Muka tetap ceria walaupun terpaksa pakai lagi tudung,
seluar dan baju yang sama..akak basuhlah belah malam,nasib baik pagi kering
seluar dan baju yang sama..akak basuhlah belah malam,nasib baik pagi kering
Dari Rumah Bordir (Sulam)Hjh Rosmah kami ke Tabek Patah..tempat INDUSRI KOPI TRADITIONAL “KINIKO”
Di sepanjang jalan ke sana, kami melalui jalanraya yang sempit di mana terletak ditengah-tengah dua gunung yang terkenal iaitu Gunung Singgalang (2880m) and Gunung Merapi (2891m). Memang sungguh indah pemandangan sawah padi yang terhampar
Kat sini pun boleh gak nak bersanding kalau datang berdua. Kena bayar yer. Kalau datang solo cam akak apa ke edahnya nak bersanding sorang-sorang kan. Jadilah ambil gambar kat pelamin yang berwarna warni yang meriah sungguh.
Kat sini kita boleh lepak sambil minum kopi free jenama Kiniko. Minumlah berapa cawan pun semuanya gratis tapi kalau nak makan kenalah di bayarin.
Sambil minum kopi sambil makan pisang salai goreng. Memang kaw kaw rasanya pisang salai ni bila di makan panas-panas.
Akak minta permisi ke dapur nak tenguk macamana cara dorang buat. Pisang (lupa pulak namanya) tu besar sungguh, lepas dihiris, di salai pastu di celup dengan bancuhan tepung beras pastu digoreng dengan minyak yang banyak.
Beli kopi ni buat ole-ole..sedap lah..menyesal tak beli banyak..
sape pergi bukit tinggi nanti, boleh kirim tak?
sape pergi bukit tinggi nanti, boleh kirim tak?
Alangkah damainya mengopi sambil menikmati alam ciptaaan Allah s.w.t. Damai rasa di hati
teman-teman penghibur hati yang lara
Melihat pemandangan sebegini membuatkan hati merasa tenteram
di sepanjangan perjalanan menuju tempat yang lain pula
wahh seronoknya ngopi kak, ;)
BalasPadamdekat gunung merapi ke kak?...kopi gratis siapa tak nak kalau ada kualiti...
BalasPadamSorang2 jalan ye kak. Tinggal beg tangan akak tu ye?
BalasPadamSERONOKNYER DPT BJLN DI NEGERI ORG... PELAMIN DIA ORG MMG KALERFUL N WARNA DIA LAK CERIA2 KEMAIN LAGI KAN.. TRINGAT KWN BAIK DULU.. MSA BSANDING PELAMIN MCM NI LA...
BalasPadamalaaa.. nak jugak.. pisang tu saya suka..
BalasPadamoh..akak pun berlibur diseberang ye..
BalasPadamtentu banyak kenangan manis ye..:)
nice view kak. hijau je mata memandang
BalasPadamby the way gunung merapi tu gunung berapi yg tak aktif kan?
Pisang Salai ek Kak Ina..camtu buatnye..hehehe
BalasPadamPisang tu suami saya pernah beli dari bandung. Tgk le minyak goreng dia tu. Dah mcm minyak gamat dah warna dia. Berapa kali recycle punye tu. Huhu.
BalasPadamMinum kopi nie mesti buat mata segar jee... kalau dapat member kaki borak sure lagi best kan....
BalasPadamwah2..cantik pemandangan kat sana kak..smbil2 mengopi tu yg best kan..hehehe
BalasPadam
BalasPadamAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.