OOO

Selasa, Julai 12, 2011

Kenduri Garnier Bersama Lisa Surihani

Nasib baiklah tak sesat masa nak gi ke sini. Akak minta panduan jalan dari adik yang duk kat Seksyen 27, dia kat tuju ajer ke Seksyen 24, nanti ada tertulis papan tanda nak gi kat dewan tersebut. Nasib baiklah pihak Garnier pun ada buat penunjuk arah nak ke sini.
Akak antara 200 orang yang bertuah sebab telah dapat menukarkan krim dari jenama lain ke Garnier Skin Naturals Light Whiten & Moisturizing Cream. Dapatlah lagi krim garnier dan boleh tahan stock untuk berbulan-bulan.
Bloggers bergambar dengan Connie Ng Pengurus Kanan Perhubungan Awam-Consumar Products of Division sebelum masuk ke dalam dewan. Seronoknya bila kami semua di layan macam vip oleh semua kakitangan Garnier dan dapat pula beg yang berisi barangan Garnier.

Acara ni telah di adakan di Dewan Warisan Komples Warga Emas Shah Alam semalam 10hb Julai 2011. Akak juga telah bergambar secara solo dengan gaya tersendiri (cam modellah) bersama produk Granier Skin Naturals Whiten & Even Moisturizing Cream (gambar belum ada lagi)
sakan bergambar sebab di beri peluang ke sini
Tiba-tiba ternampak mama Lisa Surihani kat dalam dewan, apalagi ajak bergambar gaklah dengan kami.
Sorang ajer blogger lelaki Syuib, Zurie, Cik Lilyputih dan Jard
Kami di beri masuk dahulu sebelum orang ramai dibenarkan masuk sebab nak ambil gambar.
Tak puas bergambar kat bawah, kami naik pula ke atas pentas.
Oleh sebab dah bosan duk kat dalam selepas sakan bergambar kami keluar semula sebab nak menyertai aktiviti yang di sediakan. Antara aktiviti untuk para peminat Garnier ialah meneka berapa biji bola kuning (lemon) dalam bola besar ini.
Masing-masing dengan khusyuknya mengisi borang 'Kirakan Garnier' dengan harapan nak menang. Sayangnya semua teka tak betul.
Beli jangan tak beli, rugi tau kalau tak beli sebab harga barangan Garnier kat sini lebih murah dari pasaran, pastu dapat gift lagi. Farra Ng yang baru sampai terus terpikat nak beli juga dek kerana jelezz tenguk Cik Lilyputih dan Jard dah beli. Biasalah orang pempuannn..kalau bab shopping menyopping no 1.
Connie ajak kami naik ke tingkat atas sebab ada acara makan-makan dalam bilik berhawa dingin..legaaa sebab kat bawah panas. Sedap-sedap makanan yang di sediakan untuk kami terutama pizza domino itu. Ada juga wartawan wanita dari Harian Metro dan majallah Remaja. Sempatlah berpot pet dengan mereka.
Lepas makan sessi bergossip di tepi tingkap, biasalah orang pempuan mana boleh tak bergossip. Gossip apa ek..biarlah rahsiaaaaaaaaa
Akhirnya Duta Garnier naik ke atas pentas. Acara yang paling di tunggu-tunggu sebab boleh bertemu dan bergambar dengan Lisa Surihani yang telah memenangi Pelakon Wanita Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popolur Berita Berita Harian Malaysia 2009/2010
5 orang perserta yang bertuah yang telah meneka dengan tepat permainan 'Kirakan Garnier'. Mereka di beri peluang bersoal jawab dengan Lisa tentang mengenai penjagaan kulit Lisa setelah memakai produk Garnier.

Lisa Surihani juga telah berkongsi rahsia dengan memberikan tips bagaimana beliau menjaga pemakanan beliau. Menurut Lisa, beliau makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan minum air sebanyak yang mungkin. Lagi satu rahsia beliau amalkan minum "green tea", sape yang nak cantik cam Lisa bolehlah ikut tips Lisa yer.
Sukanya hati bloggers di beri peluang naik ke pentas dan mengambil gambar bersama Lisa Surihani.
berdua dengan Lisa..macam mak dan anak..(dapat jadi menantu best ni..layak ker....just kidding).fuhhyooo lawa dan slimnya dia niiiiii..ibarat perempuan melayu terakhir
Orang ramai yang hadir telah di bahagikan lebih kurang kepada 5 kumpulan untuk bergambar bersama Lisa Surihani, kalau ambil gambar sorang demi sorang mana boleh, malam baru habis nanti.
Antara makanan yang disediakan secara buffet..makanlah banyak mana pun..tak ada yang marah
Untungnya jejaka-jejaka ni, sebab mereka tak ramai dibandingan dengan wanita..bila sebut .ukurlah sendiri...tentulah suara yang keluar suara jantan kannn
Semua yang hadir untuk kali terakhir bergambar beramai-ramai. Dan semestinyalah sebut ramai-ramai..Ukurlah Sendiriiiiiiiiiiii..berapa kali kena ulang tapi seronok sebab jurugambar nak dapatkan gambar yang terbaik.
Sebelum pulang bergaya lagi di atas pentas bersama Afra yang datang agak lambat bersama ibunya. Jard dah balik masa ni.
Kami bloggers yang happy dapat memeriahkan Kenduri Garnier Bersama Lisa Surihani.
Terima kasih buat jurukamera yang pakai kamera mahal iaitu Syuib, Farra Ng dan Jard sebab akak ambil gambar dari facebook mereka.
Duta kecil Garnier tapi untuk produk penuaan sesuailah kot..kata Syuib

Gunakanlah Garnier Skin Naturals Light Whiten & Even Moisturizing Cream yang sangat unik kerana hasil berganda yang dapat anda rasakan dan boleh di ukur - yang boleh menjadikan tona kulit anda sekata dan lebih cerah serta mengurangkan bintik filem hitam di samping menghalang wujudnya bintik hitam yang baru.

Kenduri ini akan di adakan juga di Dewan Raya Bandar Seri Alam Masai, Johor (17hb Julai), Dewan Balai Islam Lundang Kota Bharu (23hb Julai) dan Dewan Besar MBAS Alor Setar (30hb Julai). Tunggulah jemputan dari pihak Garnier Malaysia yer.

Bila dah dapat jemputan tu , jangan lupa datang tau. Mesti anda enjoy seperti kami.

23 ulasan:

  1. jelesssss gak..nak ikut..uwa uwa uwa..
    sampai ati akak tinggalkan saya hihi

    feel good & feel free to visit DEQLIS

    BalasPadam
  2. seronoknya kak..tapi camne nak dapat jemputan.. huhuhu..

    Jom baca ni :Budak Melayu iras wajah Mat Salleh.. Betul ke?

    BalasPadam
  3. walaupun tak dapat pergi...tapi tak jeles sebab dah penah amik gambar berdua ngan lisa surihani tue...

    BalasPadam
  4. uwaaa!! nak begambar dengan lisa jugak!! len kali ajak ye kak.. hehe..

    JOM BACA NI : SALIH YAACOB TURUNKAN ILMU!!

    JOM BACA NI : COOK'S COTTAGE MELBOURNE

    BalasPadam
  5. Salam KAk, Wah!lama tak jenguk, dah di'Garnierkan' blog akak ni. Hehehe...Sihat kak ?

    BalasPadam
  6. yep2 bestt sgt2 kan??? =)
    ain pun join ari tu..hehe

    BalasPadam
  7. wah, bestnye klu dpt join.. huhuhu...

    BalasPadam
  8. Salam K.Ina,
    BW.
    wow! cemburunya bertemu dgn Lisa Surihani. Live pulak tu. Nak jugak.

    BalasPadam
  9. suka Lisa sbb dia jarang make up tebal..cantik semulajadi...
    oppss..saya pakai garnier sejak zaman fasha jd duta garnier lagi...mmg berkesan...

    BalasPadam
  10. Comei lote Lisa ni....bestnya k.Ina dpt posing dg dia.

    BalasPadam
  11. ciklily dah macam duta garnier pakai baju kaler ijau...

    BalasPadam
  12. xpe kak , lepas lisa pencen , sure akak leh jd duta plak .. ado gaya dh tu ..

    cute kan lisa tu .. akak x korek2 rahsia dgn yusry ker

    BalasPadam
  13. bestnya akak....jelesnyaaaaaa...ok x bila dh tray garnier tu...

    BalasPadam
  14. hi, saya datang dan follow, jom ke blog saya http://nazranazurah.blogspot.com

    BalasPadam
  15. alahai....bestnya kak ina..dilayan mcm VIP lagi...dah tu posing ngan lisa plak..jeles2x

    BalasPadam
  16. terbaik!! lisa sporting.tapi paling best dilayan cam vvip..love connie..hehe

    BalasPadam
  17. wahh kak ina bestnya dpt pergi kan..

    oh haritu eka pergi event nuffnang n digi sony w8 tu..jumpa anak akak..yg menang telepon tu kan..hehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...