OOO

Memaparkan catatan dengan label Pullman Hotel Kuching. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pullman Hotel Kuching. Papar semua catatan

Selasa, November 15, 2011

Pasar Satok Kuching Sarawak

Hari Ahad (hari nak balik) pagi tu kami ke Pasar Satok..teringin nak pergi sebab bila baca blog memang dorang rekemen gi ke sini. Kami dah janji dengan pakcik van supaya ambil kami di hotel untuk ke situ dengan bayaran RM10.00 sehala.  

Pakcik tu bawa juga kami ke kedai Mira Kek Lapis tapi kami tak beli sebab dah cukup rasanya kek lapis yang kami beli semalam. Taklah jauh mana pun tempat ni dari hotel.

  
Macam-macam ada di sini dari sayur kampung hinggalah belacan Sarawak.  Akak nak beli rebung dan belacan tapi Firdaus dan Imran tak bagi beli..busuk katanya.

Bungkusan tu macam tempe kot..tapi di balut dengan daun apa tah..tak sama macam kat sini.
Belum sarapan lagi jadi kami cari-cari  mana tempat nak makan..tak risau sebab kat sini  banyak kedai makanan.  Nasib baiklah pilihan kami tepat sebab tempat makan Selera Rasa ni sedap.  Tenguk restoren jual ayam tu memang rasa cam tak nak makan ayam dah..ashiklah makan ayam bila kat Kuching ni. 
Bila ambil gambar tukang masak ni gelak-gelak..mungkin seronok orang ambil gambar dia kot..mee goreng dia sedap. Anak-anak makan roti canai.
Sambil menunggu makanan sampai adalah pulak 4 orang lelaki borak dengan kami.  Mereka pekerja TM yang bekerja di sini...akan balik ke Semenanjung 3-4 bulan sekali. Semua tak bawa isteri..mereka ceritalah tempat yang best kat sini. 

Pekerja perempuan tu sedang menyediakan laksa sarawak..akak  tak makan sebab awal pagi takut tak boleh telan.
Lepas makan pagi kami jejalan lagi dan terjumpa tempat jual fm dan cenderahati Sarawak.  Harga kat sini murah lagi dari Muzium Sarawak.  Akak beli lagi fm dan cenderahati kat sini. 
Harga ikan terubuk masin ni bukan tetap ..boleh di tawar lagi. Pandai-pandailah nak tawar kan.  Ada 2 jenis ikan terubuk masin ni ..ada ikan import dan ada ikan tempatan.  Akak beli ikan tempatan yang mahal sikit dari harga ikan import. 

Bila dah pilih dorang terus bungkuskan  sebab kalau tak bungkus takut dalam flight nanti harum baunya.  Nak beli telur ikan terubuk tapi tak jadi beli sebab mahal sungguhlah..satu telur dah puluhan ringgit. fuhhhh seram aaa
Kat sini pun ada di jual kek lapis Sarawak, kuih chincin  dan juga  Tebaloi (biscuit sticks)..kira macam-macam adalah  kat sini.  Korang kena datang hari Minggu lah kalau nak rasa kemeriahan Pasar Satok ini.
Lepas dah jelajah Pasar Satok kami pulang semula ke hotel dengan menaiki teksi.  Driver teksi letak harga RM8.00 sebab kat sini teksi tak ada meter..pandai-pandailah kena tawar.

Sampai ajer kat hotel agenda seterusnya Imran dan Firdaus mandi manda ..tak puas-puas Imran mandi kolam.
Pengurus yang berasal dari Bali..fuhhh jauhnya dia mencari rezeki kan
Akak gi suana lagi lah..nak buat apa lagi kannn
Lepas makan  dalam pukul 3.00 petang  Ummiross datang hantar kami ke Airport semula.  Terima kasih Ummi..nanti datang Kuala Lumpur  bagitau ek.

Sebenarnya banyak lagi tempat tempat menarik di Kuching ni seperti Pasar Serikin, Crocodile Farm, Orang Utan, Rumah Panjang Bidayuh, Taman Negara Bako, Damai & Santubong Resort (di sini ada Kampung Budaya Sarawak), kilang pasu, Muzium Kuching, Cat Muzium atau Muzium Kuching,  Fairy Cave & Wind Cave serta banyak lagi. 

Semua tempat tu akak tak pergi sebab rasa tak best suami dan anak-anak lain tak ada.  Kat sini dorang kira satu teksi/van RM80.00 kalau nak ke satu tempat macam  gi ke Kampung Budaya. Kalau nak sewa van dorang ambil RM200 lebih untuk sehari. Untung gi beramai-ramai sebab boleh share.

Kalau nak sewa kereta/mpv  pun boleh juga, nak guna pemandu ataupun bawa sendiri, harga dalam ratus gaklah.

Rasa tak berbaloi kami yang 3 orang ni pegi kan..kena datang beramai lagi best.  Insyallah jika ada rezeki dan kesihatan yang baik bolehlah datang lagi bersama-sama suami dan anak-anak.

Berakhirlah  cerita berjalan-jalan di Kuching Sarawak.


Jumaat, Oktober 07, 2011

MARRYBROWN @ Hills Shopping Mall Kuching Sarawak

Masa gi Kuching Sarawak akak duk kat Hotel Pullman.  Bila nak balik baru tau ada Restoren Marrybrown kat tingkat bawah.  Padahal duk situ dalam 3 hari.  

Nak gi airport tak yah naik teksi sebab ada kawan blogger yang rajin nak hantar kami ke sana.  Baik betul si Ummiros ni.  Dahlah masa datang dia hantar kat hotel masa nak balik pun Ummiross nak tolong hantar.  Baikkan kawan blogger akak ni.
Perut dah lapar, nak gi airport lambat lagi, masa tu dah check out.  Letak beg kat kuanters pertanyaan di lobby, terus  kami cari makan kat bawah ajer..kalau tak ada kami nak naik teksi gi cari makan.

Sampai kat bawa aaa ada tempat makan rupanya, ingatkan tempat makan kat hotel ni mestilah ada cafe yang harga berdentum untuk secawan kopi ajer, rupanya ada Marrybrown.

Tawaran Hari ke-30

Setiap 30hb,Setiap bulan! Diskaun 30%

Happy Combo
8pcs Crispy Chicken
2 French Fries (L)
2 Vegetable Salad (R)
4 Pepsi (R)

*Promosi sah id cawangan seluruh Malaysia kecuali restoran di Genting Highlands dan lapangan terbang.
*Tawaran tidak sah dengan promosi Marrybrown yang lain.
*Harga tidak termasuk 6% cukai kerajaan. Produk yang ditunjukkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Kebetulan tarikh kami pegi tu 30hb...jadi kami order pakej yang kak atas tu..memang puas hati dan berbaloi-baloi.  
Tersentil lidah Imran sebab akak kata...
Tungggggggguuu ..jangan makannnnnn dulu..mak nak ambik gambar kejap. 
Berlebih sampai tapau buat makan dalam kapalterbang everybody can fly ...
Wah best aaa ada buaian besar..pertama kali tenguk restoren Marrybrown yang ada buaian.  Best kan kalau makan berdua dengan suami...wow terasa lomantik makan sambil berbuai-buai.

Kat mana lagi ek Restoren Marrybrown yang ada buaian camni.  Bolehlah akak terjah...kalau dekatlah..kalau jauh tak berbaloi kan..

Hai pembaca blog akak..korang jangan lupa yer tonton MasterChef Malaysia bermula 22hb. Oktober 2011 ni.
 Program title – MasterChef Malaysia
  • MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)

Ahad, Ogos 07, 2011

Best Gak Pullman Hotel Kuching, Sarawak

Bertolak dari rumah pukul 4.30 pagi ke rumah adik di Shah Alam sebab hb tak boleh hantar, adik hantar ke KLIA dulu sebab Firdaus naik flight pukul 7.45 pagi sementara akak dan Imran naik di LCTT , adik lelaki akak bawa balik kereta ke rumah beliau.

Sepatutnya Yana yang pergi ke Kuching bersama Firdaus tapi dek kerana Yana kena balik awal ke India terpaksalah akak menggantikan belau . Kena bawa Imran sebab tak ada orang nak uruskan dia kat umah. Oleh sebab tiket firefly dah mahal , terpaksalah kami naik Air Asia, kiranya percutian ni tak di rancang.
Nasib baiklah penerbangan ikut jadual dan akhirnya sampai ke Airport Kuching dekat pukul 10.30 pagi.Bila naik Air Asia kenalah naik dan turun tangga termasuklah di Airport Kuching, sape yang bawa hand carry sampai 2 beg dan berat giler, memanglah payah terutama yang dah berusia.

Seksa akak tenguk dia orang angkat beg sebab malas nak bayar lebih. Nasib baik beg pakaian akak Firdaus yang bawa, kalau idak payahlah juga.
Masuk ke Sarawak rupanya cam kita masuk ke negara lain ek. Kena bagi ic/passport dan dapat pass lawatan sosial yang kena simpan dan dipulangkan semula bila hendak kembali ke Kuala Lumpur.
Alhamdulliah Ummiross dan suami dah sedia menunggu kami dan menghantar kami ke hotel. Terima kasih buat mereka suami isteri. Kalau naik teksi selalunya dalam RM25-30 sebab dekat.
Selepas tu beliau pulang dan alhamdulliah sebab dapat check in awal dalam pukul 12.00 tengahari dan kami di berikan bilik deluxe. Bestnya...
Imran memang happy sebab boleh berendam kat dalam bath tub. Dia tak sabar nak gi mandi kat kolam renang tapi akak tak kasi sebab tengahari mana boleh mandi manda kat situ. Orang tua kata banyak setan time sebegitu..
Dah memang jadi tabiat Imran semua nak di sentuh.
Ingatkan bolehlah layan internet dalam bilik sepanjang masa, rupanya untuk
1 jam sahaja, lepas tu kena bayar RM50.00 untuk 24 jam.
Bila tenguk katil terus lepak sebab mengantuk dan letih sebab keluar dari rumah awal pagi. Perut masih kenyang sebab makan dalam flight.

Dalam pukul 3.00 petang baru terjaga..kami jalan-jalan cari makan sebab perut dah lapar. Pullman Hotel dekat ajer dengan Hotel Hilton dan Tune Hotel.. tenguk kat Water Front cam tak ada kedai makan masa tu.

Dekat dengan tune hotel kami jumpa shopping complex dan kami makan makanan segera kat situ. Beli jajan di sebuah supermarket dan pulang semula ke bilik.
Imran dah bising nak mandi manda..layankan ajerlah budak kecik ni...orang tak ramai sebab weekday, yang ada cuma pelancung asing..tapi seksalah mata tenguk pempuan omputih pakai seksi
Mereka ashik menjemurkan diri sementara akak cari tempat teduh sambil baca novel
Ada gak gim di sini..
Oleh sebab hotel ni best, kami tak ke mana-mana pun pada hari pertama sampai, Firdaus gi beli nasi penyet yang sodap, sementara akak lepak kat lobby update blog.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...