OOO

Ahad, April 22, 2012

Tertunai Hasrat Di Hati Jumpa Chef Fofolur Malaysia

Akhirnya dapat juga berjumpa dan mendengar celoteh dari Chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail ataupun di kenali dengan nama Dato' Chef Wan Dato' Chef Wan.

Dato' Chef Wan  merupakan seorang Chef yang terkenal di Malaysia dan telah  berjaya menaikkan nama Malaysia di seluruh dunia disebabkan kepakarannya.
Selama ni akak cuma tenguk rancangan masakan Dato' Chef Wan di tv sahaja.  Dato' Chef Wan selalu ke luar negara mempromosikan masakan Malaysia seperti rendang, nasi lemak dan kueh mueh Malaysia yang lain.


Dato' Chef Wan  juga pernah muncul dalam dalam rancangan masakan  tv luar negara.  Beliau juga di gelar "Food Ambassador of Malaysia"
Kami suka dengan lawak jenaka selamba dari beliau membuatkan kita tak kering gusi dan ketawa terbahak-bahak.

Bila melihat sendiri cara beliau memasak sambil berceloteh, memang ianya sinonim dengan Dato' Chef Wan.  Kami memang terhibur dengan jenaka selamba beliau sehingga riuh rendah suasana di sini.
Walaupun begitu Dato' Chef Wan tetap dapat menghidangkan 4 jenis resepi yang akak akan share kemudian.  
Dato' Chef Wan baru melancarkan buku masakan The Best of Chef Wan- Taste of Malaysia. 

Bukan sekadar buku masakan biasa, malah buku yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan antarabangsa Marshall Calvendish itu mempunyai nilai yang sangat mendalam sepanjang 25 tahun ikon masakan berkenaan mengabdikan diri dalam dunia masakan.

Memiliki 138 resipi juadah Malaysia, buku resipi itu merangkumi enam kategori hidangan iaitu ayam, daging, ikan dan makanan laut, salad dan sayur-sayuran, nasi, mi serta sup membuka selera sepenuhnya dalam bahasa 
 inggeris.
Wah Dato' Chef Wan macam akak gak, suka ambil gambar..nak share di FB katanya.  

Mengenali lebih dekat Dato'Chef Wan

* Dilahirkan di Singapura pada 1958.


* Anak sulung dalam tujuh beradik.


* Mempunyai kelayakan sebagai akauntan tetapi menunjukkan minat tinggi dalam bidang masakan dan akhirnya menjadi chef profesional.


* Mempunyai ijazah dalam Latihan Profesional dan Pengurusan
Hotel dari California Culinary Academy di San Francisco, Amerika Syarikat.

* Memiliki Diploma Ritz Escoffier dari Ritz Hotel di
Paris.

* Chef pertama di Malaysia yang dikurniakan gelaran Datuk.


* Dilantik menjadi Duta Kulinari oleh Pelancongan Malaysia pada November 2010.


* Pada 2011, menerima gelaran Icons of Malaysia, anugerah diberikan oleh Malaysia Book of Records kepada rakyat Malaysia yang terkemuka.

* Pada 2009, mendapat pengiktirafan tertinggi sebagai chef apabila memenangi gelaran Best Celebrity Chef Award di Gourmand World
Cook Book Awards.

 
* Pada 2007, menerima anugerah Lifetime Jury Award di Prix La Maxille sebagai sumbangan duta kulinari.

* Sehingga kini sudah menjadi hos bagi beratus-ratus rancangan masakan dan menulis beberapa buah buku masakan.

Alhamdulliah


15 ulasan:

  1. wah besnya dpt jumpa chef Wan..

    BalasPadam
  2. Tabiklah...
    Kalau nak tgk org femes kat sinilah tptnya!

    BalasPadam
  3. akak hadiah apa dalam kotak...mesti best :)

    BalasPadam
  4. hari tu saya ada gak jumpa ngan anak dia, chef riz @prego. anyway happy betul ya

    BalasPadam
  5. Kak Ina. Seronok berjumpa akak semalam. Ni link blog saya pasal Simply Good Meals bersama Chef tersohor http://ezna-daniayasmine.blogspot.com/2012/04/pertama-kali-bertemu-chef-wan.html Kih kih kih gelak sebab chef ni kalakar sungguh!!!

    BalasPadam
  6. Kak Ina....share kat blog akak link ni. http://goo.gl/CS4tK terus orang leh tengok entry dan terus vote :-)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Kak Ina

    tentu tak terasa masa berlalu dgn celotehnya

    BalasPadam
  8. assalammualaikum kak,

    aduhhh sonoknyer kak, jelez lov melihatnyew..pic ngn chef wan xbyk ke kak?

    ** nk salin resepinye nnti.. :P

    BalasPadam
  9. kak ... mesti seronok kan jumpa dia live kan.... mesti peramah kan orangnya...

    BalasPadam
  10. Bestnyer kak Ina, bertuah dapat bergambar sekali :)

    BalasPadam
  11. bestnya
    kalau dpt gi umah c.wan lagi best
    pinggan mangkuk dia fuyoooo,hehe

    BalasPadam
  12. wah chef wan tu.. Gambar yang bawah tu menarik minat nurul.. hehehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...