OOO

Khamis, Januari 05, 2012

Kisah Di Universal Studios Singapore (Part 2)




King Julien’s Beach Party-Go-Round kat Zone Madagascar. Takkan nak naik benda ni...cam kelakar kan kalau akak naik
Pastu tenguk Madagascar Boogie!  Show ni ada time dia..nanti korang leh tenguk jadualnya.

Kelakar tenguk watak-watak ni berjoget terutama penguin tu.  Orang punyalah ramai...nak ambil gambar pun payah.
 
 Dengan Alien di Zone Sci-Fi City..gambar kaburlah pulak
Bila akak jejalan kat sini akak ternampak Imran keseorangan.  Imran bagitau  kakak dia masuk ke dalam gi  naik  indoor roller coaster.

Imran pun ikut masuk sama tapi bila lalu lorong gelap dan ada keranda dan macam-macam lukisan zaman mesir langsung dia keluar balik.  Takut katanya.
Bukan Imran ajer takut, akak pun dah masuk kat dalam tu tapi bila dengar dan tanya dengan budak-budak kat belakang akak kalau  naik roller coaster tu memang menakutkan, akak keluar balik ikut pintu keluar.  Takutlah jadi apa-apa nanti sape nak tanggung sebab mereka dah bagi amaran.
 
Kat sini kalau  korang naik naik indoor roller coaster  memang tak leh bawa sebarang benda pun, kena letak barang dalam loker..mahal aa bayaran loker sehari. Yana kata kena dalam SG20.

Nasib Yana dan Ira agak baik sebab dorang dapat naik cepat sebab roller coaster baru ajer jalan balik selepas di hentikan sebentar sebab hujan.  

Kalau hujan memang ada permainan yang akan di hentikan sebentar macam gak di Genting dan Sunway Lagoon.
 
Yang bestnya di setiap Zone di sediakan tandas, water cooler, kedai cenderamata dan juga restoren mengikut tema setiap Zone. Tandas di sana memang bersih tapi cuma ada satu ajer yang berpaip  kat hujung sekali.  

Mula-mula akak tak tau..akak cuma sediakan botol air dan ambil air kat sink pastu cebuk tapi bila dah tau rasa seang hati nak buang air.

Korang kena ambil risalah kat depan pintu masuk supaya kita tau yang mana satu restoren halal sebab walaupun ada pelayan islam tak semestinya restoren tu halal macam restaurant Pizza di Zone New York.  Nasib baiklah akak tanya dulu kat budak tu sebelum nak makan.
 Buat kenangan bergambar dengan  
Meet the Army of Anubis
Kalau korang nak bergambar dengan watak-watak camni korang kena cepat-cepat beratur sebab cuma 10-15 orang sajer yang dorang bagi bergambar.  Kalau tak dapat bergambar dengan dorang ni korang tunggu ajer watak yang lain keluar..syaratnya gi cepat-cepat beratur.
Nasib baik kat Zone Ancient Egypt  ada Restoren Halal Oasis Spice Café.  Kami makan kat sini sebab nak makan nasi ..tu pun makan dekat pukul 3.00 lebih sebab kenyang makan nasi lemak pepagi kat Jay Bee 
 Kalau tenguk harga memanglah mahal kan..tapi nak buat camner.  Makan ajerlah bila dah kelaparan.  Kalau korang nak bawa makanan dalam beg pun boleh rasanya sebab dorang tak check pun beg masa masuk tak macam kat sini.  
Rasa tak berbaloi kalau beli set kanak-kanak.
Akak seludup gak bawak coklat, gula-gula, keropok dalam beg tangan yang besar .
Beli nasi  untuk 3 set pun dah cukup kenyang untuk 4 orang .Kami beli gak kepak ayam  dan 2 air sebab kami share bayar.  Ira dan Yana ada duit sendiri..akak cuma tanggung si Imran ajer
Oleh sebab inilah satu-satunya restoren yang menghidangkan nasi orang agak ramai terutama orang dari negara India .

Kat sini juga pelayan boleh berbahasa Melayu.  Oleh sebab tak habis makan roti canai dan kepak ayam akak tapau masuk dalam beg.

Selain dari sini ada lagi restoren halal di Zone Madagascar, Zone Far Far Away  dan Zone Hollywood.
Anak-anak yang dah kekenyangan gi beratur kat area Sci-Fi City sebab nak naik gak TRANSFORMERS The Rid : The Ultimate 3D Battle.  Dekat 1 jam lebih gak mereka beratur baru dapat naik.

Lepas tu mereka gi solat jamak bertiga (akak ehem ehem) di pintu masuk di tempat Lost and Found.  Ada surau kecik disediakan tetapi bercampur dengan orang lelaki.  Memang tak selesa dibuatnya kalau dah camtu tapi nak buat camner kan pandai-pandailah ajerlah.

Masalahnya kena ambil wuduk di tandas yang kena jalan dalam 50 langkah pergi dan balik.  Memang payah tapi tak per... janji dah buat apa yang wajib.
 Nak naik Accelerator ni takut pening sebab baru makan. Akak round kat tempat lain pula.

Bersambung














































10 ulasan:

  1. Byk info yg penting utk sesiapa yg plan gi USS ni

    BalasPadam
  2. Salam

    Bes tdan jadi panduan bila nak pegi nanti.Kalau boleh tayanglah sama pamplet di sini, boleh tau kedudukan mana2 tempat dan beri apa2 panduan.
    tkasih.

    BalasPadam
  3. bestnya kak ina, jeles rasa kak ina berjalan ajer..

    BalasPadam
  4. salam kak ina...kak ina pi lah blog rezeki-suatucacatanperjalanan.blogspot. ada gambar2 & info pasal jalan2 di s'pore. cantek2.

    BalasPadam
  5. sorry kak ina, blog tu rezeki-suatucacatanperjalanan.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Teringin nak ke Singapore. Walaupun dekat tapi tak pernah jejak.

    BalasPadam
  7. Nampak byk bersenorok ngan bercuti di Singapore.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...