OOO

Rabu, Julai 27, 2011

Hari Ke Dua Di London (Part 1)

Sarapan pagi memang di sediakan kat hotel ni, tapi ada ham, kami cuma makan roti bakar, yogurt, makan cornflakes, minum air kopi dan susu. Bawa bekal roti bakar takut kelaparan masa jejalan nanti. Bilik hotel memang penuh kebanyakkan pelancung dari Paris.

Hari kedua kami tak ajak Long Hafiz dan Shukie sebab tak nak ganggu mereka. Lepas breakfast akak baca info yang ada kat lobby. Memang nak pergi sangat ke situ. Bila tanya kat orang kat kedai dia bagitau kalau nak ke situ ambil masa dalam 30-40 minit sahaja.
Kami ambil keputusan tak nak naik underground tren, jalan kaki lagi best sebab kalau nak train tak nampak apa-apa. Sambil jalan sambil ambil gambar, suami layan kerenah akak kali ni, tak bising lagi dah.
Disepanjang jalan ni memang banyak kedai halal kepunyaan orang timur tengah, ayam, daging lembu dan daging kambing memang banyak kat kedai mereka, wahhhh senang gak nak masak kalau macam ni kalau ada dapur. Jumpa gak ubi kayu tapi macam dah tak fresh.
musim bunga sedang berkembang masa akak gi, ralit tenguk bunga ajer
Sedang syok ambil gambar ada orang bagi salam...sape pulak ni? Rupanya seorang omputih dalam kereta.

My wife from Malaysia, bla...bla...bla..

Rupanya dia nak jual pakaian branded kat kami, kononnya lagi murah dari Harrods dan M & S..wah..nak kelentong ek. Sorrylah, kami bagitau secara baik tak perlukan pakaian tersebut sebab beg memang dah tak muat dah.
Bangganya bila terjumpa restoren Melur di kota London. Masa ni awal pagi, restoren pun tak buka lagi. Terletak di 175A Edgware Road, Paddington, W2 1ET.
klik yer kalau nak tenguk harga kat situ. Akak tak teringin nak makan sebab tak lama lagi nak balik ke Malaysia. Kalau duk kat UK lainlah sebab kalau duk lama mestilah rindukan masakan Malaysia.
Teringin pulak nak masuk kat dalam kedai orang timur tengah ni.
Sebab ternampak Baklawa..macam-macam jenis ada. Kawan masak memasak pernah bagi akak, memang sedap tapi tak tahan sebab manis sungguh.
Bangganya bila jalan kat sini sebab banyak kedai orang islam
Akhirnya sampai kat Sculpture of horse's head at Marble Arch, London. Tak ada pulak nak suruh orang ambil gambar. Suami akak duk hisap rokok bawah pokok.
Patung warna warni dekat kepala kuda
Marble Arch as it is now, standing near Speakers' Corner in Hyde Park, at the western end of Oxford Street in London.
Akhirnya sampai ke Hyde Park kat seberang jalan, ramai sungguh pelancung, mereka jalan laju, kami jalan pelan-pelan sambil menikmati keindahan taman ini
Kalau nak naik basikal pun boleh kalau malas nak jalan kat taman ni.
Hyde Park is one of the largest parks in central London, United Kingdom and one of the Royal Parks of London, famous for its Speakers' Corner.
Tong sampah tempat buang najis anjing, al maklumlah orang omputih memang suka bawa anjing jejalan. Elok gak kan, kalau idak tentu ashik mengelak dari najis anjing.

The Diana, Princess of Wales, Memorial Walk
Memang tak sesat kalau jejalan Hyde Park ni sebab di sediakan peta. Kalau rasa salah jalan suami akak tenguk balik peta
Setelah berjalan lebih dari 40 minit akhirnya sampai kat Wellington Arch di Hyde Park Corner. Akak suruh suami ambil gambar akak kat sini. Nasib baiklah mood dia baik, sebelum tu kenalah ajar camner guna kamera sebab hb tak pandai bab ni. Nasib baiklah cantik gambar yang dia ambil.

p/s banyak lagi gambar, nantikan sambungannya yer.

11 ulasan:

  1. buah-buah and sayur-sayur kat overseas ni memang segar bugar kan? maybe sebab cuaca diorang yg sejuk tu kot..

    BalasPadam
  2. wahhh besnya kak..
    tapi bila lah eka nak merasa pergi luar negara ni..
    sekala sekala berjalan ke tempat org msti best kan

    BalasPadam
  3. London pulak ye? mkn angin je kakIna ni.....

    BalasPadam
  4. memang ramai warga asing kat sana kan kak..rasanya populasi bertambah dah sekrng ni..

    BalasPadam
  5. I love London..duduk kat sana 4 tahun pun rasa xcukup...:)

    BalasPadam
  6. Kak Ina.. mmg best pi jenjalan nih... klu akak pegi time Boxing day lagi best... brg2 sale dlm 70% camtu... cuma kat Oxford street tu ramai sgt umat manusia.. mau semputt!!!!

    BalasPadam
  7. kalau ikutkan hati, rasa nak terbang ke UK sekarang jugak...rindu nya heheh

    BalasPadam
  8. Gambar dah cun..cuma muka Kak Ina jer yg macam nak sergah org amik gambar tu..cuba senyum sikit..sikitttt jer lagi..lagi? ha, mcm tu laaa...hehehehe..barulah ceria..

    BalasPadam
  9. Bestnyaaa bestnyaaa pi London..
    Lain kali nak pi London jangan lupa pakai Flexiroam, leh calling² orang sini :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...