Sambal sotong kering ni memang anak-anak cukup suka. Kalau buat mesti banyak-banyak tapi akak lebih suka kalau mak akak masak sebab air tangan mak memang sedap sungguh..anak-anak pun kata..
Wan..kalau masak memang umphhhhh
tak sempat nak buh dlm pinggan..ambik gambar camni ajerlah
Sambal ni salah satu menu yang kami buat masa buat kenduri akhir bulan Disember tahun lepas. Dulu harga sotong kering baru dalam RM29.00..bila akak beli kat NSK dah naik RM59.00..mak datukkkkk dekat sekali ganda.
Patutlah bila beli nasi lemak lauk sotong kering harga dah naik..nak buat camnerkan sekarang ni semua bahan makanan naik harga..kesian pada orang yang tak berkemampuan.
Oleh sebab anak-anak nak juga sambal sotong kering terutama Yana dan Russhdi yang dah lama tak rasa..beli jugalah..demi menunaikan hasrat hati anak-anak. Kami beli 3kg untuk buat kenduri..pengsan kau nak memotongnya..terima kasih pada kak long yang tolong potong sebab akak anak beranak gi ambil Russhdi kat KLIA.
Mak tak suka beli sotong kembang yang beli kat pasar...kami rendam sendiri gunakan ubat sotong. Kalau beli sotong kering ni korang kena beli ubat dia sekali. Seketui baru 0.50 sen sahaja.
Bahan-bahan
- 2 ekor sotong kering-direndam semalaman dengan ubat dia-kalau nak yg kembang pun boleh..lepas tu potong kecil-kecil
- 1 1/2 cawan cili kisar
- 1/2 cawan jus asam jawa-bergantung kepada tukang masak
- 2 cawan air
- 2 sudu besar gula tebu
- 1/2 cawan minyak masak
- sedikit santan
- 2 biji bawang besar di hiris halus
- garam secukupnya
Bahan kisar/tumbuk
- 10 biji bawang kecil
- 6 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- sedikit belacan-pilihan
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk hingga garing.
2. Masukkan cili kisar dan masak dengan api sederhana sehingga naik minyak.
2. Masukkan cili kisar dan masak dengan api sederhana sehingga naik minyak.
3. Masukkan sotong kering, air dan air asam jawa dan kacau lagi hingga sebati.
4. Biarkan sotong lembut baru dimasukkan santan, garam dan gula pastu masak hingga pekat.
5. Bila telah pekat baru di padam api dan bolehlah di hidang bersama nasi lemak, nasi ataupun nasi impit.
4. Biarkan sotong lembut baru dimasukkan santan, garam dan gula pastu masak hingga pekat.
5. Bila telah pekat baru di padam api dan bolehlah di hidang bersama nasi lemak, nasi ataupun nasi impit.
saya kalu buat sambal kompom tak menjadik. maksudnye recipe dh sama dgn mak buat tp rasa tetap lain! benci sungguh.. kalu blk kg tuh guna mak punye ingredient pon xsedap mcm mak.. alih2 mak aje yg buat, mak ckp 'asik mmg xtau masak' hahahahaha
BalasPadamp/s - asik = adik
BalasPadammakan dgn nasi lemak ni mesti terangkat *terliur nye tgk*
BalasPadammasa kenduri sedap laaa sambal sotong nih..
BalasPadamsalam ina..
BalasPadamapa khabar..kenapa sy x suka sambal sotong kering nii...agaknya sy x rasa lagi yg sedap kot..
saya suka sambal sotong kering ni tp tak reti nak masak..nanti saya cuba resepi akak bagi ni..
BalasPadamsy pun sukaaaa sambal sotong kering ni...ada juga org rendam dgn air abu kan??
BalasPadamtertunailah hasrat di hati anak anak akak sebab akak dah buat sambal sotong kering ni hehe.
BalasPadamubat dia tu macamana?
BalasPadamnanti kamu google, bentuk dia bulat dan panjang
PadamAssalam kak..2 ekor sotong kering cukup utk brape org makan kak?
BalasPadamkami selalunya kenduri buat dalam 10 ekor
Padam