OOO

Isnin, Februari 07, 2011

Hari Yang Di Tunggu Dah Tiba

Pegi imigresen wangsa maju dah lama dah. Renew pada Oktober tahun lepas setelah menempah tiket kapalterbang. Akak pegi pepagi dan alhamdulliah tak sampai satu jam dah settle buat passport kami berdua.

Kalau pegi lelambat memanglah kena tunggu lama. Kalau bawa anak kecik lagi fening. Akak ambil borang dulu dan isi kat rumah dan siapkan dokumen yang diperlukan. Bila sampai kat kaunter mereka akan check samada lengkap ataupun tidak.

Dah lengkap barulah mereka bagi no giliran. Kalau pegi baru nak isi borang alamatnya kena tunggulah berjam-jam.
Sementara menunggu pasport siap kami duk lepak kat kedai mamak kat situ. Imran makan roti canai.
Manager makan nasi lemak yang kami beli kat gerai di situ.
Pepagi muka dah masam ek...sebab kena keluar duit beratus.
Taklah gurau ajer ..kenapalah muka akak garang semacam ni..
akak tenguk pun takut.
Cukup satu jam kami pergi semula ke situ. Bila pergi ke situ semula nombor dah terlepas. Tanya kat pegawai kat situ mereka suruh ajer beratur kat tempat pengambilan pasport. Bila akak tanya pegawai tu kata dah lama dah siap. Wah bagus sungguh imigresen sekarang ni.

Tak macam dulu masa akak sekolah rendah nak gi ke Singapura, buat pasport kat Bangunan Sultan Sulaiman berjam-jam. Dari pagi sampai petang baru siap. Tu dulu.

Insyallah hari ni akak akan pergi bercuti bersama suami dan Imran. Kalau ada line internet bolehlah update blog. Kalau idak payahlah gamaknya. Doakan kami agar selamat pergi dan selamat kembali.

p/s maaf yer sebab tak dapat jawab komen sebab akak gi berehat.

28 ulasan:

  1. Nak ke mana tu ina...semoga selamat sampai ke destinasi...

    BalasPadam
  2. lepas dah siap proses data, imegresen bagi jaminan 2 jam mesti dah siap. cuma nak tunggu turn ke kaunter nak ambik data2 tu la yang lama

    BalasPadam
  3. salam kak ina..
    semoga selamat semuanya...

    last week saya pegi imegresen s.alam..org punya ramai..mcm pasar borong..dekat setengah hari jugakler nak dptkan paspot tu..

    BalasPadam
  4. jgn lupa sehelai t-shirt utk matjoe

    BalasPadam
  5. salam kak ina..
    alamak......my passport pun tak buat lagi nie....haissshhh.....next month dah nak gerak...

    btw...selamat pergi dan balik yerk kak ina
    happy holiday

    BalasPadam
  6. selamat bercuti kak ina...enjoy it.

    BalasPadam
  7. wah akak gi minum kat mamak saya biasa lepak lepas gi hantar ahmad ke klinik hehehe...selamat berehat kak..

    BalasPadam
  8. salam kak ina :-)
    kemana agaknya berjalan tu yek.. hehe

    BalasPadam
  9. Kirim salam kat Yana kak.. semoga selamat pergi & selamat pulang kak
    jangan lupa ole-ole dari india

    BalasPadam
  10. wah.,cuti kat mana kak..enjoy your holiday..nanti bawa lik ole2 eh..hehe

    BalasPadam
  11. selamat bercuti kak ina...cuti kat mana? malaysia ke oversea???

    BalasPadam
  12. Wahh..selamat bercoti-coti kak..hehe..Muka jer garang tapi dalam Hati ada Taman Bunga..hehe..kita senasiblah kak..hehe

    BalasPadam
  13. nak kemana tuee....melawat anak2 ker....Selamat Pergi dan pulang dgn selamat nya k...ENJOY....;-)

    BalasPadam
  14. hehe selalu lepak kat CM (mamak depan imegresen tu)

    selamat bercuti ke india kak ina.. borong garam masala banyak2.. leh jadi pengedar pulak :D

    BalasPadam
  15. selamat bercuti..bestnya jalan2.. jgn luoa balik tau

    BalasPadam
  16. Salam kak ina..selamat jalan ya..jangan lupa bawak balik kain sari banyak2..boleh jual kat blog ya..kim salam kat future dontor tu ya.. :)

    BalasPadam
  17. Wahh siap passport nie kak ke mana tuh? Mesti seronok kan... Selamat bercuti yer kak.. :)

    BalasPadam
  18. bestnya nak pergi holiday....nak ikut jugak....hehehehehehe


    New entry: Hari pertama

    BalasPadam
  19. wahh bestnya bercuti kat singapore..mesti gi universal studio ni..wahh bestnya

    BalasPadam
  20. salam ian.Selamat bercuti ya..jumpa shahruk khan ke hehe.Take care

    BalasPadam
  21. wahh k.ina, nk gi bercuti ek...
    nway jmpt singgah blogshop ye..
    http://kedaisoffya.blogspot.com/

    BalasPadam
  22. bercuti kemana ni ni kak ina.. macam terbang jauh je

    BalasPadam
  23. Salam KakIna cayang. Wah2 nak kemana ni? Kata dulu kalau nak ke India nak ajak Along sekali....hehe.

    BalasPadam
  24. "Pepagi muka dah masam ek...sebab kena keluar duit beratus.
    Taklah gurau ajer ..kenapalah muka akak garang semacam ni..
    akak tenguk pun takut" - i loike this sentences :)

    BalasPadam
  25. Selamat Bercuti...seronoknya cuti2..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...