OOO

Selasa, November 15, 2011

Pasar Satok Kuching Sarawak

Hari Ahad (hari nak balik) pagi tu kami ke Pasar Satok..teringin nak pergi sebab bila baca blog memang dorang rekemen gi ke sini. Kami dah janji dengan pakcik van supaya ambil kami di hotel untuk ke situ dengan bayaran RM10.00 sehala.  

Pakcik tu bawa juga kami ke kedai Mira Kek Lapis tapi kami tak beli sebab dah cukup rasanya kek lapis yang kami beli semalam. Taklah jauh mana pun tempat ni dari hotel.

  
Macam-macam ada di sini dari sayur kampung hinggalah belacan Sarawak.  Akak nak beli rebung dan belacan tapi Firdaus dan Imran tak bagi beli..busuk katanya.

Bungkusan tu macam tempe kot..tapi di balut dengan daun apa tah..tak sama macam kat sini.
Belum sarapan lagi jadi kami cari-cari  mana tempat nak makan..tak risau sebab kat sini  banyak kedai makanan.  Nasib baiklah pilihan kami tepat sebab tempat makan Selera Rasa ni sedap.  Tenguk restoren jual ayam tu memang rasa cam tak nak makan ayam dah..ashiklah makan ayam bila kat Kuching ni. 
Bila ambil gambar tukang masak ni gelak-gelak..mungkin seronok orang ambil gambar dia kot..mee goreng dia sedap. Anak-anak makan roti canai.
Sambil menunggu makanan sampai adalah pulak 4 orang lelaki borak dengan kami.  Mereka pekerja TM yang bekerja di sini...akan balik ke Semenanjung 3-4 bulan sekali. Semua tak bawa isteri..mereka ceritalah tempat yang best kat sini. 

Pekerja perempuan tu sedang menyediakan laksa sarawak..akak  tak makan sebab awal pagi takut tak boleh telan.
Lepas makan pagi kami jejalan lagi dan terjumpa tempat jual fm dan cenderahati Sarawak.  Harga kat sini murah lagi dari Muzium Sarawak.  Akak beli lagi fm dan cenderahati kat sini. 
Harga ikan terubuk masin ni bukan tetap ..boleh di tawar lagi. Pandai-pandailah nak tawar kan.  Ada 2 jenis ikan terubuk masin ni ..ada ikan import dan ada ikan tempatan.  Akak beli ikan tempatan yang mahal sikit dari harga ikan import. 

Bila dah pilih dorang terus bungkuskan  sebab kalau tak bungkus takut dalam flight nanti harum baunya.  Nak beli telur ikan terubuk tapi tak jadi beli sebab mahal sungguhlah..satu telur dah puluhan ringgit. fuhhhh seram aaa
Kat sini pun ada di jual kek lapis Sarawak, kuih chincin  dan juga  Tebaloi (biscuit sticks)..kira macam-macam adalah  kat sini.  Korang kena datang hari Minggu lah kalau nak rasa kemeriahan Pasar Satok ini.
Lepas dah jelajah Pasar Satok kami pulang semula ke hotel dengan menaiki teksi.  Driver teksi letak harga RM8.00 sebab kat sini teksi tak ada meter..pandai-pandailah kena tawar.

Sampai ajer kat hotel agenda seterusnya Imran dan Firdaus mandi manda ..tak puas-puas Imran mandi kolam.
Pengurus yang berasal dari Bali..fuhhh jauhnya dia mencari rezeki kan
Akak gi suana lagi lah..nak buat apa lagi kannn
Lepas makan  dalam pukul 3.00 petang  Ummiross datang hantar kami ke Airport semula.  Terima kasih Ummi..nanti datang Kuala Lumpur  bagitau ek.

Sebenarnya banyak lagi tempat tempat menarik di Kuching ni seperti Pasar Serikin, Crocodile Farm, Orang Utan, Rumah Panjang Bidayuh, Taman Negara Bako, Damai & Santubong Resort (di sini ada Kampung Budaya Sarawak), kilang pasu, Muzium Kuching, Cat Muzium atau Muzium Kuching,  Fairy Cave & Wind Cave serta banyak lagi. 

Semua tempat tu akak tak pergi sebab rasa tak best suami dan anak-anak lain tak ada.  Kat sini dorang kira satu teksi/van RM80.00 kalau nak ke satu tempat macam  gi ke Kampung Budaya. Kalau nak sewa van dorang ambil RM200 lebih untuk sehari. Untung gi beramai-ramai sebab boleh share.

Kalau nak sewa kereta/mpv  pun boleh juga, nak guna pemandu ataupun bawa sendiri, harga dalam ratus gaklah.

Rasa tak berbaloi kami yang 3 orang ni pegi kan..kena datang beramai lagi best.  Insyallah jika ada rezeki dan kesihatan yang baik bolehlah datang lagi bersama-sama suami dan anak-anak.

Berakhirlah  cerita berjalan-jalan di Kuching Sarawak.


12 ulasan:

  1. fairy caves,dan pia mmg penakut tmpt gelap2 mcm tu hihi


    Pia penah jejak kg budaya,abah umi bwk

    tak blh letak gmabar,zmn jahiliah free hair :|

    BalasPadam
  2. bln 1 tahun depan eka nak g sarawak..bestnya tgok..hehehe

    BalasPadam
  3. telur ikan terubuk memang mahal kak..sy org kuching pun leh kira dengan jari je beli telur ikan tu..hehe

    BalasPadam
  4. Sama2 kasih kak Ina, nanti datang lagi ye..

    BalasPadam
  5. xpernah pergi sarawak..satu maklumat yang bagus..tq

    BalasPadam
  6. mira cuti hari tu balik sarawak..rumah kat kuching..kalau pegi satok suka sgt beli durian belanda sbb murah n manis sgt2...klo souvenir kat muzium mmg mahal, nak murah cari kat waterfront(before kite naik perahu ke seberang utk pegi ke kedai2 kek lapis tu), kat satok n serikin pon best jgk =)

    BalasPadam
  7. mira cuti hari tu balik sarawak..rumah kat kuching..kalau pegi satok suka sgt beli durian belanda sbb murah n manis sgt2...klo souvenir kat muzium mmg mahal, nak murah cari kat waterfront(before kite naik perahu ke seberang utk pegi ke kedai2 kek lapis tu), kat satok n serikin pon best jgk =)

    BalasPadam
  8. mira cuti hari tu balik sarawak..rumah kat kuching..kalau pegi satok suka sgt beli durian belanda sbb murah n manis sgt2...klo souvenir kat muzium mmg mahal, nak murah cari kat waterfront(before kite naik perahu ke seberang utk pegi ke kedai2 kek lapis tu), kat satok n serikin pon best jgk =)

    BalasPadam
  9. kalau datang time bulan pose pun best gak tengok bazar ramadan diorang...memang meriah la juadah makanannya...

    BalasPadam
  10. saya tak sempat pergi Pasar ni hari tu :( Sebab hujan lebat sungguh-sungguh!! Tak dapatla bawak balik Ikan Terubok.

    BalasPadam
  11. pegi ngan kawan2 sepejabat kak..hehehe

    BalasPadam
  12. https://www.facebook.com/STEAMBOATDesaIlmuKotaSamarahan

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...