OOO

Rabu, Januari 25, 2012

Udang Paprik@Paprik Udang

Ada yang panggil udang paprik dan ada yang panggil paprik udang.  Tak kisahlah labu.  Dulu akak buat tak goreng udang dulu terus lebur ajer dalam kuali.  Kali ni akak goreng sekejap ajer sebab udang kalau goreng lelama nanti jadi getah sekerap.

Kalau korang ikut resepi ni..insyallah korang tak doyan nak makan kat kedai sebab mahal tau. Tapi kalau virus M banyak nak buat camner kan..
 
Bahan:- (dipotong kecil)

  • 500 gm udang-buang kepala sahaja
  • 100 gm carrot-dipotong panjang
  • 100 gm bunga kobis-dipotong kecil
  • 5-8  sweet pea-potong 2
  • 1/4 capsicum hijau-potong kecil
  • 1 labu bawang besar-dipotong bulat
  • 1 biji tomato di potong 4
  • sedikit daun ketumbar-di potong kecil

Bahan Sos
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 5 helai daun limau purut-di siat-siat
  • 1 batang serai - di titik hujung 
  • 3 biji limau kasturi (perah jus)
  • 5 biji cili padi - ketuk
  • 3 ulas bawang putih - akak tumbuk
  • 1/2 cawan air
  • garam dan sedikit gula secukup rasa
  • minyak

Cara Memasak
1. Bersihkan udang dan toskan.  Goreng udang sebentar setelah di lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Jangan goreng terlalu lama. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan cili api yang telah di tumbuk  dan serai hingga wangi.

3. Masukkan kicap pekat, sos tomato, cili sos, sos ikan dan sos tiram. Masukkan 1/2 cawan air.

4. Biarkan mendidih  masukkan carrot dan bunga kobis dan biarkan kuah pekat sedikit. Kemudian masukkan sayuran lain.

5. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut, garam (jika perlu) dan sedikit gula, tomato, hirisan bawang besar dan udang dan di kacau sebati.

6. Masukkan  daun ketumbar..rasa dulu barulah  padamkan api dan baru di masukkan jus limau dan kacau sebati....enak di makan panas-panas.

12 ulasan:

  1. Bestnya.. Paprik campur peberet ni :)

    BalasPadam
  2. sedapnye kak..kalau oder kat kedai ni dah tentu mahal

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...
    Salam kenal kak. Saya cuba resepi bihun hailam akak dan hasilnya memang mantap. Minta izin cnp resepi tu kat blog saya. Harap kak ina tak kisah sebab saya dah publish baru minta izin. tq

    BalasPadam
  4. wah sedapnye , sy nak try utk org tersyg ~~!! sbb org tersyg sy tak suke makan udg, lalallala :P

    BalasPadam
  5. pehh..memang sedap kalau dapat makan udang.

    BalasPadam
  6. Kak ina, ada alternatif tak nak gunakan selain sos ikan?

    BalasPadam
  7. ahai...nak beli udang la petang ini... terlior!

    BalasPadam
  8. Aduh dah ler perut bebunyi merdu, masuk sini tambah merdu la...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...