OOO

Memaparkan catatan dengan label gambar kawin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar kawin. Papar semua catatan

Isnin, Disember 29, 2014

Alhamdulliah

Assalammualaikum semua

Lama tak update blog sebab balik bercuti selama sebulan.
 Kesian bila lihat gambar mangsa mangsa banjir di surat khabar dan di fb, menitik air mata bila melihat keadaan mereka di sana.
Marilah kita saling membantu seberapa
 yang kita mampu.

Masa pulang ke Semenanjung sempat hadir  majlis cukur jambul/aqiqah cucu sulung akak Humairah di Gombak.
Pastu sibuk menguruskan majlis walimah anak perempuan akak. Syukur alhamdulliah, akhirnya anak akak Liyana telah selamat bertemu jodoh dengan pasangannya pada 28 November yang lalu.  
Berkawan selama lebih kurang 7 tahun akhirnya mereka telah menjadi pasangan yang halal.  Doakan agar mereka berdua kekal bahagia sehingga ke hujung nyawa.

p/s Ada lagi nak pot pet pot pet..tunggu dulu yer :)

Sabtu, November 12, 2011

Aku Terima Nikahnya - 11.11.11

 Bukan sajer artis Lan dan Dhira yang bernikah semalam, sepupu lelaki akak pun mengambil kesempatan untuk mengambil tarikh cantik ini untuk diabadikan untuk kenangan masuk ke alam rumah tangga.
Mengikut imam Masjid Putra ada dalam 5 pasangan yang bernikah di sini pada tarikh tersebut.
Suka dengar khutbah nikah dari imam ini sebab di selang seli dengan jenaka spontan dari beliau.
Hantaran dari pihak lelaki
Majlis pernikahan yang di langsungkan di Masjid Putra pada malam tadi meriah dengan kehadiran mak saudara dari Melaka dan Kesang.  
 kenalah lafaz setuju nikah dengan pujaan hati kannnn
Mak akak yang first time masuk ke Masjid Putra ni..sekali pandang cam salomalah pulak mak akak ni..kena pakai cermin mata hitam selama 2-3 bulan..ibu pengantin lelaki bertudung biru adik abah yang duk kat Melaka..anak pertama bernikah  dalam keluarga ini.
 ibu pengantin perempuan yang sentiasa berada di sisi anak perempuan beliau
 hantaran dari pihak perempuan...suka sangat dengan fresh rose flowers tuu
Dinikahkah oleh bapa pengantin perempuan, akhirnya pengantin lelaki  
berjaya melaksanakannya kali kedua.  Oklah kannn
 Menyerahkan mas kawin
 Makan secara bersimpuh di ruang legar masjid
candiddd..adik ipar dan anak buah
 Semuga Mohd Fazly dan Nurul Mawaddah 
berbahagia sehingga ke hujung nyawa.

Bila dah berjumpa sanak saudara terasa berat nak berpisah. Pot pet pot pet hingga tak sedar dah larut malam.  Mereka balik ke Melaka dan Kesang selepas majlis berakhir.  Insyallah majlis di pihak lelaki akan di adakan pada minggu depan.  

Insyallah jika ada umur kami akan ke sana pada hari Sabtu lagi sebab mak saudara tak gunakan khidmat katering cuma upah bapa saudara di Mersing tolong masak. Akak suka cara rewang camni walaupun badan terasa penat nanti.

Rabu, November 09, 2011

Sape tak nak kurus dek nonnnnnn


 Bila selak-selak N3 lama terbaca komen pak/mak anon ni..
bagus tullah dia punya komen.

Sape tak nak kurus ...semua nak kurus.  Akak ni sejak berkawin dengan suami setiap kali melahirkan setiap itulah berat badan akan naik.  Sehinggalah melahirkan anak ke 5 body susah nak turun. Puas kena kutuk dengan ipar duai dan menjadi bahan gelak ketawa dek mereka.  
 masa sekolah
Memang terasa hati dengan gurauan mereka tapi akak malas nak bergaduh nanti lagi dorang kata macam-macam.  Susah nak jaga hati ipar duai ni..kalau belah akak memang akak jawab balik.
Memang tengah berazam nak turunkan berat badan tapi tak nak berdiet bagai nak rak dan makan pil kurus.  Nak turunkan badan secara sehat melalui senaman dan pemakanan.  Kalau ikut cara camni memang ambil masa yang agak lama nak nampak hasil.
 Mengimbau kenangan lama ni memang tak terasa nak puluhan tahun berkawin dengan suami tercinta. Majlis di sebelah suami memang meriah..siap pakai baju gaun pengantin dan potong kek lagi.   Setiap kenangan akan tersemat di hati dan  semuga berkekalan sehingga ke hujung nyawa.

Nasib baiklah suami tak mengutuk tentang perubahan fizikal akak.  Insyallah dek non akak akan cuba yer..terima kasih kasi komen ituwww..akak sukaaaaa

p/s kalau orang kata akak lagi ..akak nak kata camni ajerlah...
baguslah akak gemuk..maknanya suami bagi baja baikkk punyaaaaaaaaaaaa


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...