OOO

Jumaat, Oktober 05, 2012

Rahsia Seorang Ibu

48 hours Sticky Post. Scroll down for the latest entries.

Semua wanita yang telah berkawin, tentu mahu melengkapkan dirinya untuk menjadi seorang ibu.  Alangkah bahagianya akak bila di sahkan hamil setelah 3 bulan berkawin, dari seorang anak lelaki sehinggalah mendapat 3 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.  Kenikmatan dan kebahagian mempunyai cahayamata memang luar biasa. 

Bukan mudah rupanya menjadi seorang ibu dan  bukannya senang kerana tanggungjawabnya untuk membesarkan mereka semua amatlah besar dan berat. Walau pun sibuk dan penat, telatah anak-anak tetap di layan sehingga kadang-kadang membuatkan akak merasa tertekan dan terbeban.


Jadi akak pun melayari internet untuk mencari tip-tips kekeluargaan (parenting) bagaimana nak membesarkan dan menghadapi cabaran anak-anak yang sedang membesar.


Salah satunya ialah di laman web ini yang mempunyai bermacam-macam topik mengenainya seperti perkawinan (weeding), kecantikan (beauty) dan bermacam topik lagi.  Akak suka baca topik kekeluargaan (parenting) kerana ada bermacam-macam topik yang di paparkan di situ.

Di situ sedang diadakan  tentang List of Mum's Secret Question.  Oleh kerana kaji selidik ini sesuai dengan akak akan telah mengambil bahagian dengan menjawab 2 soalan yang menarik perhatian akak.


1) Adakah anda berahsia bahawa anda mempunyai seorang anak yang lebih disayangi berbanding yang lain?

Walaupun saya sayang dengan semua anak-anak yang lain tetapi  tak di nafikan saya juga mempunyai anak kesayangan saya.  Rasanya semua ibu mempunyai anak kesayangan masing-masing.

Anak yang pandai mengambil hati saya dengan menjadi pendengar  dan sentiasa menyokong pendapat saya.  Beliau juga sentiasa mendengar nasihat dan rajin menolong saya melakukan kerja rumah.

Saya memang amat  mementingkan pencapaian akademik dan itu memungkinkan saya  terdorong untuk mengamalkan sikap pilih kasih dan mempunyai seorang anak yang lebih di sayangi berbanding yang lain

Anak kesayangan saya juga sering memperoleh pencapaian cemerlang, saya gemar memuji anak ini dan  sering membelikannya hadiah. 


 

Tapi dah tentulah bila anak yang sentiasa cemerlang dalam pelajaran dan  berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara akan sentiasa di sayangi. Ibu mana yang tak merasa bangga bila anak kesayangan dah berjaya sehingga ke tahap itu dan sentiasa di puji oleh orang lain juga.

Bukan saya tidak menyayangi anak-anak yang lain, jika mereka juga menujukkan pencapaian yang memberangsangkan saya tetap juga memberi pujian kepada mereka. 
Saya tau jika tabiat pilih kasih dan membeza-bezakan anak boleh membuatkan anak saya yang lain merasa kurang yakin pada diri dan juga dengan kemampuannya sendiri.  Saya akan cuba supaya anak-anak saya yang lain berusaha untuk berjaya seperti anak kesayangan saya nanti.



3) Adakah anda berahsia bahawa anda mahu anak anda mempunyai kelebihan dan lebih pintar berbanding anak-anak saudara anda?

Memang betul saya memang mempunyai rahsia ini supaya anak-anak saya lebih pandai dan pintar berbanding dengan semua anak-anak saudara saya baik di sebelah suami ataupun di sebelah saya sendiri.
 

Saya akan sentiasa pastikan juga yang anak-anak saya berusaha untuk mencapai kejayaan di sekolah ataupun kolej sama ada dalam bidang olahraga dan juga bidang akademik.

Saya akan pastikan yang anak-anak saya sentiasa pintar dan berjaya serta menjadi sebutan di kalangan saudara mara terutama bila semua berkumpul beramai-ramai.


Saya juga suka bila anak-anak saya sentiasa di pandang baik dari sisi  mata bapa dan ibu saudara mereka.  Saya akan merasa bangga dan puas hati bila mereka semua memuji cara saya mengajar dan mendidik anak-anak saya selama ini.

Kadang-kadang terasa sedikit riak bila mereka memuji-muji kejayaan anak saya dalam pelajaran terutama bila mereka membandingkan kejayaan anak saya dengan anak-anak mereka.

Ibu mana yang tidak gembira bila  bila  kaedah gaya asuhan  saya  sentiasa di sebut-sebut dan di jadikan contoh oleh mereka. Dan lebih gembira lagi mereka cuba  mengamalkankannya pula.

Ok tak jawapan akak. 


Mungkin anda ada pendapat yang lain, setiap ibu mesti ada pendapatnya sendiri kan jadi  anda boleh ke  Mum's Secrets Survey dan cuba menjawab kaji selidik di situ pula.


11 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    Alhamdulillah
    Tahniah
    moga cara akak membesarkan anak2 akan terus berhasil, hingga ke yg anak bungsu

    BalasPadam
  2. salam kak ina,

    rupanya kita serupa, 3 boys and 2 girls...cumanya anak2 ina kecik2 lg.....hehe...ok sgt jawapan akak tu :D

    BalasPadam
  3. Cabaran seorang ibu membesarkan anak bukan mudah. Macam saya semuanya lelaki. :-)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kakina...tahniah sbb telah menjadi seorang ibu yg berjaya dlm mendidik anak2 dgn baik...senang ibu2 skg kan search kat internet dah boleh tahu semua cara2 yg baik utk anak2...:)

    BalasPadam
  5. tahniah kak ina, bukan senang nak besarkan anak.

    BTW, panjang nyer jawapan kak ina.

    BalasPadam
  6. Tahniah Kak Ina, bolehla kongsi2 pgalaman mdidik ank2.

    ank2 saya masih kecil n saya masih berusaha mendidik mereka sedaya n sebaik boleh. ingin lihat ank2 berjaya dlm hidup mereka.Insya Allah...Amin

    BalasPadam
  7. ibu - teringat pulak ibu saya di kampung
    rindunya :D

    BalasPadam
  8. berjaya anak2 kak ina :)

    semoga yg baik baik aje utk family kak ina ye. Amin

    BalasPadam
  9. memang menakjubkan sesiapa yg berjaya mendidik anak cemerlang dunia akhirat..pengaruh hormon dan media massa zaman sekarang pastinya membuatkan ibu bapa sering melatah dlm mendidik anak2..kan?

    BalasPadam
  10. Tahniah kak sebab menjadi seorang ibu yg baik untuk 5 org anak.. semoga keluarga akak terus diberi keselamatan

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...