Tajuk tu memanglah ayam panggang dalam oven sebab akak bakar dalam oven..kalau panggang atas pemanggang letrik lain namanya. Kalau panggang atas bara arang dah jadi lain gak nama dia bukan. Bila akak malas masak..akak buat camni ajer..tak banyak kerja dan mudah di sediakan.
Bahan-bahan
1kg kepak ayam bersihk dan tos.
5 biji bawang putih-tumbuk lumat
2 inci halia-tumbuk lumat
sos secukupnya-dalam 1/2 botol
2-3 sudu makan madu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
1 sudu kecil mixed herbs
sedikit mentega
2 biji kentang russet-potong lebar
2 biji kentang russet-potong lebar
1 biji bawang besar-hiris bulat
1 biji tomato
Cara-cara
1. Lumurkan bawang putih, serbuk lada hitam, garam, mixed herbs dan halia ke seluruh kepak ayam.
2. Campurkan sos kraft dengan madu dan lumur pada ayam. Masukkan ke dalam peti sejuk.
3. Perap selama 3 jam-kalau tak sabar nak bakar dan makan 1 jam pun boleh.
4. Panaskan oven 180-200C,(bergantung pada oven) masukkan mentega, hirisan bawang, tomato dan kentang di celah-celah ayam dan masukkan ayam ke dalam oven guna api atas bawah.
5. Setelah 20-30 minit gunakan api atas pula dalam 10 minit.
6. Hidangkan panas-panas.
Bakar garlic bread..roti panjang beli kat giant...tapi tang sapuan tu akak buat sendiri..bukan susah pun...ambil butter dalam 6 sudu besar dan biarkan dalam suhu bilik.Tumbuk lumat 2 biji bawang putih dan campurkan dalam butter dan masukkan sekali daun pasli kering/daun ketumbar/mixed herbs (agak-agak.atau ikut suker).
jagung kukus, selepas di kukus masukkan merjerin,
sedikit garam dan susu pekat (Rujuk kat SINI)
kentang goreng
dan sup campbell
western nye.tapi semua sedap. mmg berselera satu keluarga
BalasPadamwaa,teringin pulak tgk akak buat ;)
BalasPadamuiyooo menggoda jiwaaaaaaaaaaaa raga! meleleh meleleh meleleh air liur adussss...
BalasPadamaduhhh kak sedap betul rupa ayam tu..
BalasPadambalek ni nk try kak..a'ah kan boleh letak kentang skali..aduhh best2
aduhh..buat orang telan air liur lapan juta kali nih..
BalasPadam:)
akaaakkkk....sedapnya tengok...terliur saya.
BalasPadamerr..bakar dalam microwave boleh?
baca entry ni pagi2 lak.. haduuii.. terus lapar laaa pulok!
BalasPadam