OOO

Jumaat, Oktober 12, 2012

Resepi Udang Kam Heong / Kam Heong Prawn

Terima kasih buat teman-teman yang sudi sedekahkan Al Fatihah dan doa buat arwah abah akak dan juga teman-teman yang juga telah kehilangan ayahanda masing-masing.  Setiap kehilangan akan di di rasai, di tangasi dan sentiasa di ingati.


Resepi Udang Kam Heong / Kam Heong Prawn ini akak jumpa bila gi blog walking kat teman-teman blogger yang rajin memasak.  Tertarik nak cuba bila tenguk bahan-bahannya..ala-ala masakan cina.  Resepi asal menggunakan ayam tapi Puan Liza ni gunakan udang..akak pun guna udang gak.

Bahan-bahan
500 gm ayam ( digoreng dengan sedikit tepung) - Akak guna udang
~ ayam diperap ngan tepung jagung dan sedikit garam, then goreng & toskan.

4 tangkai cili padi (diketuk)
2 tangkai cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (dicincang)
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan cili sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
5 helai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
1. Gaulkan ayam (udang)  bersama tepung jagung dan sedikit garam dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih hingga naik baunya.
3. Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.
4. Masukkan ayam (udang) bersama cili merah dan juga cili padi. Gaulkan ayam(udang) rata.
5. Masukkan garam, gula dan angkat.
6. Hidangkan bersama nasi putih.

8 ulasan:

  1. mcm best je kak...nak sikit bole? hehe

    BalasPadam
  2. Memang sedap masakan ni, saya dah makan ayam Kam Heoang di Restoran Adam Lai Sek 15 shah alam..sedap lah

    BalasPadam
  3. Ok udang ada kat rumah, boleh la try :D

    BalasPadam
  4. Assalam kak ina..terbaik la resepi ni..sedap giler..husb sy ckp rasanya so far, this is one of ur best siakap's dish..kembang setaman sy kak..tq so much ya...

    BalasPadam
  5. Assalam kak ina..terbaik la resepi ni..sedap giler..husb sy ckp rasanya so far, this is one of ur best siakap's dish..kembang setaman sy kak..tq so much ya...

    BalasPadam
  6. merah menyala warna masakan kak ina kali ni, geram tengok

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...