Bahan-bahan
- 1 mangkuk kecil ikan bilis
- 2 keping tempe daun-dipotong kecil-kecil
- 15-20 biji cili padi-nak pedas tambah lagi
- 2 biji limau kasturi-ambil jus
- 1 biji bawang besar - 1/2 di tumbuk - 1/2 di hiris
- 6 biji bawang kecil
- 4 biji bawang putih
- garam dan minyak secukupnya
Cara-cara
1. Tumbuk sedikit ikan bilis bersama 1/2 biji bawang besar, bawang kecil,cili api dan bawang putih.
2. Goreng tempe dan toskan..selepas itu goreng pula ikan bilis.
3. Tumis bawang merah yang di hiris sampai garing..baru masukkan bawang/cili api yang telah di tumbuk tadi.
4. Perlahankan api dan biarkan cili masak dan kacau selalu sehingga kering sedikit.
5. Masukkan pula ikan bilis dan tempe yang telah digoreng.
6. Kacau selalu...kalau tidak hangus pulak nanti dan masukkan garam.
8. Rasa dulu dan barulah dipadamkan api dan curahkan jus asam limau kasturi.
8. Rasa dulu dan barulah dipadamkan api dan curahkan jus asam limau kasturi.
Suka ngan sambal ikan bilis.. sedap tuh.. :)
BalasPadamFeveret Ella ni kak
BalasPadamSedapnya.. kak ina, makan dengan nasi panas, pergh!
BalasPadamsaya memang suka sambal ikan bilis ngan tempe. tetapi selalu gak request ngan wife suh dia goreng biasa jer ngan bawang. itupun dah cukup berselera. pekena sekali ngan telur & kicap. hehehehe, ringkas tapi saya suka
BalasPadamAssalamualaikum Kak Ina
BalasPadamlauk kesukaan saya tu...
Wassalam
eka suka betol kalau sambal ikan bilis ke sambal petai ke janji sambal..
BalasPadamheheheh
sedapnyaaaaaa
Hari ni pun saya masak menu tempe ni.Tapi saya tambah kacang tanah goreng sekali.
BalasPadamLauk yg simple ni yg buat bertambah nasi.
Alamak...ni peberet ni. Windu kampung laaaaa.....akak tau tak, kalau kat kg, sambal ni didoreng kering2 sikit, dijadikan kuih raya. Tak caya akak try raya haji ni. kompom laku..
BalasPadam