Ada pembaca blog tanya , kat ner kak ina beli kek lapis?
Masa akak di sana pekerja hotel dan rakan yang dah pernah jejalan kat
Kuching bagitau kalau nak beli kek lapis..
kena seberang sungai Sarawak naik sampan, sehala cuma 50 sen seorang. Kalau nak gi sini orang situ kata, baik pergi belah petang. Meriah sikit.
Kat seberang sungai berhampiran jeti ada di jual ikan terubuk masin. Harga ni bukan harga tetap. Korang boleh tawar...bukan kat sini ajer..kat jalan kat depan pun ada lagi yang jual ikan ini.
Tempat jualn ini di panggil Kampung Boyan. Kalau nak balik barulah beli tau sebab baunya yang harumlah sangat. Kalau tak nak beli kat sini boleh pergi beli ke Pasar Satok yang cuma ada hari Sabtu dan Ahad.
Tempat jualn ini di panggil Kampung Boyan. Kalau nak balik barulah beli tau sebab baunya yang harumlah sangat. Kalau tak nak beli kat sini boleh pergi beli ke Pasar Satok yang cuma ada hari Sabtu dan Ahad.
Ada gak di jual gambir Sarawak (erhmmm org lelaki taulah apa kegunaanya), fridge magnet (3 biji-RM10.00-kalau rajin tawarlah kot dapat 4 biji RM10.00) dan souvenior dari Sarawak.
Lepas tu jumpa Food Court..kalau nak lepak dulu pun
boleh baru gi belah belah.
boleh baru gi belah belah.
Jalan depan sikit ada kiosk jual kek lapis. Bermacam rupa dan berwarna warni kek lapis yang di jual di sini. Tak yah beli pun tak per. Cuba makan dulu sample yang di beri sampai puas, pastu nak balik kalau rasa sedap bolehlah beli sebelum balik naik sampan semula.
Kat sini juga ada di jual tabaloi, kueh chinchin dan bermacam lagi cenderamata Sarawak.
Antara yang popolur kek lapis kat sini Mira di kiosk tadi dan kek lapis Dayang Salhah. Tempat jualan Dayang Salhah terletak tidak jauh dari kiosk tadi.
Jangan beli dulu, rasalah sepuas-puas hati sample kek lapis kat sini. Kalau rasa haus boleh beli air kat sini. Kat sini ada kek lapis yang berharga sederhana dan yang mahal. Tepuk poket tanya dompetlah kalau nak beli ek.
Kalau nak balik naik kapalterbang suruh mereka bungkus
dalam kotak tanpa bayaran tambahan. Senang nak bawak dan nanti taklah kek lapis tu terpenyet dan hilang rupa bentuk.
Kalau tak berkenan kat sini gilah beli kat kiosk yang tadi pulak.
Kalau tak berkenan kat sini gilah beli kat kiosk yang tadi pulak.
Akak beli kek lapis Dayang Salha dan kek lapis Mira sebab orang kata kek lapis ni sedap pastu ada 2 jenis iaitu jenis yang kering dan basah..beli ikut kesedapan tekak masing-masinglah. Tak pun korang boleh beli kek lapis orang lain ..mungkin lagi sedap dari yang tadi. Susahlah nak rekemen sebenarnya.
Pastu kami lepak makan dan minum kat food court tadi. Dah kenyang naik sampan semula balik dan pulang ke bilik semula. Kalau nak sembahyang pun senang sebab ada masjid kat Kampung ni.
