OOO

Selasa, Julai 12, 2011

Oh Red Velvet Cake @ Kek Baldu Merah Ku Tak Cantik

Berkobar-kobar kau nak buat kek yang memerlukan kos yang agak tinggi untuk membuatnya. Mula-mula malu nak tunjuk kat blog sebab rupernya yang teruk tapi biarlah orang nak kata..aka..ada aku kisah
Jangan salahkah resepi jika apa yang kita ingini tidak menjadi. Salah akak juga sebab pandai-pandai ajer nak deko pakai warna pink, padahal cukup ajer di salut dengan krim cheese warna putih tu. Krim ni agak lembek tak macam buttercream, memang susah nak deko.

Haru biru di buatnya, meleleh kebawahlah pulak warna pink tu masa deko. Tak di nafikan rasa krimnya memang sedap, bila akak bancuh krim keju tu dengan krim putar akak try rasa. Tak cukup sekali, berulang-ulang kali.

Kalau campur dengan mascarpone cheese (250gm-RM19.90) lagi pengsan rasa krimnya. Besar sungguh kek ni bila dah siap. Ambil masa gak nak menghabiskan kek segadang ini. Kalau keluarga kecik buat ajerlah setengah adunan. Resepi ambil dari blog member masakan. Kalau duk berdua baik beli 2 biji kek cawah sebab agak remeh nak membuatnya.

Sumber 1: Nina Suria@Mon
Sumber 2: Kzai@Teratakimpian


Bahan-bahan
  • 5 biji telur gred B
  • 250 gram mentega beku tanpa garam
  • *3 cawan tepung naik sendiri
  • *3 sudu makan koko Vochelle
  • 2 cawan gula kastor
  • 4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 1 1/2 sudu makan je
  • 1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
  • 1 sudu teh garam- x letak
  • 1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
  • 1 sudu makan cuka makan

CARA-CARA:

1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- akak buat dua lapisan je

FILLING:

500gram blueberry filling - akak x letak

KRIM:

500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar- akak letak 1 1/2 cawan
akak tambah sedikit gula icing
Cara-Cara
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
Tunggu Ira balik asrama baru buat kek dan nyanyi untuk suami

Akak buat sempena hari jadi suami akak bulan lepas. Tak cantik tak per, janji hasil tangan sendiri.(pujuk diri sendiri)

Nak tenguk yang kek yang cantik bolehlah gi kat link bawah tu.

18 ulasan:

  1. xper kakk...
    xkisah mcm ner pun ropenyer tp janji masuk mulut sedap!!! :D

    BalasPadam
  2. sedapnyer..jadi lapar plak bila tgok...nyum2..

    BalasPadam
  3. alahai kak ina..mmg sedaap kan kek nih..apa ada pd rupa kan..yg penting rasa mantopp!! tu la kak..bila kita nk gader2 lg..kak intan pun dh lama x jumpa gak..

    BalasPadam
  4. Kak Ina,
    Cantik dah kek red velvet Kak Ina tu.Kesilapan teknik tu kecil sahaja(the pink colour) but dalam tu kemas.

    BalasPadam
  5. Salam K.ina..xper la rupanya yg xcantik,yg penting sodapppp!

    BalasPadam
  6. wahhhh...cantikk la red velved ni kak ina...
    mas juga tak buat2 lagi....

    BalasPadam
  7. kak cantik sangat dah tu apa yang tak oknya.....dah lama gak teringin nak buat kek baldu merah ni tapi tak berani la nak cuba takut orang rumah tak makan je...huhhuhu

    BalasPadam
  8. ape yang tak okay nyer.. masuk mulut setel.. kenyang.. hehehe
    Melayan Karenah Anak

    BalasPadam
  9. ina..kek ni je yang saya tak berani nak mencuba..kerana kemerahan warnanya..he he..

    BalasPadam
  10. slm kak ina...

    ok lah tu kak ...saya ni nk bt kek butter pn tak pandai...

    BalasPadam
  11. - ok sgt dah tu...kalo AI buat ntah camne rupanyer...hihi

    BalasPadam
  12. ghupe x penting kak , janji rs nye mantopzzzzzzzzzzz

    BalasPadam
  13. akak, saya buat frosting tu dia tak kental la.. nak buat macamane ye?

    BalasPadam
  14. kak... sy buat resepi yg lagi senang... follow hana family punya... marveles jadinya kak...tp mmg berbaloi2 dgn harga kos kan kak.?

    BalasPadam
  15. Duh jadi ngiler nih liatnya, kayanya enak banget...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...