OOO

Jumaat, Jun 22, 2012

Jawapan Teka Teki Tekuk Ialah US Potato Gratin

Semalam perut tak sehat..malas nak buat N3 sebab ashik berulang alik ke tandas di sebabkan makan lauk lebihan dalam peti sejuk.  Akak dah panaskan betul-betul..tapi apa nak buat..perut dah tua ni..tak tahanlah pulak.  Anak yang makan tak kena pulak.
 
Erhmm susah ek teka teki tekuk akak tu..tak ada yang dapat jawab dengan betul.  Kalau korang boleh cari di kolum CARI RESEPI DI SINI..taip ajer resepi kentang..akak keluarlah resepi ini.  Apa nak buat tak ada rezeki kan..

Resepi ni panggil Potato Gratin tapi disebabkan penaja ialah US Potato resepi ni di tukar di panggil US Potato Gratin.  Masa kat situ tak sempat nak pakai piping beg cuma masukkan dalam mangkuk tahan panas..di tabur cheese dan di bakar.


Bahan-bahan 
3-5  biji kentang Russet
2 sudu besar mentega
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit oregano kering
Cheddar cheese (chef guna mozarella cheese)ataupun campuran kedua-duanya
Susu segar/susu cair ideal- anggaran 1/2 cawan
Garam secukup rasa
ruper potato yang tengah rajin nak di paip
Cara-cara
1. Bersihkan kentang dan rebus hingga empuk.
2. Setelah kentang empuk dan lembut keluarkan buang kulit.  Lecek ubi kentang sehingga hancur.
3. Masukkan butter dan susu cair ke dalam mangkuk yg berisi kentang tadi dan kacau sebati.
4. Masukkan serbuk lada hitam, sedikit garam secukup rasa dan oregano dan kacau rata.
5. Masukkan adunan tadi kedalam mangkuk tahan panas dan taburkan parutan cheese ke atasnya.
6. Dan bakar pada suhu 160 - 180 C  dengan api atas sehingga keju cair dan berwarna keperang-perangan. 

11 ulasan:

  1. comel tgk potato yang dipaip org rajin kat bawah tu...comel2..

    BalasPadam
  2. kene cuba ni. tp tak tau la bila. hehe

    BalasPadam
  3. laaa,mcm penah dgr name nya hehe

    pia pon sakit perut

    BalasPadam
  4. sedapnye kak...terus rase lapar..huhu

    BalasPadam
  5. looks good !! semestinya sedap..

    anyway semoga kak ina cepat sembuh ye :)

    BalasPadam
  6. Aslmkum kak Ina.
    Sedapnya..pnh tgk dekat tb dah terbekenan. mcm sedap ja..Huhuh

    BalasPadam
  7. alaaa kak...saya dah taip aritu tapi x kuar...:(

    BalasPadam
  8. kihkihkih slh la jwpn lov, xpena tau pn nama dia hape..rasa lg la kan..sedapnyer kak!!

    BalasPadam
  9. wah! mesti sedap ni! tengok pundah terliur! :D

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...