OOO

Selasa, Julai 05, 2011

Resepi Nasi Goreng Pattaya

Payah gak nak bungkus nasi ni. Kena pelan-pelan dan telur dadar kena lebar baru senang. First time sebenarnya buat nasi goreng stail camni. Kira okeylah kan. Resepi ni akak ambil dari blog Ummi

Bahan:- (anggaran saja)
  • 3 mangkuk sedang nasi putih
  • 3 tangkai cili merah - ditumbuk
  • 4 tangkai cili padi - ditumbuk
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 150 gm isi ayam - dipotong kecil2
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 batang lobak merah - dihiris btg mancis
  • 6 - 8 urat kacang panjang
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng nasi
Untuk telor dadar nipis:- (dpt 2 keping telor dadar nipis)
  • 4 biji telor
  • sedikit garam
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan cili garing sikit dengan api sederhana.
  2. Masukkan isi ayam dan kiub pati ayam, kacau seketika.
  3. Masukkan kicap dan lobak merah. Kacau sebentar.
  4. Masukkan nasi dan kacau seketika biar rata.
  5. Masukkan garam dan serbuk lada sulah. Goreng nasi hingga rata dan nampak berasap.
  6. Tutup api dan ketepikan nasi.
  7. Panaskan non-stick pan dengan beberapa titis minyak masak dan tuangkan telor yang telah dipukul sikit - bahagikan untuk 2 keping dadar.
  8. Masak dengan api perlahan (tutup pan)
  9. Bila telor telah masak, tutup api dan sendukkan nasi goreng dalam ukuran mangkuk yg sesuai dan telangkupkan aje ke atas telor dadar dalam kuali td. Buat lipatan telor tepi telor menutupi nasi. Ambil pinggan sesuai dan tekapkan atas nasi yg dibungkus telor tadi dan telangkupkan/terbalikkan pan di tengah2 pinggan.
  10. Paipkan sos di atas telor dan hidangkan.

10 ulasan:

  1. alololo tomeinyer nasi goreng pattaya dia..bnyk shopping kat siam kak?

    BalasPadam
  2. salam..ada lah 2 kali saya cuba tp x menjadi sehingga kini x cuba2 lgi (cepat putus asa kan)..tahniah kakIna dari saya...saya? cari satu semangat dlu..huhu.

    BalasPadam
  3. nasi goreng ni time bungkusnya yg tak menjadik....tension.

    BalasPadam
  4. Akak... Nak mintak copy paste ye resepi nie... Fav abg ku nie.. :D Hehehe :D

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kak Ina

    anak kecil sekali saya suka sangat nasi pattaya ni

    Wassalam

    BalasPadam
  6. x berani lor me nk wat. nanti kang jadi nasi goreng berlaukkan telur plak... hihihi...

    BalasPadam
  7. WAHHHHHH menu meletoppzzzz....

    BalasPadam
  8. el nah wat ns grg pataya
    tang telur tu yg payah kan
    kalo ada kuali leper sng skit

    http://arwendanish.blogspot.com/search?q=pataya

    BalasPadam
  9. Nasi goreng pattaya lama dah x mkn..terliur pulak...

    BalasPadam
  10. Wow...sedapnya. dah bertahun tahun tak makan nasi goreng pataya. Ngidam pulak rasa

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...