OOO

Khamis, Ogos 09, 2012

Ira Dah Pandai Buat Puding Caramel


Ira kalau buat puding caramel nak jamu kawan kat asrama, dia tak kan kasi kami rasa, semua di angkut ke sana.  Kedekut tul anak akak ni...tapi tak apa dia bawa semua sebab kat umah ni anak lelaki tak doyan nak makan benda lembek camni. 
Dia buat 2 bekas..satu bekas besar dan yang lain bekas kecik. Ira tutup dengan aluminum foil sebab penutup kecik tak jumpa sebab akak terlupa kat mana akak simpan.

Bahan-Bahan 
Bahan untuk puding
6 biji telur
1 tin susu sejat -guna susu ideal sedap
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla

Bahan untuk sos caramel
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air-dalam 2 sudu besar


Cara penyediaan (sos caramel)
Panaskan gula di dalam kuali/periuk hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan. Masukkan air (baik-baik..masa ni panas giler..) dan kacau cepat-cepat dan padam api. Tuang ke dalam loyang/ramekin.
 
Gambar terlupa nak snap.  akak tepek gambar lama ..yang ni pun Ira yang buat..cam tak percaya ajer bila tenguk jadi cantik camni

Penyediaan puding
1. Pukul telur sehingga kembang.
2. Setelah itu masukkan gula.
3. Kemudian masukkan susu sejat dan air.
4. Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.
5. Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk.
Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan. Sedia utk dihidangkan..

* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.
 Nota – Kalau nak nampak tebal sikit kukus dlm loyang bulat 7 inci.

11 ulasan:

  1. Wahhh rajinnya anak akak buat karamel.. ;)

    Mesti happy kawan2 asrama dia nanti :)

    BalasPadam
  2. Wahhh. Tahniah u ira... Rajin anak dara tu. Turun jejak ibunya

    BalasPadam
  3. boleh harap dah anak dara kaka ina ni.

    BalasPadam
  4. pndai ya.. hehe.. hr tu kyra buka pose karamel ni kat 1 restoran, tp tak sdp. atasnya kras..:(

    BalasPadam
  5. like mother like daughter, sama2 ada bakat memasak..untung familynye nnti bile da khwin..

    BalasPadam
  6. pandainye ira,sy buat xjd la lembik sgt..hehe dah blh harap ye anak dara

    BalasPadam
  7. pandainya..
    mesti sedap tu...
    tahniah..

    BalasPadam
  8. wah...ijah pun tak reti lagi nk buat hehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...