OOO

Ahad, Disember 18, 2011

Mesin Refleksologi Osim uPhoria

 
Imran mencuba gak pastu dia kata...mak sakitttttttt

URUTAN kaki menggunakan mesin urut elektrik tidak diragui lagi kini menjadi kegemaran masyarakat sebagai inisiatif menggantikan urutan kaki secara tradisional. 

Justeru, selaras dengan kehendak dan permintaan pasaran, Osim (M) Sdn Bhd (Osim) melancarkan produk terbaru mesin urut kaki termaju yang memberi tumpuan kepada titik-titik meridian penting pada kaki untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup iaitu uPhoria. 
 

Osim uPhoria menggabungkan urutan tradisional China dikenali sebagai ‘Tui Na’ yang membabitkan pengurutan tisu melalui kaedah tolak dan tarik dengan tekanan pada urat sepanjang betis dan kaki lantas memberi keanehan rasa ‘sakit’ yang selesa.
Bersama wartawan dari majallah cosmopolitan dan kawan pot pet pot pet..bila mesin ni bekerja aduhai sakitnya sebab first time kan..macam betul rasa urutan tu di lakukan oleh pakar ..muka berkerut kerut di buatnya

Lebih terperinci lagi, ‘Tui Na’ ialah satu kaedah terapi manipulatif dan rawatan tubuh badan dari China yang menggunakan seni pertahanan diri dalam mengembalikan keseimbangan badan.


Menerusi prinsip rawatan ini, mesin urut kaki uPhoria mampu melegakan kesakitan dan sengal badan sekali gus melancarkan pengaliran darah, oksigen serta nutrien ke kaki.

 Paling ketara, Osim uPhoria dilengkapi ciri-ciri urutan paling komprehensif yang merangkumi bukan saja ‘Tui Na’ tetapi gabungan teknik ‘picitan sekeliling yang kuat’, refleksologi, terapi gegaran dan kepanasan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Di samping melegakan rasa bisa dan lenguh pada kaki, kombinasi urutan 5 dalam 1 banyak memberi manfaat kepada pengguna.

Peredaran darah dan keanjalan otot juga akan bertambah baik kerana produk ini meredakan ketegangan pada sistem saraf serta memulihkan otot daripada rasa sengal selepas bersenam.
Menurut Pengurus Latihan Osim, Cheryl Chua Mee Nah, dengan matlamat hanya untuk memberi kepuasan dan penyelesaian terbaik, Osim uPhoria menampilkan empat program mengurut untuk menepati keperluan dan keadaan yang berbeza.
 wartawan juga ni

Pertama, berehat. Melalui getaran tinggi, program ini bertindak mengendur dan melegakan otot kaki yang tegang. Sementara itu, gabungan teknik picitan kaki dan urutan di bahagian betis antara jarak kelajuan tinggi dan rendah akan mengurangkan kesakitan dalaman.

Seterusnya ialah refleksologi. Program yang merangsang deria ini menumpukan sasaran pada titik-titik penting sepanjang saluran meridian kaki.

Kombinasi urutan betis dan refleksologi penggelek kaki pula memberikan kesan kesihatan yang sama seperti urutan refleksologi tradisional.

“Untuk pengetahuan, tubuh badan kita mempunyai 12 titik meridian dan ia penting dalam membantu kita mendapatkan semula keseimbangan di antara keperluan dan gaya hidup seseorang individu itu.

“Masalah seperti sakit atau kekejangan di bahagian perut adalah masalah yang sering berlaku sekiranya kita tidak melakukan refleksologi.

“Program ketiga pada Osim uPhoria ialah tidur. Tanpa tidur yang cukup, seseorang akan mengalami masalah pigmentasi, kulit kusam, jerawat, rambut kering dan kulit sensitif.
 terima kasih sudi ambilkan gambar..tak silap dari Harian Metro

“Walaupun bertindak perlahan namun ia berkesan. Urutan, picitan dan impak getaran rendah di betis serta kaki membantu anda tenang sebelum mendapatkan tidur nyenyak.

“Rentak urutan sudah diprogramkan iaitu daripada tahap tinggi urutan beransur ke tahap rehat secara perlahan-lahan bagi meningkatkan kualiti tidur di mana kesannya berlarutan beberapa hari. Mesin ini dijual pada harga RM1,988,” katanya.

 

5 ulasan:

  1. Bestnyer klau dpt buat urutan kaki ngan betis..
    Maahal tak barang ni kak?

    BalasPadam
  2. sekarang kat universiti pun ada yang masukan duit untuk layan urut kerusi.. relax-relax balik dari kelas.

    BalasPadam
  3. whoaa...nampaknya akak dah dapat jumpa wartawan suratkhabar kan...aper kata next time kita promote GENG TALI BARUT kat diorang kan...biar orang ramai tahu....betul tak ?

    BalasPadam
  4. pernah cuba mesin2 gini. sangat x natural rasanya

    BalasPadam
  5. syok ni, dah penat2 window shopping pegi urut jap hihi

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...