Bukan sajer artis Lan dan Dhira yang bernikah semalam, sepupu lelaki akak pun mengambil kesempatan untuk mengambil tarikh cantik ini untuk diabadikan untuk kenangan masuk ke alam rumah tangga.
Mengikut imam Masjid Putra ada dalam 5 pasangan yang bernikah di sini pada tarikh tersebut.
Suka dengar khutbah nikah dari imam ini sebab di selang seli dengan jenaka spontan dari beliau.
Hantaran dari pihak lelaki
Majlis pernikahan yang di langsungkan di Masjid Putra pada malam tadi meriah dengan kehadiran mak saudara dari Melaka dan Kesang.
kenalah lafaz setuju nikah dengan pujaan hati kannnn
Mak akak yang first time masuk ke Masjid Putra ni..sekali pandang cam salomalah pulak mak akak ni..kena pakai cermin mata hitam selama 2-3 bulan..ibu pengantin lelaki bertudung biru adik abah yang duk kat Melaka..anak pertama bernikah dalam keluarga ini.
ibu pengantin perempuan yang sentiasa berada di sisi anak perempuan beliau
hantaran dari pihak perempuan...suka sangat dengan fresh rose flowers tuu
Dinikahkah oleh bapa pengantin perempuan, akhirnya pengantin lelaki
berjaya melaksanakannya kali kedua. Oklah kannn
Menyerahkan mas kawin
Makan secara bersimpuh di ruang legar masjid
candiddd..adik ipar dan anak buah
Semuga Mohd Fazly dan Nurul Mawaddah
berbahagia sehingga ke hujung nyawa.
Bila dah berjumpa sanak saudara terasa berat nak berpisah. Pot pet pot pet hingga tak sedar dah larut malam. Mereka balik ke Melaka dan Kesang selepas majlis berakhir. Insyallah majlis di pihak lelaki akan di adakan pada minggu depan.
Insyallah jika ada umur kami akan ke sana pada hari Sabtu lagi sebab mak saudara tak gunakan khidmat katering cuma upah bapa saudara di Mersing tolong masak. Akak suka cara rewang camni walaupun badan terasa penat nanti.

saya target 12.12.12 laa...opss..bukan kahwin, beli rumah sebiji lagi..hik3..
BalasPadamSelamat pengantin baru. SEnang nak ingat tarikh tu
BalasPadammemang ramai yg nikah semlm. nak amik tarikh yg special tu
BalasPadam