Orang kata akak ni..pandai masak ...ermmmm rasanya akak macam mak-mak orang lain gaklah. Kena masak sebab suami dan anak-anak nak makan. Bila dah hari-hari masak tentulah tau camner nak budget bahan-bahan yang nak di guna. Orang kata kalau tak pandai tapi tak mencuba memang tak kan jadi. Sebenarnya kalau selalu kita buat kita akan dapat skill memasak. Cuba tenguk mak dan atok kita, mereka mana ada sukat-sukat, pakai campak-campak ajerkan. Sebab mereka dah biasa buat jadi mereka dah ada skill. Tak percaya..cuba praktikkan.
Masa belum kawin ada gak tolong mak , tapi cuma potong bawang, giling lada kering (tertonggek-tonggek giling cili..siap ada giliran akak dan kak long), siang ikan. Pernah sekali masak asam ikan kembung , rasa entah apa-apa. Kebetulan mak angkat datang, dia rasa..tenguk muka dia pun tau memang tak sedap masakan akak tu. Suruh mak buat ajerlah lagi pun abah agak cerewet, dia nak mak gak yang masak. Mak pun rajin kalau pasal masak memasak ni.
Masa baru kawin, hb duk jauh kat Jay Bee, akak duk kat gombak dengan family. Macamner nak belajar masak. Balik kerja ajer semua dah siap sedia. Kalau hari sabtu dan ahad akak dan kak long kemas umah yang se kangkang kera..mak gak yang masak. Suami kalau balik pun rasa masakan mak ajer sebab balik cuma sebulan 2 kali.
Bila dah beranak sorang pun masih duk dengan mak dan abah. Pun jarang pegang kuali dan periuk sebab masih lagi bekerja. Keluar lepas subuh dan balik dah petang. Memang pemalas sungguh akak masa tu. Masih ingat lagi, lepas raya gi naik bas ke rumah kakak ipar kat Teluk Panglima Garang di Kelang. Tak mampu lagi nak beli kereta.
Old Klang Bus Station (dulu nak gi ke Klang naik kat sini..tq google)
Sarapan pagi kat umah kakak ipar pastu naik bas ke stesyen bas di Kelang sampai di Old Klang Bus Station nak ke Gombak (dekat dengan Central Market). Dari situ naik bus mini ke Gombak. Penat kan naik turun bus dengan anak kecik.
ambik gambar kat google
Sampai kat umah dah tengahari. Mak, abah dan adik beradik lain gi beraya rumah saudara. Walaupun perut lapar akak tak masak sebab hb kata masih kenyang lagi. Bila mak balik dia tanya kenapa tak masak? Akak kata suami kat kenyang, buat per masak. Apa lagi mak membebel..marahkan akak.
Bila Russhdi berumur 6 bulan akak nekad berhenti kerja sebab ikut suami ke Jay Bee, masa tulah baru akak fully pegang kuali, periuk dan senduk. Masak pun yang senang ajer..kalau yang susah tak berani nak buat lagipun hb bukan pemakan orangnya.
Masak biasa ajer pun tak apa...nak buat pakai bahan mahal tak mampu sebab gaji hb kecik. Ada gak ikut resepi kat majallah yang selalu rasa tak sedap. Buat roti jadi keras..hb kata kalau baling kat dinding boleh pecah..lagi lah malas nak buat.
Duk kat Jay Bee tak lama, setahun lebih, berpindah kat Taman Melati, kemudian pindah lagi ke Gombak Setia. Dah memang dekatlah dengan umah mak. Kemudian akak dapat kerja balik dan mak yang kesian tolong masakkan lauk utama...akak cuma goreng ikan dan sayur. Kalau Sabtu dan Ahad baru akak masak, tu pun masak biasa-biasa ajer sampailah kami berpindah ke rumah sendiri di Sentul.
Dah pindah kat Sentul lagilah akak malas, sebab kami buat rumah ala town house,mak duk bawah atas duk kat atas. Akak bawak mak gi pasar setiap hujung minggu dan mak masakkan lauk utama dan siapkan semua bahan nak masak. Cuma tinggal masak ajer bila suami nak balik kerja
Bila berhenti kerja dan ikut suami duk kat Jakarta barulah merasa duk rumah. Bestnya dapat berehat, melepak tenguk segala cerita kat sana. Yang fofolur masa tu siri cerita Hidayah, Babi Ngepet, Extrawangza sampaikan akak boleh cakap macam orang sana.
Bila naik teksi, driver tu ingatkan akak orang medan ataupun orang padang. Kat sana pun akak masak macam mak ajar sebab masa tu teringat nak beli laptop nak buat blog. Kalau idak lagi best.Akak cuba gak masak cara kawan Malaysia yang lain.
Balik semula kat sini, akak malas nak kerja balik. Tak bagi lagi mak masakkan untuk kami sekeluarga. Masak apa ajer yang terfikir, nak masak sedap tak adolah. Dulu nak on laptop pun takut, jadi akak habiskan masa gi ke library dan pinjam novel.
Entah camner satu hari anak nak makan lauk apa tah...tanya dengan adik ipar dia suruh cari dalam myresepi.com. Langsung terjebak berforum kat situ dan dapat geng masak memasak. Mereka tunjuk masakan yang sedap-sedap dan akhirnya akak pun terikut-ikut nak buat. Masa tu gak kami sibuk buat blog sebab nak show resepi dan gambar masakan kat blog.
5hb. November 2008 akak mula berblogging .Klik sini kalau nak baca,Masa mula-mula mana tau nak buat blog cantik-cantik. Pakai taram ajer, janji ada tulisan dan gambar. Mana ada sangat orang datang ke blog masa tu dan akak tak tau nak letak iklan nuffnang.
Dari situ kami geng masak memasak akan memberi tips dan motivasi kepada siapa ajer nak mencuba apa-apa masakan kat blog MyResepi.com. Barulah akak tau camner nak masak nasi dan masakan serta kueh mueh yang anak-anak suka makan. Akak dah malas sangat ikut resepi kat Majallah, sebab bukan semua betul pun. Membazir ajer kalau buat sebab roti jadi keras dan masakan jadi tak sedap.
Bila semua anak-anak ada kat umah, tentulah tak berbaloi beli. Dah mampu beli bahan masakan yang mahal sikit dan sejak itulah akak cuba macam-macam masakan. Taklah pandai pun sebab masih lagi rujuk resepi.
Sekarang ni akak tak hairan sangat dah bila orang muda kata tak pandai masak..sebab akak dah mengalaminya dulu.
Alamak terlebih sudah..saja ajer nak pot pet..pot pet..
p/s tahniah buat #HarimauMalaya 3-6..walaupun kalah dengan Liverpool ..seronok tenguk siaran langsung kat Astro
Klik sini kalau nak iPhone 4 ?
Salam.. Hi Kak Ina, suka baca kisah yang akak tulis.. Rupanya dah merantau banyak negeri dan negara ye.. Memang kalau tak mencuba, memang tak akan pandai memasak sampai bila2. Nur baru belajar2 masak juga ni..
BalasPadamSaya ada juga terjumpa blog2 lama kak ina..hehe terserempak then trus baca
BalasPadamsama lah ina..cuma dulu setakat asas2 je dengan kuih2 kampung je tau.sebab dulu saya tak de kakak..seawal sekolah rendah lagi dah kena masak yang asas tu..nasi,masak lomak cili api dan goreng ikan..
BalasPadamsamalah masa saya muda-muda dulu.. hehhee.. sekrang pun tak pandai sgt masak.. lalalala
BalasPadambetul tu kak.....apa pun kemahiran kita kena cuba buat selalu sebelum pandai dan mahir....cuma prosesnya berbeza ....
BalasPadambiasanya, mmg kalau kita dah duk merantau, dr situ laa kak kita kena jadi pandai masak lauk2 kampung kita sendiri sbb dah rindu nak makan masakan kampung....
BalasPadamKak ina sy suka baca N3 yg ini... betul akk cakap bila kita dah selalu masak kita main campak2 je pun menjadi gak masakan tu walaupun tak tengok resepi... dah biasa masak dah tentu tahu cammana nak agak bahan2nya.
BalasPadamTapi bab biskut dgn kek sy tak berani nak wat mcm masak lauk tu ..nak gak ikut resepi takut tercampak kek & biskut dalam tong sampah jee bila tak jadi..hehe!!