OOO

Selasa, Oktober 30, 2012

Crispy Shell Cream Puffs Recipe (Pai-Shuu)

Assalammualaikum semua

Agak sibuk kerana berulangalik ke hospital kerana suami akak masuk wad.  Nak buat camnerkan..bila usia dah mencecah ke usia 50..an ada ajer penyakit yang singgah.  Doakan agar suami akak cepat sembuh.

Crispy Shell Cream Puffs Recipe (Pai-Shuu) ni kulit di agak tebal dari cream puffs yang selalu akak buat.  Cream Puffs ini boleh lebih kurang macamget Shu-Cream yang di jual di Beard Papa's.  Resepi asal dari  littlejapanmama dan telah  terjemahkan oleh Azlita

Krim Kastard

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung ~ ita tambah
1/2 cawan gula ~ ita tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.



Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu. 
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin
Sepertimana yang ita katakan tadi, adunan ni dapat agak banyak.
Ia boleh terus di gunakan jika kita inginkan rasa kastard
 
Tapi jika inginkan rasa yang sedikit creamy, macam Cream Puff Beard Papa's boleh lah kita campurkan dengan Non Dairy Whipping Cream caranya:
Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
 
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.


 Pai Shuu Crust 50 gm butter
1/3 cawan gula icing
1/3 cawan Tepung naik sendiri / Self Raising Flour ~ jika tak ada gunakan tepung gandum dan campurkan dengan 1/2 sudu teh baking powder

 
Cara-caranya
Cairkan butter
Dalam satu bekas satukan tepung dan gula icing kemudian ayak
Bila butter dah mencair, tuangkan dalam adunan tepung dan gula
Berhati-hati kerana butter panas
Segera kacau adunan dengan garfu hingga sebati dan menjadi doh yang lembut
Tutup dengan plastik supaya doh tidak kering

 Puff Pastry
120 gm butter
3/4 cawan air
1 1/3 cawan tepung ~ 170 gm di ayak
5 biji telur ~ berat telur 60 gm sebiji atau timbang telur seberat 300 gm untuk 5 biji
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula ~ nak letak boleh tak letak pun ok!

Cara-caranya
Dalam satu periuk kecil, satukan butter yang di potong kiub bersama garam, gula dan air.
Panaskan atas dapur hingga ia mendidih
Bila dah mendidih, segera alihkan dari api atau tutup api.
Dengan segera tuangkan tepung yang telah di ayak tadi
Kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi doh yang lembut
Panaskan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan terus kacau hingga  dasar periuk terbentuk kepingan-kepingan nipis.
Tutup api dan masukkan telur ~ sebelum tu telur hendaklah di pukul dahulu hingga rata. (Akak gunakan mixer nak dapatkan adunan yang licin)
Tuangkan telur sedikit-sedikit dan terus kacau hingga adunan menjadi licin dan sebati
Masukkan adunan ini ke dalam piping bag
Jika ada nozel boleh letak nozel jika tak de potong aje bucunya.

Panaskan oven terlebih dahulu ~ 15 minit sebelum adunan di bakar
Suhu 210 ~ 220 bergantung kepada kepanasan oven masing-masing
Guna api atas dan bawah dan jika  oven ada kipas boleh hidupkan kipasnya, jika tiada tak mengapa.

Sediakan dulang pembakar dan lapik dulang dengan baking paper
Paipkan adunan atas dulang pembakar
Biarkan ia agak meninggi sedikit
Jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang 2 kali ganda
 
Taburkan Pai Shuu Crust di atasnya
Dengan segera masukkan ke dalam oven
Bakar pada suhu 210 C selama 20 ~ 25  minit sehingga permukaannya kuning keemasan
Turunkan suhu kepada 100 C dan bakar lagi selama 15 ~ 20 minit
Jika puff dan nampak coklat masa pembakaran 20 minit pertama tadi, tutup api atas, hanya guna api bawah  untuk membakar lagi pada 20 minit kedua.
Keluarkan puff dan letakkan atas redai hingga ia sejuk.
Untuk dapatkan puff yang naik membuncit tinggi, selepas di paipkan atas dulang pembakar jangan berlengah lagi, terus bakar supaya doh tidak turun
Tunggu puff benar-benar sejuk barulah di paipkan Cream Custard di dalamnya
Untuk paipkan Cream Custard, masukkan Cream Custard dalam paiping bag
Cucukkan ke dalam puff dan picitkan hingga ia penuh dan terkeluar sedikit 

p/s resepi ni lagi leceh dan memgambil masa yang agak lama untuk di bakar tak macam  Pastry Puff  yang pernah akak buat dulu...lagi cepat...anak pun lebih suka yang akak buat dulu. 

4 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...