OOO

Rabu, Mac 21, 2012

Di Sebalik Tabir MISI 12

Malam tadi akak telah di jemput oleh Astro (tq Azaria) untuk menyaksikan episod akhir program realiti MISI 12 yang telah di siarkan secara langsung di Astro Ria (Saluran 104) dari Studio 1, Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil.

Oleh sebab akak memang mengikuti rancangan ni di Astro Ria, akak memang kenal dengan peserta program ni.  Suka tenguk gelagat masa mereka melakukan tugasan yang di berikan di setiap episod.
Kalau korang nak tau ni pertama kali akak pergi tenguk siaran langsung sebegini, barulah tau macamana sibuknya kakitangan Astro bekerja di belakang tabir
 Selain dari wartawan tv dan suratkhabar kami blogger merasa happy di undang sebagai MEDIA. Yana dan madammondoq turut hadir, difahamkan ramai juga blogger yang di jemput tapi mereka tak dapat hadir disebabkan ada perkara yang tidak dapat dielakkan ataupun sudah mempunyai program yang lain.
Hafiz Awan Nano yang tercalun  finalis Penyanyi Lelaki Popular, 
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 itu. Hafiz dah tukar baju dan dalam perjalanan nak balik..kebetulan kami terserempak masa geng kami  nak cari tempat pc

Suka dengan budi bahasa yang beliau tunjukkan kat akak. Hafiz menyanyikan lagu penamat bersama peserta program.
Hos Program MISI 12 Fahrin Ahmad yang telah mengacara program realiti selama 7 minggu sehinggalah episod terakhir semalam.  Untuk pengetahuan korang, program realiti ni telah menampilkan 12 orang peserta yang telah  terpilih ini adalah di kalangan remaja yang menganggur, mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah, kurang keyakinan diri serta mempunyai masalah sosial. 
Tujuan utama program Misi 12 adalah untuk mengukuhkan emosi mereka supaya dapat memperoleh kemahiran hidup secara praktikal, menjalani kehidupan lebih sihat, melaksanakan matlamat pendidikan mereka dan membentuk asas kekuatan jatidiri yang diperlukan untuk mencapai objektif berdikari dalam fasa peralihan hidup mereka sendiri untuk menjadi insan yang mampu berbakti kepada masyarakat.
  Ezani Juara Masterchef Malaysia yang pertama turut hadir.   
Bila peserta-peserta  mengatakan kepada ibubapa mereka yang mereka telah berubah, dah boleh bangun pagi, rajin bersolat, tidak pentingkan diri sendiri dan boleh melaungkan azan serta meminta maaf kepada ibubapa, bukan setakat ibu mereka yang mengalirkan air mata.  

Akak sebagai seorang ibu yang mempunyai anak remaja serta ibu dan yang hadir turut mengalirkan air mata sama.  Sungguh syahdu...
Tak sangka duk semeja dengan KID SEARCH sebelah hb  madammondoq pulak tu.akak memang peminat search boleh tak kenal si kid ni..nasib baiklah ada geng yang bagitau..

Apalagi kami pun tak lepaskan peluang bergambar bersama..abaikan gaya rock akak tu (macam korek hidung pun ada..isshhh).entah betul ker entah idak..turut serta geng blogger baru Kevin
Tak sah tak riak nak bergambar depan ni...terima kasih madammondoq gambar yang lawa ni.  Nak cilok gambar lagi tau.
 
Program MISI 12 ini wajar di teruskan dan diberi promosi dengan lebih meluas lagi sebab ramai remaja dan orang ramai yang tak mengikuti program sebegini di tv dengan alasan tak tahu, tak pernah tau dan tak nak ambik tau.  Kalau rancangan hiburan tu tau ajer kan.

14 ulasan:

  1. best nya akak dapat jumpa hafiz AF :)

    BalasPadam
  2. wah Best2 tahniah sebab semua dah dapat kerja.. moga dapat ubah nasib keluarga lepas ni

    BalasPadam
  3. Mana gf eden si pasha tak datang ker..huhu..rugi tak dapat datang..huhu

    BalasPadam
  4. Mana gf eden si pasha tak datang ker..huhu..rugi tak dapat datang..huhu

    BalasPadam
  5. Hensem tak fahrin kak? hensem tak? Saya minat dia. ehehe.

    BalasPadam
  6. wahhh kak Ina syiok nye dia dpt gie tgk live program kt Astro..posed2 ngan hafiz lagi kn.. jeles plak.. hehe

    http://ellyana1.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. Wahhh jelesnya tengok akak bergambar ngan Fahrin Ahmad !!!

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Kak Ina

    kalau tahu ada yg tak dapat hadir...boleh gantikan saya...he he

    BalasPadam
  9. org kuat kak ina ni...untung la~

    BalasPadam
  10. Tak ikuti rancangan misi ni sbb kat rumah tak pasang astro.
    Tapi nampak macam syok je kat sana.

    BalasPadam
  11. i love kid dr dulu hingga sekrg...suka sgt2....tgn akak tu salah la kak....terkezuttttt!!!! teman..hampir sama...:(

    BalasPadam
  12. Hurmmm... lepas nie boleh ajak kak ina karaoke lagu SEARCH la yea...hehehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...