OOO

Isnin, Mei 23, 2011

Catatan Perjalanan ke UK -Hari Pertama (7-8 hb. Mei 2011)

Ke KLIA di hantar oleh anak akak..naik flight dalam pukul 5.50 petang hari Sabtu
ke Bandar Seri Begawan Brunei dulu.  Masa ni muka happy sebab excited nak gi tempat orang.
Sebelum memulakan perjalanan ada bacaan doa naik kenderaan..
baguskan naik kapalterbang Royal Brunei ni.  Dapat makan tengahari walaupun cuma 2 jam perjalanan.
Transit di Brunei tak sampai 1 jam..sempatlah solat jamak..tukar naik kapal terbang yang lebih besar..kebanyakkan penumpang pelajar dari UK yang melawat Sabah...hinggar binggar di buatnya...kanak-kanak rianglah katakan.
7 jam dalam flight..penatnya ashik duduk ajer..tapi makan dan minum best sungguh.  Berhenti pula di Dubai Airports dekat  2 jam. Cantik sungguh tempat ni, macam shopping complex..ada 3 tingkat.   Dapatlah melawat kejap kedai-kedai kat sini.Hb akak mengada-gada beli puff dan air kat sini..
fuhh kena 45 dirham..lebih kurang RM45.00.
Hb sempat hisap rokok sebatang..pastu naik flight yang sama.  Ada lagi bacaan doa naik kenderaan, sakit hati tenguk mat dan minah salleh yang muda-muda gelak-gelak bila bacaan doa di bacakan...kurang ajar..
Setelah 7 jam  duduk dalam flight lagi  sambil mengeluh... bila nak sampai..bila nak sampai..akhirnya selamat gak sampai di Airport Heathrow London lebih kurang  pukul 6.45 pagi Ahad waktu tempatan..delay 20 minit..okeylah tu.


Tertipu sebab beli sim kad kat airport..harga 10 pound (RM50.00)..tak ada kredit pulak tu..padahal kalau beli kat luar cuma 1 pound. Patutlah tak ada orang beli, akak ni kelam kabut beli sebab nak call anak bagitau dah sampai.


Kena beli top up lagi 5 pound..baru boleh call anak akak...rugi 9 pound dah kat situ.  Nanti sape gi uk jangan beli kat air port tau.
Naik bus National Express Coach di Terminal 4 ke Terminal 3/5.. dah siap bayar secara online cuma print dan tunjuk kertas ajer  kat driver bus.  Cuaca sejuk giler masa tunggu bas.


Kemudian tukar bas  yang lain ke London pulak di situ. Ikut jadual kami naik bas dalam pukul 1.30 tengahari tapi dah sampai cepat dan kebetulan tempat duduk banyak kosong driver kasi naik.  Syukur..kalau idak lagi lama bertapa kat situ.
Tak sampai satu jam sampai di Victora Coach Stastion London dalam pukul 10.00 pagi..terlepas bas nak ke Sunderland gara-gara akak cari bilik air, akhirnya tak jadi pegi ke toilet sebab kena bayar 30 pence (lebih kurang RM1.00 lebih).  Akak tak ada duit kecik masa tu, belum belanja apa-apa lagi.


Hb gi tanya kat tempat tiket  ada tak bas lain yang nak gi ke sana dalam masa terdekat. Nasib baik ada tapi kena singgah dulu di Leeds dan bayar lagi 5 pounds.  Sempat beli roti ada sayuran dalam 5 pound (RM25.00) 2 bungkus coklat M & M dekat 4 pound (RM20.00)  dan sebotol besar air mineral berperasa lemon dekat 2 pound (RM10.00) kat kedai Pakistan.  Nasib baik kat atas bas ada bilik air..selamat..
Pukul 10.30 pagi bas mula gerak dan perjalanan mengambil  masa 4 jam nak ke Leeds.  Bas lalu kat bandar London..dapatlah tenguk bandar London.
Sampai di Leeds..kena tunggu dalam 45 minit, kemudian naik bas lain ke Sunderland.  Fuhhh lapar sungguh masa ni...hb beli lagi roti dan air..tu pun kena hati-hati, susah nak cari yang halal kat UK ni.
Driver suruh pakai tali pinggang keledar, kalau idak kena saman..muka dah penat. Punggung pun dah rasa kematu sebab ambil masa berjam-jam, tapi tawakal ajerlah sebab hb tak naik flight gi ke tempat anak sebab tak best katanya..tak dapat tenguk pemandangan.


Kalau naik flight baru ambil masa 45 minit sampai ke Newcastle, nanti boleh naik kereta lagi 2 jam.
Nasib baiklah pemandangan sepanjang perjalanan cantik sebab dah masuk musim bunga. Kalau guna camera mahal lagi lawa.
hb kata ni tempat arang batu di proses
suka pulak tenguk van ni
Pemandu omputih yang agak sombong..hb kata..
wah bestnya kita jadi tuan ek..mat salleh jadi kuli..akak gelak ajer..
berhenti turunkan penumpang di Middleborugh sekejap
Akhirnya sampai gak ke Sunderland dalam pukul 5.30 petang
 muka dah penat..mata pun dah mengantuk..ashik menguap ajer..sempat lagi ditegur dek omputih pempuan..why you look so tired? Akak sengih ajer sebab nak fahamkan loghat dia...tak sama cam kita cakap omputih kat sini.
Kawan Russhdi ambil di park line (perhentian bas) terima kasih Bard. Sampai rumah anak ..perut dah lapar sebab cuma makan roti, coklat dan air ajer.
Suruh beli Russhdi call kedai jual nasi dan nanti ada orang hantar.  Beli 3 bungkus nasi sedap(lupa nama), lauk kari kambing, papadum dan ayam tikka, semuanya dalam 15 pound (pejam mata jerlah bila di kali 5) pastu tidur tak sedar sebab kepenatan.

23 ulasan:

  1. bestnye kak!!! tak sabar nk tgu cerite akak

    BalasPadam
  2. akak,mcm mane blh naik royal brunai?blh share citer skit?best la,pia suke

    BalasPadam
  3. salam,

    wah, bestnya kak... sy teringin sgt nak gi UK or London ni... tp tula, sbb belajarlah leh gi overseas... Hopefully adalah rezeki nk further studies kat UK ni, hehehe... tk sabar nak tunggu next entries...

    BalasPadam
  4. seronoknya kak ina...sbb anak2 belajar kat sana leh pegi sana ari tu ke india kan...

    BalasPadam
  5. Seronoknya kak Ina gi Uk blh lihat dan rasa camne tpt org.......lama ke Kak Ina gi sana.....

    BalasPadam
  6. jeles la kak ina...seronok dapat gi UK...

    BalasPadam
  7. amboi .. brjln jauh rupanya kak ina ye.

    BalasPadam
  8. seronok baca citer kak ina jln2 kat UK.

    BalasPadam
  9. seronok baca citer kak ina jln2 kat UK.

    BalasPadam
  10. wowiii akak pegi UK...cpt up new entry!baca akak nye jdk laah..nk p sure xkan lah.. :)

    BalasPadam
  11. bestnye kak, dpt sampai ke UK
    dari kecik sampai le umo sekrg, teringin sgt nak jejak kaki ke UK, ntah bila dpt sampai...huhuhu

    BalasPadam
  12. Tak sabar nak tunggu entry seterusnya...i follow U

    BalasPadam
  13. Bestnye k'ina, asyik berjalan je, suami saya ckp klu transit kat dubai airport, blh makan free utk pasengger transit... dia dulu pun camtu, tp bila dah tau, tkde la nak beli lg...

    BalasPadam
  14. Ina...seronoknya dpt pergi London... tulah kan kalau ina bawak kamera dslr tentu gambarnya cantik2...

    BalasPadam
  15. kat UK tak leh nak darab2 time nak beli brg heheh
    kalau keje/dpt gaji kat UK, sgt besh bab2 shooping ni :)

    BalasPadam
  16. Seronok baca rentetan perjalanan Kak Ina ke UK.. Best2.. ceritalah lagi.. (Tak sabar nak tunggu episod seterusnya.. )

    BalasPadam
  17. bestnye kak.. nanti akak review pasal royal brunei boleh? tiket dia murah dr MAS ke?

    BalasPadam
  18. fuhh..jauh jugak perjalanannya...saya duk imagine naik flight terus turun sana..huhu..tak sabo nak dengar cite lagi

    BalasPadam
  19. best nyer dpt gi UK. tunggu irfan dgn hasanah laa study oversea, baru leh lawat dieroang.

    sajer of komen dekat entry tu

    BalasPadam
  20. bestnyer akak berjalan2 kat london!! melawat anak akak erk kat sana..murah2 xbrg2 kat sana??

    Meh sini: Cara - cara Mengelak dari Selipar Dicuri!!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...