Semua wanita yang telah berkawin, tentu mahu melengkapkan dirinya untuk menjadi seorang ibu. Alangkah bahagianya akak bila di sahkan hamil setelah 3 bulan berkawin, dari seorang anak lelaki sehinggalah mendapat 3 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Kenikmatan dan kebahagian mempunyai cahayamata memang luar biasa.
Bukan mudah rupanya menjadi seorang ibu dan bukannya senang kerana tanggungjawabnya untuk membesarkan mereka semua amatlah besar dan berat. Walau pun sibuk dan penat, telatah anak-anak tetap di layan sehingga kadang-kadang membuatkan akak merasa tertekan dan terbeban.
Jadi akak pun melayari internet untuk mencari tip-tips kekeluargaan (parenting) bagaimana nak membesarkan dan menghadapi cabaran anak-anak yang sedang membesar.
Salah satunya ialah di laman web ini yang mempunyai bermacam-macam topik mengenainya seperti perkawinan (weeding), kecantikan (beauty) dan bermacam topik lagi. Akak suka baca topik kekeluargaan (parenting) kerana ada bermacam-macam topik yang di paparkan di situ.
Di situ sedang diadakan tentang List of Mum's Secret Question. Oleh kerana kaji selidik ini sesuai dengan akak akan telah mengambil bahagian dengan menjawab 2 soalan yang menarik perhatian akak.
1) Adakah
anda berahsia bahawa anda mempunyai seorang anak yang lebih disayangi
berbanding yang lain?
Walaupun saya sayang dengan semua anak-anak yang lain tetapi tak di nafikan saya juga mempunyai anak kesayangan saya. Rasanya semua ibu mempunyai anak kesayangan masing-masing.
Anak yang pandai mengambil hati saya dengan menjadi pendengar dan sentiasa menyokong pendapat saya. Beliau juga sentiasa mendengar nasihat dan rajin menolong saya melakukan kerja rumah.
Saya memang amat mementingkan pencapaian akademik dan itu memungkinkan saya terdorong untuk mengamalkan sikap pilih kasih dan mempunyai seorang anak yang lebih di sayangi berbanding yang lain
Anak kesayangan saya juga sering memperoleh pencapaian cemerlang, saya gemar memuji anak ini dan sering membelikannya hadiah.
Tapi dah tentulah bila anak yang sentiasa cemerlang dalam pelajaran dan berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara akan sentiasa di sayangi. Ibu mana yang tak merasa bangga bila anak kesayangan dah berjaya sehingga ke tahap itu dan sentiasa di puji oleh orang lain juga.

Bukan saya tidak menyayangi anak-anak yang lain, jika mereka juga menujukkan pencapaian yang memberangsangkan saya tetap juga memberi pujian kepada mereka.
Saya tau jika tabiat pilih kasih dan membeza-bezakan anak boleh membuatkan anak saya yang lain merasa kurang yakin pada diri dan juga dengan kemampuannya sendiri. Saya akan cuba supaya anak-anak saya yang lain berusaha untuk berjaya seperti anak kesayangan saya nanti.
3) Adakah
anda berahsia bahawa anda mahu anak anda mempunyai kelebihan dan lebih pintar
berbanding anak-anak saudara anda?
Memang betul saya memang mempunyai rahsia ini supaya anak-anak saya lebih pandai dan pintar berbanding dengan semua anak-anak saudara saya baik di sebelah suami ataupun di sebelah saya sendiri.
Saya akan pastikan yang anak-anak saya sentiasa pintar dan berjaya serta menjadi sebutan di kalangan saudara mara terutama bila semua berkumpul beramai-ramai.
Saya juga suka bila anak-anak saya sentiasa di pandang baik dari sisi mata bapa dan ibu saudara mereka. Saya akan merasa bangga dan puas hati bila mereka semua memuji cara saya mengajar dan mendidik anak-anak saya selama ini.
Kadang-kadang terasa sedikit riak bila mereka memuji-muji kejayaan anak saya dalam pelajaran terutama bila mereka membandingkan kejayaan anak saya dengan anak-anak mereka.
Ibu mana yang tidak gembira bila bila kaedah gaya asuhan saya sentiasa di sebut-sebut dan di jadikan contoh oleh mereka. Dan lebih gembira lagi mereka cuba mengamalkankannya pula.
Ok tak jawapan akak.
Mungkin anda ada pendapat yang lain, setiap ibu mesti ada pendapatnya sendiri kan jadi anda boleh ke Mum's Secrets Survey dan cuba menjawab kaji selidik di situ pula.