OOO

Khamis, April 26, 2012

Tekak Teringin Nak Rasa Kenny's Roast Lamb

Di Malaysia terdapat banyak tempat makan yang menawarkan berbagai citarasa dan rupa tak kiralah makanan tempatan ataupun makanan international.  Kalau tekak terasa hendak makan masakan stail western terdapat banyak restoran yang menawarkan stail makanan cara omputih.  Salah satunya ialah restoran Kenny Rogers Roasters yang mempunyai banyak cawangan di Malaysia.
Hb akak yang belanja kali ni.  Akak tak larat nak bayar sebab tak bekerja. Kali ni akak nak merasa Kenny's Roast Lamb sos black pepper.  Lamb yang dihidangkan memang lembut dan sosnya memang sedap
Imran dan suami pun pilih menu yang sama tapi sos yang berlainan, menu sampingan pun berlainan. Sajer kami pilih yang tak sama sebab boleh cilok sini sikit..sana sikit. Yang tak puas hati sebab ada kentang yang empuk dan ada yang tidak.
 Muffin pisang dan vanilla yang memang sedap
 Fridaus yang tak jemu-jemu dengan Kenny Quarter Meal iaitu Roasted ¼ chicken sos bbq.. akak suka macaroni cheese tu
 strawberry dream yogurt ice blend ni akak punya..sedapppp.  Akak kata dengan anak-anak..
nanti kalau mak dah tua dan banyak duit mak nak makan stail camni hari-hari.  Hb kata pula..
mana boleh..orang keturunan Jawa tak ada nasi tak boleh tau.. 
hermmmmm sabar ajerlah
Ingat N3 pasal pocket potato ni dulu...kalau nak tau boleh ke SINI.  Masa hb order akak dah bising kata kang jadi macam kes yang dulu.  Tapi hb akak tak peduli, dia nak gak.  Bila sampai akak yang rasa dulu.  Wah...apa pasal sedap dan empuk ubi kentang dia..fuhh memang puas hati sebab rasanya kali ni sedap sungguh.  Hairan gak kenapa dulu rasanya tak sama. 

Beruntungkan tinggal di negara Malaysia yang tercinta, semua makanan yang kita nak makan ada di sini dan semestinya ianya halal.

7 ulasan:

  1. sy p kenny rogers order yg 1/4 tuh je biasnaya.huhu

    BalasPadam
  2. macaroni cheese antara peberet kid... wooohoooooo

    BalasPadam
  3. Terliur nye....dah lama nak merasa,masih belum tertunai hajat hati.nak pau hb jugak la..:)

    BalasPadam
  4. MUFFIN KENNY ROGERS yang jadi pilihan saya....

    BalasPadam
  5. lately saya tgk kenny rogers dah pelbagaikan menu dia..so variety !!!

    BalasPadam
  6. Teringin gaks aperkan daya bajet lom cukup.. Huhu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...