OOO

Isnin, Disember 19, 2011

Pelancaran Celcom iPhone 4S Di La Bodega BSC

 Akak wakilkan Firdaus pergi ke sini sebab tak boleh tinggalkan Imran memalam kat rumah takut jadi apa-apa.  Kata anak akak...... Fuhhh  mak penuh sesak(nasib baik akak tak gi)

Walaupun waktu untuk berbaris bermula pukul 9.00 malam, mereka sanggup datang awal supaya tidak perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkannya di majlis pelancaran iPhone 4S Celcom Axiata. Kebanyakkan mereka yang datang telah mendaftar di laman web Celcom untuk membuat tempahan.
 
Kemunculan telefon pintar terbaru keluaran Apple Inc., iPhone 4S yang mula menembusi pasaran negara ini mencetuskan fenomena apabila orang ramai sanggup beratur panjang bagi mendapatkan gajet tersebut.
 
Diadakan di  La Bodega BSC, tepat jam 12.00 tengah malam smartphone iPhone 4S telah di lancarkan dan ianya menjadi acara paling hebat pada tahun ini.
Wah Daphne Iking atau nama Islamnya Dahlia Daphne Eleanor Iking dah slim balik selepas melahirkan anak kedua beliau hasil perkawinan bersama Azmi (Joe) yang bernama Iman Danielle Iking Azmi
 
Biarpun mula dijual pada pukul 12.01 tengah malam ini, beratus-ratus penggemar gajet tersebut mula beratur seawal pukul 2 petang ini supaya tidak terlepas peluang menjadi antara pelanggan terawal memiliki telefon yang disifatkan tercanggih pada abad ini.

Kegilaan terhadap gajet itu membuatkan mereka sanggup beratur panjang demi memastikan telefon yang sudah lama menjadi idaman mereka  itu berada dalam genggaman.  Wah nasib baiklah akak ni bukan penggemar gajet ni...kalau idak fening hb akak.

Dorang memang dah  tidak sabar untuk 'meneroka' aplikasi terbaru yang ada dalam telefon pintar ini. iPhone 4S ini menggunakan sistem operasi OS 5 yang terkini dengan fungsi "Siri" yang membolehkan pengguna bercakap di telefon untuk membuka applikasi, menghantar mesej serta pelbagai lagi kegunaan "Siri".
Telefon pintar terbaru keluaran Apple dilengkapi dengan Dual A5 processor cip yang membolehkan pengguna membuka pelbagai applikasi dalam satu masa tanpa mengalami situasi keadaan telefon "Hang" atau "Freeze". 

Untuk telefon ini, Celcom dengan sukacitanya menawarkan iPhone 4S ini dengan tiga versi iaitu 16GB pada harga RM558, 32GB (RM878) dan 64GB (RM1,188) dan ditawarkan dengan pakej kontrak menarik untuk para pelanggan Celcom.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata, Datuk Seri Shazalli Ramly dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya akan memastikan para pelanggan yang memiliki pakej itu mendapat pengalaman kelas pertama dalam menggunakan segala aplikasi iPhone 4S.

Kalau nak tengok package plan dari Celcom boleh ke SINI

p/s Haruskan akak membeli smartphone ini? Kalau beli pandai pakai ker ek?

3 ulasan:

  1. beli je kak ina.. tak untuk akak, untuk anak2 akak. :D... daphne or mane2 artis ni macam maneeee lah depa ni cepat benor kurus..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. suka android lagi sebab harga yg berpatutan dan tak terikat dgn itunes

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...