OOO

Rabu, Jun 08, 2011

Dari Kerana Mata ..Ohhhh Aku Tergoda

Dari kerana mataaaaa,
yang memmmmpunyai kuasa,
ohhhhh aku tergoda,
aku tergoda seketika

Pernah dengar tak lagu ni..lagu lamalah tapi tak pupus di telan zaman.
Ada juga pepatah pepatih...Dari mata turun ke hati...panahan mata boleh membuatkan orang jatuh hati. Jika mata disertakan dengan solekan menggoda dan mengikut teknik solakan yang betul tentu akak membuatkan mata lebih menyerlah.

Solekan tebal pada kelopak mata bukan saja mampu merubah penampilan tetapi turut membuatkan mata galak bersinar. Semakin tinggi teknologi dalam penghasilan celak akan membuatkan solekan menjadi lebih tepat, mudah dan bergaya.
Menyedari kehendak wanita yang inginkan produk solekan ringkas dan mudah digunakan, Maybelline New York memperkenalkan celak Hyper Sharp Ultra Fine Liner yang dirumus menggunakan revolusi unik dan terkini dengan penghasilan hujung paling halus sehingga 0.05 milimeter.

Hujung berus yang lembut dan mudah digunakan membuatkan garisan mata lebih tepat, senang dan bersih. Dengan hanya satu garisan, celak ini berfungsi membuat lakaran bermula dari hujung sehingga ke bahagian ekor mata pada hanya sekali lakaran saja malah anda boleh melakukannya berkali-kali mengikut ketebalan yang diingini.
akak tak beranilah nak pakai cam model ni..kang mesti hb akak terpegun
Hyper Sharp Liner bukan saja berfungsi membuat kesan keindahan pada mata malah membuatkan penampilan lebih dramatik. Ini bermakna anda boleh menentukan sendiri ukuran mata yang anda inginkan sama ada lebih besar, sederhana, menyerlah atau kelihatan funky dan ranggi.
Celak berteknologi ini juga sesuai digunakan bagi wanita yang ingin membuat lakaran pada bahagian tertentu seperti kelopak mata, pipi, kening dan dagu. Hujungnya yang halus mencipta daya kreativiti bagi wanita yang ingin menghasilkan pelbagai lakaran yang diinginkan. Ia sesuai bagi mereka yang ingin menghadiri majlis bertema yang memerlukan anda mengenakan solekan dramatik.

Menurut Chegne, tidak semua wanita boleh mengenakan solekan dramatik kerana ia sesuai untuk majlis tertentu saja.

“Namun bagi mereka yang menggemarinya, solekan dramatik menjadi lebih mudah dengan hanya menggunakan celak Hyper Sharp Liner. Ini kerana solekan menjadi lebih tepat, mudah dan berkesan hanya dengan satu garisan lakaran,” katanya.
Hyper Sharp Liner yang kini menjadi celak nombor satu di Jepun selain tahan lebih lama berbanding celak cecair dan pensil juga senang ditanggalkan. Cuma gunakan penanggal solekan untuk lebih cepat atau basuh menggunakan air dan warnanya akan luntur serta-merta. Celak ini kini boleh didapati di pasaran pada harga RM23.90.

Cara memakai celak

1. Pastikan anda duduk dalam keadaan selesa dengan menopang siku di meja.

2. Tarik garis pada garis kelopak mata dari bahagian dalam mata sehingga hujung mata pada bahagian luar. Ini supaya memudahkan anda memakai celak sehingga ke bahagian bulu mata.

3. Gunakan celak dengan cara menarik dari hujung kelopak mata bahagian bawah.

4. Untuk mata besar gunakan celak mulai daripada kelopak mata bahagian tengah dan sekiranya anda memiliki mata yang kecil, gunakan celak daripada hujung dalam mata.

5. Untuk penggunaan celak buka mulut anda sedikit ketika memakai celak supaya otot-otot mata kelihatan bagi memudahkan anda memakainya.

7 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...