OOO

Jumaat, Mei 11, 2012

Bestnya Massage Kat Jari Spa Wangsa Maju

 Semalam lepas fisio terapi kat hospital akak pergi ke Jari Spa di Wangsa Maju.  Akak beli pun sebab spa ni dekat area sini sajer..kalau jauh tak berbaloi nak pegi kan.

Langsung tak teringat ada beli kupon groupon bulan Mac lepas. Akak suka beli kupon yang akak rasakan berbaloi membelinya.  Nasib baiklah dorang hantar email minggu lepas  bagitau nak expire hari Jumaat ini.  Akak terus buat temu janji minggu lepas.
Cantik Spa ini..tema Bali.  Lagu pun lagu stail bali dan di penuhi dengan bau bauan rempah ratus yang melegakan segala-galanya.
 
Kena tunggu sini dahulu sebelum di panggil masuk kedalam bilik
Cuba tenguk tungku tu..cam tungku orang bersalin kan.  Akak ingatkan tungku tapi bila kat dalam akak tanya dengan tukang urut tu dia kata lat ni di panggil thai herbal ball dan di gunakan selepas selesai di urut dengan tangan yang di panggil Balinese Massage.   Bestnya.
Selepas menukar pakaian kaki akak di rendam dalam air panas selama lebih kurang 10-20 minit.  Boring aa duk dalam bilik sorang-sorang. 

Selepas itu bermula sessi mengurut menggunakan minyak serai secara Bali.  First time akak rasa urutan sebegini..memang terasa excited nak tau apakah yang akan di lakukan oleh tukang urut yang berasal dari Jakarta.

Fuhhyooo sakit juga tapi tahankan juga tak mengerang sebab nak bagi lembut urat-urat yang dah tegang terutama kat kaki..tapi akak tak bagi urut kat lutut belah kanan..kang pengsan kang.
 
Keseluruhan badan di urut dengan herbal ball..kat dalam herbal ball ni di letak rempah ratus yang terpilih dan dipanaskan dengan pengukus ini.  Mula-mula tungku di letak cepat di atas badan, kemudian selepas suam barulah di urut keseluruhan badan.

..lama kelamaan rasa terasa sedap pula...leganya sampai akak nak terlena.   Memang puas hati hati bermassage kat sini.  Memang nak datang lagi tapi kann
 
Tapi yang tak best bila beli kupon ni sebab bila selesai dorang  mesti  paksa beli package.  Itulah yang paling akak menyampah..macam paksaan pulak.  Kena bayar sekaligus pulak tu bayaran RM225 tu dan tak boleh buat ansuran..terencat akak nak massage lagi kat sini.

Walaupun  akak rasa  mampu nak membayarnya tapi takkan akak nak bagi sekali rap duit sebanyak itu.  Akak bagi tau akak tak ada kad kredit dan tak ada duit masa tu. Titik .

Tolonglah jangan buat begini kepada pelanggan nanti orang tak minat nak datang lagi.

p/s korang pernah terkena ker bila beli kupon camni..apakah yang korang buat untuk menepisnya..ceritalah nanti akak boleh gunakan trick yang sama.

 

23 ulasan:

  1. Eeee,ye ke?pia pon xsuke

    tu yg rase xbeli kot

    yg kat danau tu pia kena

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    tak berani nak masuk macam tu...

    BalasPadam
  3. me senang jer..me ckp i dh byk beli kupon dari mcm2 spa sbb i suka try mcm2 spa...and sgt murah...ckp jer gitu kak..memang bengang bila kena paksa2 ni

    BalasPadam
  4. Teruk betul kalau ade paksaan camtu.. Macammacam tapi tempat diaok jugak..

    BalasPadam
  5. Nk trick cemana eh? X reti plaks.. Hihi

    BalasPadam
  6. Saya tak pernah massage ni jadi tak tahu. hehehe

    BalasPadam
  7. saya pernah 2-3 kali ke spa masa tinggal di melaka. mmg stail diorg kalo buat promosi -paksa-paksa org. siap sampai tiga org staf dia dtg memujuk. dari suruh byr 300++ full pakej sampailah suruh byr pndahuluan plg kurg rm50. macam tdesak je cari pelanggan.

    Mula-mula tak biasa juga, dah bbrapa kali terkena, saya buat begini:
    1) saya buat muka blurr masa diorg tgh explain bagai (bagi chance 5 minit cukup)- pas tu tengok jam & cakap dah janji dengan org dan nak cepat.
    2) tak bawa cash n xde kad kredit
    3) next time dtg dan akan rekemen pd kawan.

    Jgn lama2 layan diorg ni, cepat2 angkat kaki je. pastu confirm jgn dtg lagi. hihihi(eh terpnjg lak komen ni. sori)

    BalasPadam
  8. Saya pun pernah terkena..Mulanya beli kupon diskaun, tak mahal RM68.. lepas ke spa tersebut, harga minyak urut lain, harga sponge facial lain, harga moisturizer lain, end up kena tambah RM168. Hint: spa ni di melawati...

    BalasPadam
  9. Ini memang strategi pemasaran. Apa yang biasa saya buat adalah:-

    a) I have to think about this first.Atau maybe next time. Walaupun depa kata promo habis hari ni, just cakap macam tu je.

    b) Be firm. Jangan tunjukkan macam kita berminat. Jangan layan sangat 'paksaan' tu. Just say 'I've got to go'. Then Bye..

    BalasPadam
  10. Sebab tu saya tak berani nak beli discount voucher kat groupon kak. Sebab bila baca terms and condition tu, dia kat harga voucher tu tak termasuk service charge dgn tax. Tak berani nak beli.

    BalasPadam
  11. skrg ni kak mmg byk spa2 or ape jugak la pusat knctikan yg buat pangai mcm ni..

    -mcm itu la tujuan utama diorg kluakn free 1 trial, kupon, dsbnya-

    lov prnh tknene kak hbs RM3000 lesap kak, dia pkse2 kite kua dwet..

    coz xprnh tkene lov tkot sgt, rsa mcm baru lps kne rompak

    tp mmg sedeyh la skali hbs RM3000 cmtu je..skrg ni mmg sgt2 beringt kak..

    T_T

    BalasPadam
  12. Kak ina biasa la kan... diorang nak tambah pelanggan dan sales kan... cuba 'PAKSA' tak sesuai la kan... kalau saya saya akan offer buat free promotion kat blog itu je laaa

    BalasPadam
  13. salam kak ina...

    sy mmg jenis x reti nk tepis..sy ada pengalaman dgn new york skin solution,hampehh betul,buat facial percuma...tapi dh hbs facial,diasaknyer suh ambik pakej itu ini, lebuh duit sy rm50....lg satu mayfirst gamaknyer lupa2 ingat...kat sini terbang rm40..serik dh dgn offer mcm tuh..

    BalasPadam
  14. lama x gi spa2 gini..hr tu ada promo kat jb ni kat je dgn rmh tp terlupa nk beli..huhuhu...

    sgt x suka klu kena pksa2 amik pakej derang ni...cnfm x dtg lagi...

    BalasPadam
  15. akak, saya pun penah kena. kononnya nak tebus voucer yg saya dapat dr maternity bag lepas bersalin kat hospital. pakej yg dia bagi pun kononnya urut pas bersalin la. kononnya lagi worth rm700. bila p nak tebus, dia paksa amek pakej len. disebabkan saya nk jugak urut pas bersalin yg berharga rm700 tu for free, sy bayar je la. rupa2nya tipah tertipu, kak! tempat yg saya kena ni namanya slimming sanctuary stup**d. geram!

    BalasPadam
  16. ahem.. saya tak buat macam tu kan? hehehe.. coz saya want to make customer happy.. (tumpang promote jap kak..huahuahaha)

    BalasPadam
  17. aiseyy.. baru syok baca citer2 massage, skali last skali macam kena paksa lak.. hadu hayyy..

    BalasPadam
  18. pernah gi jari spa kat solaris tp tak ad pulak dia paksa mcm2.

    BalasPadam
  19. helloooo everyone...the bunga spa ada jugak kluar kan voucher through groupon...so far x penah pulak kami jual package pada pelanggan...anyway, chechkout our fb ye...the bunga spa...see u soon :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat mane bunga spa tu? Boleh email detail kt yahoo saye tak.. cm minat je nk cube..eliadina2000@yahoo.com

      Padam
  20. alamak.. bru rasa nk g try.. tak jadilah.. huhu

    BalasPadam
  21. Almost sume spa or facial akn promote amik pakej...

    BalasPadam
  22. Awal2 entri dah best tp hujungnya kureng pulak...teringat teman isteri p kedai2 camni jugaklah...mula2 mmglah..lepas habis, dipaksa jugak utk ambil pakej lain...puas jugaklah kona sana kona sini...hehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...