Dari kerana mataaaaa, 
yang memmmmpunyai kuasa, 
ohhhhh aku tergoda, 
aku tergoda seketika
Pernah dengar tak lagu ni..lagu lamalah tapi tak pupus di telan zaman.
Ada juga pepatah pepatih...Dari mata turun ke hati...panahan mata boleh membuatkan orang jatuh hati.  Jika mata disertakan dengan solekan menggoda dan mengikut teknik solakan yang betul tentu akak membuatkan mata lebih menyerlah.
Solekan tebal pada kelopak  mata bukan saja mampu merubah penampilan  tetapi turut membuatkan mata  galak bersinar. Semakin tinggi teknologi  dalam penghasilan celak akan  membuatkan solekan menjadi lebih tepat,  mudah dan bergaya. 
Menyedari kehendak wanita yang inginkan produk solekan ringkas  dan  mudah digunakan, Maybelline New York memperkenalkan celak Hyper  Sharp  Ultra Fine Liner yang dirumus menggunakan revolusi unik dan  terkini  dengan penghasilan hujung paling halus sehingga 0.05 milimeter.
Hujung  berus yang lembut dan mudah digunakan membuatkan  garisan mata lebih  tepat, senang dan bersih. Dengan hanya satu garisan,  celak ini berfungsi  membuat lakaran bermula dari hujung sehingga ke  bahagian ekor mata pada  hanya sekali lakaran saja malah anda boleh  melakukannya berkali-kali  mengikut ketebalan yang diingini.
akak tak beranilah nak pakai cam model ni..kang mesti hb akak terpegun
Hyper Sharp Liner bukan saja  berfungsi membuat kesan keindahan pada mata malah membuatkan penampilan  lebih dramatik. Ini bermakna anda boleh menentukan sendiri ukuran mata  yang anda inginkan sama ada lebih besar, sederhana, menyerlah atau  kelihatan funky dan ranggi.Celak berteknologi ini juga sesuai  digunakan bagi wanita yang ingin membuat lakaran pada bahagian tertentu  seperti kelopak mata, pipi, kening dan dagu. Hujungnya yang halus  mencipta daya kreativiti bagi wanita yang ingin menghasilkan pelbagai  lakaran yang diinginkan. Ia sesuai bagi mereka yang ingin menghadiri  majlis bertema yang memerlukan anda mengenakan solekan dramatik. 
Menurut Chegne, tidak semua wanita boleh mengenakan solekan dramatik kerana ia sesuai untuk majlis tertentu saja. 
“Namun  bagi mereka yang menggemarinya, solekan dramatik menjadi lebih mudah  dengan hanya menggunakan celak Hyper Sharp Liner. Ini kerana solekan  menjadi lebih tepat, mudah dan berkesan hanya dengan satu garisan  lakaran,” katanya. 
Hyper Sharp Liner yang kini menjadi celak  nombor satu di Jepun selain tahan lebih lama berbanding celak cecair dan  pensil juga senang ditanggalkan. Cuma gunakan penanggal solekan untuk  lebih cepat atau basuh menggunakan air dan warnanya akan luntur  serta-merta. Celak ini kini boleh didapati di pasaran pada harga  RM23.90.  
Cara memakai celak
1.  Pastikan anda duduk dalam keadaan selesa dengan menopang siku di meja. 
2.  Tarik garis pada garis kelopak mata dari bahagian dalam mata sehingga  hujung mata pada bahagian luar. Ini supaya memudahkan anda memakai celak  sehingga ke bahagian bulu mata. 
3.  Gunakan celak dengan cara menarik dari hujung kelopak mata bahagian bawah. 
4.  Untuk mata besar gunakan celak mulai daripada kelopak mata bahagian  tengah dan sekiranya anda memiliki mata yang kecil, gunakan celak  daripada hujung dalam mata.
5.  Untuk penggunaan celak buka  mulut anda sedikit ketika memakai celak supaya otot-otot mata kelihatan  bagi memudahkan anda memakainya.  




besar punya,hehehe
BalasPadambest nya~
BalasPadamnanti nak beli, mmg suka brg2 Maybelline.
BalasPadamme suka make-up2 ni hehehe
BalasPadamcam best ni...boleh gak try nanti...
BalasPadamwah kak , cm duta dh akak ni
BalasPadamWow...mahalllnyerrrrr
BalasPadam