OOO

Selasa, Mei 24, 2011

Catatan Di UK-Hari Ketiga

9hb. Mei 2011-Isnin

Ada gak orang nak baca kisah akak rupernya.  Terima kasihlah sudi baca dan jenguk blog akak ni yer.
Oleh kerna perbezaan masa 8 jam ke belakang, kat UK baru pagi kat Malaysia dah petang kepala jadi pusing jap, orang panggil jet lag (nasib baik ada org bagitau ejaan yang sebenar).  Akak terjaga dalam pukul 11.00 malam jadi sempatlah lagi sembahyang isyak pastu tidur balik.  Kena bangun pula sembahyang subuh dalam pukul dua 2.00 pagi, pukul 4 lebih dah terang benderang, mata dah tak leh tidur dah.

Sebab tak mandi dari Kuala Lumpur sampai rumah anak, tak ganti pun baju sebab lepas makan terus tertidur sebab kepenatan.  Nak mandi rasa sejuk giler  walaupun dah masuk musim spring tapi kena mandi gak sebab dah rasa rimas.  Nasib baik ada heater.  Lepas tu fikir nak buat sarapan apalah hari ni.
Bila masuk ke dapur, aduhai sejuknya, buka paip pun air sejuk cam air batu, memang ada  paip untuk air panas. Sebelum tu member Russhdi suruh ajer akak guna barang yang ada kat dapur.  Akak pun selongkar kat dapur budak bujang jumpa kelapa kering dan tepung gandum.  Buat ajer jemput kelapa sebab tak beli lagi barangan dapur lagi, rasa segan gak sebab guna orang punya.
Tak tau nak buat apa kat rumah orang, lepak baca novel  dalam bilik anak sambil mengunyah jemput kelapa.  
 Pastu gi ke bilik lepak.  Ada pulak set main muzik kat situ. 
Tempat bujang lepaskan tension.
Akak dan suami lepak tenguk tv rancangan teksi tunai dan jangan lupa lirik versi uk.  Pastu kedebum balik..al maklumlah badan dah berusia ni, rasa penat sungguh bila travel jejauh dan duduk berjam-jam.  Tengahari masak nasi goreng sempoi ajer.

Kami tunggu bas depan rumah Russhdi, dia ajak jejalan kat town lepas zohor. Bila  bila keluar dari rumah aduhai sejuk giler sebab angin kuat kat luar sampai tangan jadi pun jadi sejuk.  Nasib baik anak dah pesan suruh pakai jaket sebelum keluar.

Perasan tak akak cuma pakai selipar dan stokin.  Ada kisah di sebalik tu.  Masa nak gi ke KLIA akak kononnya nak pakai kasut NIKE Yana.  Rupanya tapak nak tercabut, takut pulak nanti terjadi perkara yang tak di ingini, terpaksa guna kasut Ira. Mula-mula ok tapi bila dah sampai kat London kaki jadi sakit bila pakai kasut tu.  

Nasib baik ada selipar dalam beg kecik.  Apa lagi terpaksalah tukar pakai selipar ajer dari situ sampai ke rumah anak.  Apa nak hairan sebab bila tenguk omputih dalam flight pun pakai sempoi ajer dan ramai yang pakai selipar jepun.
Oleh sebab susah nak ke mana-mana suami rancang sewa keta kat sini.  Naik bas ajer kena 1 pound lebih seorang, kalau 3 orang pegi balik dekat 7 pound.  Baik sewa keta cuma 18 pound sehari termasuk insuran. Minyak kenalah beli sendiri. Kami ambil keta murah dan manual ajer, kalau auto lagi mahal.  
Tak kisahlah kan janji boleh jejalan dan keta pun masih baru lagi.  Book dulu dan esok baru bagi dokumen seperti passport, bil rumah russhid dan lesen memandu seperti syarat yang di kenakan oleh syarikat sewa keta tu.  Kat UK lagi berusia lagi murah insuran kita kena bayar.  Nasib baik Russhdi dah berusia 25 tahun jadi taklah mahal bayarannya, letak nama suami akak gak sebab senang nak ganti pemandu nanti.
Dari situ kami jalan kaki ke town.  Tak jauh mana pun, cuma hb bising sebab akak jalan lambat.  Camner tak lambat ashik klik sana dan klik sini.  Ala bukan datang selalu kan, jadi mestilah ambil gambar untuk kenangan diri sendiri dan pembaca blog yang suka tenguk gambar.
Menyesal pulak tak masuk kat muzium ni.  Bukan kena bayar pun
2 orang tu bukan suka di ambil gambar..sabar ajerlah kan
akak yang suka bergambar
Masuk kedai sana, masuk kedai sini dan akhirnya jumpa gak kasut kat salah satu kedai sukan kat sini. Kasut NIKE dapat harga dalam 10 pound/RM50.00.  Belilah serba sedikit barang nak di masak kat supermarket Iceland dan Tesco.  Geli geleman tenguk daging b**i banyak dalam tempat dingin beku.  
Kat sini ada Mc Donald tapi tak halal, akak masuk pun cuma tumpang buang air kecil sebab tak tahan sejuk. Cantik tenguk sarung bantal ni tapi bila tenguk harga tak jadi beli.
Lepas beli barang dapur balik semula ke rumah naik bas.  Pukul 5.00 petang kedai semua dah tutup.  Bila naik bas kami di suruh naik dulu sebab tangan penuh dengan beg plastik walaupun beratur di belakang. Padahal yang suruh tu nenek-nenek dan datuk-datuk.  Bagusnya mereka ni kan.
Sampai kat umah, 2 orang kawan Russhdi tengah bersilat di dapur, tengah masak lauk ayam.  Akak cuma jenguk sekejap, malas nak kacau dia orang masak.  Bila dah siap mereka panggil makan.  Akak tukang makan ajer.

19 ulasan:

  1. wah! berjalan sakan gamaknya.

    BalasPadam
  2. seronoknya kak Ina jln2 sana.....

    BalasPadam
  3. JET LAG LA KAK...BUKAN JET LANG...HEHEHE

    BalasPadam
  4. bestnye...bilala sy dpt nak ke sana..huhu

    BalasPadam
  5. wahh kak ina.. jalan jauh lagi akak kali ni.. bestnyerr dpt tgk tempat org.. kami tumpang tgk gambar2 & baca ceritanya yer.. TQ berkongsi pengalaman di tempat org...

    BalasPadam
  6. sekali sekala akak jd tukang makan la plak kan..hehe

    BalasPadam
  7. ya allah seronokk nyerr kak...hati dah terlonjak2 nak kesana jugak..nih..hihihihi

    BalasPadam
  8. Bestnya akak dpt pergi sana...hati2 ya..dan selamat bercuti dan berjumpa dangan anak kesayangan.

    BalasPadam
  9. Salam Kak Ina, kat sana apa masakan atau menu authentic? meh la kongsi2 kat kami.hoho. Kat Oz setakat ni lum jumpa pape lagi menu yg menarik selain kebab n piza. dah kebas lidah makan.

    BalasPadam
  10. best plak baca catatan akak nih.. teringin nak pi sana...berdua sajor.. kena tunggu anak besar la dulu... pasal nak pi singapore? nak panduan? no hal. husband cakap jom pergi sama-sama.. cakap je bila..

    BalasPadam
  11. Salam ziarah kak ina. wahhhh seronoknya melancong ke uk. tak dapat p, dapat baca pengalaman orang dah cukup seronok...

    BalasPadam
  12. mei dh tak sejuk kak..klo gi bulan 1 ritu, lg sejuk..tp sronok kan kt sana?:-)

    BalasPadam
  13. salam kak ina..
    lama btul x jengah blog akak..rupanya dah sampai UK pon...have a safe journey..pas nieh ke India plak ker?

    BalasPadam
  14. Saya suka baca cerita pengalaman orang ini.

    BalasPadam
  15. seronok ya berjalan berdua dgn hubby..anak2 dah besar kan...yg ada anak kecik ni susah sikit nak berjalan jauh..

    BalasPadam
  16. Apa kesah kak ina. Pakai selipar pun sampai jugak.

    Saya pun pernah pakai selipar RM 3.90 naik flight pergi Sabah. Lagi selesa berangin.

    BalasPadam
  17. rajin betul housemate anak akak yea...memang berasap la dapur diorang tu...

    BalasPadam
  18. takpe kak,jgn menyesal,tak best pun dalam muzium tu cume ade replika train je mcm tu, btw anak akak blaja kat univ of sunderland ke?patutla mcm kenal je tmpt tu,lagi2 jambatan yg dkt ngn the bridge shopping mall tu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...