kanak dan remaja? Tidakkah alat-alat teknologi ini jauh lebih menarik untuk kanak-kanak menggunakannya daripada buku cerita?
Saya terkejut. Kenapa buku cerita? Tidakkah di rumah sudah ada komputer, laptop, notebook, smartphone dan televisyen yang memiliki saluran untuk kanak-kanak dan remaja? Tidakkah alat-alat teknologi ini jauh lebih menarik untuk kanak-kanak menggunakannya daripada buku cerita?
Nak baca lagi ? KLIK SINI YER
Aduhai betul luahan beliau tu. Jika kebanyakkan anak-anak remaja sekarang berfikiran sedemikian alangkah bagusnya. Hobi membaca buku amat kurang di kalangan remaja dan juga orang dewasa sekarang ni.
Terutama di zaman teknologi ni..kebanyakkan dari kita lebih suka melepak di pc atau komputer dari membaca buku. Tabiat ini makin berkurangan di sebabkan harga buku yang mahal. Orang yang kurang berkemampuan tidak akan membuang wang membelinya kerana bagi mereka lebih penting wang itu di beli makanan dan hal lain untuk anak-anak.
Kalau nak pinjam buku di perpustakaan pula memang payah nak dapatkan buku baru. Selalu yang ada buku lama atau pun dah basi. Lagi satu tak suka pergi sebab masalah parking. Melilau mencari parking kerana ruangan yang terhad.
Kadang-kadang terpaksa parking di bangunan bersebelahan dengan harga sekali masuk RM3.50. Dulu cuma RM1.00. Alhamdulliah sekarang ni dah ada bangunan baru tempat parking yang baru siap di Perpustakaan Negara.
Anak-anak akak pun dah kurang minat nak membaca. Nak buat camner..zaman dah berubah.
makin byk kedai buku muncul kat Msia nie...
BalasPadammakin byk jualan murah buku kat Msia nie...
minat membaca among teens xjgk naik...
hurm...
kanak2 mahukan sesuatu yang berlainan..... begitu juga dgn anak saya... kalau cuti mesti nak balik rumah Tok dia sebab banyak kawan kat kampung....
BalasPadamsalam kak
BalasPadammasih blm terlmbt ..InsyAllah
mcm saya pon kurang membaca,tapi masih cube membaca juka ade mase
kena pupuk la minat suka membaca ni.. (tengah berusaha memupuk minat membaca utk diri sendiri juga).. kalau baca blog aci tak?..
BalasPadamALL IN ONE
membaca itu jambatan ilmu kan
BalasPadamTerkini : Kucing Gemuk Popular
tu al tu kan kak...ada gak yang minat baca buku cerita macam kak alia dia suka beli novel.....n baca...tapi maknya ni tak la mampu sangat nak gi beli tiap tiap 2 minggu sekali kan...so baca la apa yang ada dah jemu main laptop lak hehehe...
BalasPadamminat membaca??? hurm.. salah satu pernah kitorg bincang dlm kelas waktu semester ni. aah saya setuju budak-budak sekarang kurang minat membaca, walaupun ada minat tapi ada jer kekangannya. mana taknya kadang tu buku tu mahal takpun kedai buku tu jauh. tapi untungnya sekarang buku-buku boleh order jer online. cuma mak ayah kena allocate sikit duit untuk beli buku anak2.
BalasPadambetul tuh..
BalasPadamanak saya pon meluahkan perkara yg sama..thn2 lepas nak duk kampung umah nekwan-aki..
tp thn neh x nak plak..so sesekali bawak la dia ke kadai buku..jenjalan time wiken..berbasikal contohnya..
takut dia memberontak plak nanti...
udah kat umah duk ngadap games pon boring gak..kalo hari2..
mereka terkongkong & tak bebas mcm kita dulu2.. boleh berlari bebas kesana-sini.. main nyorok2, polis entry & mcm2 dgn kengkawan
BalasPadammembaca jambatan ilmu.. teringat sy masa kecik2.. selalu mintak mak beli buku cerita.. tp mak jarang belikan sbb klu saya dah baca buku cerita, buku skolah sy x usik.. huhuhu
BalasPadamsetuju dengan pendapat yang ada kat atas ni...membeli buku ni macam pelaburan sepanjang zaman. keuntungannya dtg bukan dalam bentuk wang, tapi dalam bentuk modal insan yang berterusan. 1 buku boleh dibaca berulang2 dan bertahun2 seterusnya membentuk insan yang berjaya.tak kira lah membaca komik atau majalah, ia satu permulaan kepada pelaburan sepanjang zaman
BalasPadamlupa...nasi lemak nuklear saya belum bole challenge akak lg.hehehe...kene menuntut lg :)
BalasPadamhehe..memang hobi membaca buku sekarang dah tak banyak kita tengok di kalangan kanak²
BalasPadamoho...btol2
BalasPadamkdg2 pon yong rasa mcm tu :)
kak ina..cookies kak ina jual tu bole pos kan? brapa rm ya?
jgn kata budak2, mak budak pun kalau tak keje, mau mati kutu dok kat rumah. kalau zaman dolu2, mak mak kita ada la jugak pagi2 ke, petang2 ke, dok atas pangkin, borak2 dgn jiran sambil makan mangga colek. skrg ni mana ada dah xtvt camtu. sbb tu kena pelbagaikan xtvt mcm kak ina.. kan kak ina kan? hehe
BalasPadammeang betul tindakan ibu bapa dia nak protect anak dia dengan cara menghantar kemana anak nak pergi, tapi perlu ingat jika anak rasa terlampau terkonkong, nanti memberontak tak terkawal & bila dah dapat keluar dari kepompong keluarga nanti dia balas dendam buat semua yang makbapak dia tak bagi dulu..haru biru jadinya..
BalasPadamENTRY BARU : FILEM KITA DAH JADI MACAM HOLLYWOOD ?
betoi budak skrang tak suke membaca, cam saya walaupun keja librarian, anak tak minat membaca, padahal banyak bahan bacaan kita beli/dapat percuma dari pembekal bagi dia, simpan kat rak je...
BalasPadamsaya dulu suka sangat membaca, sampai tiap kali pi library awam, kena check nama belakang buku, dah ada nama ke belum, sampai lupa buku apa dah baca... ehehehe
betullah kak..budak2 skrg krg minat nak membaca buku cerita, lagi kalo budak lelaki
BalasPadamkalo perempuan masih ada mint lagi
diorg x minat blog ke kak.. suh diorg wat blog lak tgk cmne..
BalasPadamKadar Baru Diskaun Saman Trafik Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Bermula 1 Disember 2010
budak2 lebih terpengaruh dengan PSP, online games...
BalasPadamkanak2 wanita itu seperti saya
BalasPadamsuka membaca
hehehehehe(terpuji diri sendiri plak)
P/S : Baru Cadang Nak Jadikan Wayang Tu Macam Rumah Sendiri Tadi
Dulu masa kecik-kecik aku selalu diajar oleh parent aku dengan diorang cerita benda-benda yang pelik2 yang aku tak pernah dengar.. aku pun tanya dari mana mak/ayah tahu semua ni?
BalasPadamjawapan "Bacalah buku" jadi timbulah minat nak baca :)
mari membaca! baca blog pun okeh
BalasPadam