OOO

Khamis, November 24, 2011

Suatu Malam Kubur Berasap-EEEEeeee Serammmmmnyaaaaaaaaaaaaa

Bila tenguk tajuk pun dah seram kannnnn....hendak-hendak di malam Jumaat ni kan..
 

Filem pertama outLOUD Studios berjudul SUATU MALAM KUBUR BERASAP akan menemui anda di pawagam tidak lama lagi.

Filem yang diarahkan oleh Ernie Chen ini dibintangi oleh Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Zac Diamond (X-Factor), Azrul Raja Lawak, Ruminah Sidek, Allahyarham Pak Zami Ismail dan ramai lagi. 

Filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP juga filem yang unik kerana menampilkan kisah-kisah hantu yang berlainan mengikut budaya dan kepercayaan rakyat Malaysia. 

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam pada 22 December 2011.

Jom baca Sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap


Filem  ini mengisahkan mengenai 3 orang sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie mengalami kerosakkan dan tersangkut di kampung mereka.
Sejak kedatangan Mie, berlakuya perkara-perkara yang suspens dan menakutkan bila Hantu Cempaka muncul apabila kuburnya mula mengeluarkan asap.
Satu hari, mereka berempat setelah besama-sama berkongsi cerita berkenaan dengan Hantu Cempaka, dimana mereka diusik. 

Apakah yang sebenarnya berlaku? 

Dari mana datangnya Hantu Cempaka? 

Apakah sebabnya mereka diusik? 

Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah?
Wah macam best ajer filem ni kan..rasanya cam kelakar campur seram ni sebab ada gabungan Along dan Angah..tentu bila menontonnya tergelak terbahak-bahak sehingga sakit perut.

Rasa tak sabarlah pulak  nak tunggu filem ini dipawagam.

Sama-sama kita menyokong filem tempatan

7 ulasan:

  1. macam best.. along dgn angah ada...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    malamnya nanti tak boleh tidur

    Wassalam

    BalasPadam
  3. kalau tengok trailer filem nie memang kategori lawak seram ....

    BalasPadam
  4. akak ada tgok premiere ke? macam kelakar seram je cite ni :D

    BalasPadam
  5. shahdiana...akak nak lawat blog tak tak boleh la ikut link nama kamu..

    tajuk dah gempak mesti cerita best kan

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...