OOO

Jumaat, Mac 16, 2012

Garlic Finger Bun-Enak Di makan Panas-Panas

Dah lama tak meroti disebabkan malas nak mengguli.  Akak ambil resepi dari  SINI (orang yang sama sebenarnya) masa tu nama resepi asal Garlic Rolls dan tapi tuan punya resepi yang sama rajinlah pulak buat versi nak cepat masak dan cepat makan..nak tau sape bolehlah ke  SINI.

Roti ni enak di makan bersama-sama sup kimball/mushroom.  Kalau nak makan camtu ajer pun boleh tapi kena letak inti garlic banyak sikit dan makan panas-panas.

Bahan2 Utk Garlic Rolls/ Garlic Finger Bun
  • 3 cawan tepung gandum ~ akak guna tepung roti
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar yeast
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar olive oil ~akak tukar minyak jagung sebab tak ada stok

Cara-Caranya
  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  2. Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik.
  3. Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit. Doh akan naik sekali ganda.
  4. Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread.
  5. Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap.
  6. Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
  7. Bahagikan pula kepada 7 bahagian setiap bahagian, jadi dpt 14 ketul semuanya.
  8. Gelek doh dengan kayu pencanai berbentuk empat segi memanjang.
  9. Sapukan sedikit Garlic Spread di tengahnya (mcm intilah kiranya)dan gulung memanjang semula.
  10. Buat kaedah yang sama pada doh yang lain juga.
  11. Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis.
  12. Tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
  13. Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di atas permukaan doh tadi.
  14. Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan sedikit serbuk lada hitam jika suka.
  15. Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit.
Panduan
  • Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan
Garlic Spread
  • 50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
  • 3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
  • 2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
  • sedikit lada hitam kisar ~
  1. Gaulkan semua bahan
  2. Siap digunakan. 
 Nota : Akak tambahkan adunan 2 kali ganda sebab suka letak pes garlic banyak-banyakkkkkk

cicah dengan ini....fuhhh sekejapan habis..lain kali kena buat banyak-banyakkk
al maklumlah anak lelaki makan banyakkkkkk

11 ulasan:

  1. Sedap tu kak Ina. Tengok resepi simple ja. Thank;s kak..sue copy dulu..masuk list..heeee

    BalasPadam
  2. mak aihhh rajinnya kakkkkk!!
    saya tak pernah teringin nak buat roti-roti yang kena menguli ni.
    lebih rela ke kedai membelinya huhu...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Ina,
    hah3..klakor akak ckp resepi yg nak cepat masak dan cepat di makan...yatielah tu...mmng senang wat cara mcm ni..yg penting roti tu tetap lembutkan..makan gitewwww je pun dah sedap...

    BalasPadam
  4. sedapnyer..hantar sini skit kak...kehkehkeh

    BalasPadam
  5. ya allah.. kena masuk dlm list nk mkn lps pantang hahaha

    BalasPadam
  6. rasenyer nak try jer...harap2 jadila....hehhehe

    BalasPadam
  7. hebat la akak ni, leh buka busines bakery n masakan ...nyum nyum...

    BalasPadam
  8. susah nk tgk org makan roti dr hasil air tgn sendri....untung la suami n anak2 akak....dpt makan roti hasil air tgn ibu sendiri...so sweet

    BalasPadam
  9. Ina garlic bread memang kegemaran anak2... nanti nak buatlah...tapi tu lah masalahnya oven takde...

    BalasPadam
  10. sy memang suka garlic bread...tp setakatni belum pernah lagi buat roti sendiri..huhu..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...