OOO

Ahad, Jun 05, 2011

Jom layan Bakat Tv di TV 2

Antara peserta yang mengambil bahagian

Jarang layan TV2, tapi bila hb buka rancangan Bakat TV ni, rasa cam best tenguk.

Ada persembahan silap mata, main piano dan macam-macam lagi.
Persembahan dari adik-adik kecil menari dengan baik dengan menggunakan nama warisan seni dari negeri sembilan mendapat pujian dari Os (persembahan dan komedi) dan koreografer tarian, Pet Ibrahim. Setakat ni yang paling best dari kumpulan ni.

Sedikit info mengenai Bakat TV

Timbalan Pengarah Seksyen Produksi TV, Norliza Ali berkata, setiap peserta harus menunjukkan kreativiti masing-masing dan mempunyai daya inovasi dalam persembahan.

“Kita nak cari bakat macam arwah (Datuk) Sudirman kerana setiap kali dia membuat persembahan ada daya tarikannya tersendiri dan kreatif dalam menampilkan kelainan. Kita lihat banyak program realiti yang memberi fokus kepada nyanyian, tarian dan komedi semata-mata tetapi Bakat TV ini menghimpunkan peserta yang mempunyai bakat dalam kategori terbabit untuk dinilai kreativiti mereka,” katanya.

Sejak penyertaan dibuka pada 26 dan 27 Februari lalu di 18 lokasi RTM seluruh negara, sebanyak 600 penyertaan diterima, namun hanya 24 peserta saja yang layak ke peringkat suku akhir pertama bermula 29 Mei ini.

Setiap minggu enam peserta akan bertanding bagi memilih empat peserta terbaik ke peringkat separuh akhir pertama dan lapan peserta terbaik akan melayakkan diri ke peringkat akhir pada 10 Julai depan.

Johan Bakat TV membawa pulang wang tunai RM20,000, naib juara RM15,000, tempat ketiga RM10,000, persembahan terbaik bakal memenangi wang tunai RM10,000 dan sagu hati RM5,000.

“Bakat baru yang dicungkil mendapat kebajikan dalam industri kreatif, malah RTM juga nak wujudkan industri kreatifnya sendiri supaya dapat membantu bakat mereka dalam bidang masing-masing.

“Peserta yang kreatif dan mempunyai bakat tersendiri akan diserapkan dalam program RTM sendiri serta ada di antara mereka yang mahir dalam peralatan muzik seperti Issabela Pek diserap ke dalam Orkestra RTM,” kata Norliza. penentu kemenangan datangnya dari sms.


p/s yang tak best sebab tenguk pentas Bakat TV ni. Biasalah kan..RTM

1 ulasan:

  1. - bakat tv - program rtm dr dulu lagi kan...

    - nape kalo rtm nye program mcm x best je...

    - rtm patut ambik contoh dr tv lain kankan...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...