HITAM itu menawan. Namun pasti tiada yang mahu mengaitkan warna hitam dengan wajah yang cerah, lembut dan berseri.
Garnier bagaimanapun cuba lari daripada perspektif lazim itu dengan
memperkenalkan pembersih muka Skin Naturals Light Black Foam yang bukan
saja menanggalkan kotoran pada wajah malah mencerahkannya.
Pembersih muka unik ini dicipta khusus untuk kulit wanita Asia yang mana ia membantu menyingkirkan 97% minyak berlebihan pada liang pori dan mengelakkan kulit daripada kekeringan.
Berteraskan falsafah Garnier yang diilhamkan daripada alam, Skin Naturals Light
Black Foam ini dihasilkan dengan dua bahan semula jadi yang efektif untuk perawatan kulit.
Ekstrak kayu putih (eucalyptus) yang terkandung di dalamnya bertindak
sebagai penjana antiseptik yang membantu mengurangkan kesan iritasi,
kemerahan serta kekeringan, manakala tanah liat mineral pula bahan
popular bagi mengurangkan masalah kulit berminyak memerangkap minyak dan
kotoran sebelum membersihkannya.
Pembersih muka Skin Naturals Light Black Foam ini berada di pasaran
pada harga RM6.90 untuk 50 ml dan RM11.90 bagi 100 ml. Murah bukan..jom cuba wahai gadis-gadis dan wanita-wanita di luar sana.

Assalamualaikum Kak Ina
BalasPadamnak cuba laaaa...he he
Selamat menjalani ibadah puasa
ni utk laki2 je ke kak ina? pompan bleyh kot eh..ehee
BalasPadamboleh saya tahu, kesan dia memamg kulit muka gatal gatal ke ataupun kesan baru guna ?
BalasPadam