OOO

Selasa, Oktober 23, 2012

Shopping Untuk Hari Raya Haji Di Tesco Mutiara Damansara

48 hours Sticky Post. Scroll down for the latest entries.

Hari raya haji hampir tiba, dah tentulah kena buat membuat perancangan dan persiapan apa yang perlu di masak untuk dijamah di pagi raya nanti. 
Kalau nak membeli belah  barang keperluan harian, akak suka tempat yang selesa, mesra pengguna dan mempunyai ruang parking yang banyak, kalau boleh nak yang berbumbung sebab kalau hujan tak payahlah nak pakai payung.
 
 Kali ni kami sekeluarga meluangkan masa ke TESCO Extra Mutiara Damansara 
  kerana di sini terdapat banyak pilihan, pelbagai jenama dan produk 


Sekali sekala beli  air berkarbonat tak salahkan..akak beli sebab harganya murah sangat. Susun atur barangan memang menarik..senang nak cari barang keperluan yang di kehendaki
Mak beras dah habis..ok..ambik sekampit.
Teringin pula nak buat agar-agar di pagi raya untuk di makan bersama adik beradik dan anak saudara yang ada di rumah mak.
Anak-anak  suruh buat gak buat kukis dan kek coklat ..ikutkan ajerlah
Tepung pun kena beli gak..boleh buat pelbagai makanan 
untuk di jamah seisi keluarga
Ira dan Firdaus tengah pilih beras basmathi  yang paling bagus sebab kami nak buat gak nasi sedap..tapi tak sure lagi nak buat nasi beraini ataupun nasi minyak...tak per beli dulu.   Bila dah ada stok kat rumah senang nak masak.


 Beli gak kacang tanah..cadang nak buat kuah kacang makan dengan nasi impit.
Kalau masak kuah kacang, akak suka guna resepi yang ini.    
Nanti jangan lupa cuba yer resepi ini
Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
Dikisar dgn air:

  • 6 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering, direndam
  • Segenggam udang kering, direndam
  • Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
  • 2 sudu besar gula merah
  • 5 sudu besar gula putih
  • 1 susu besar garam
  • Air anggaran 400ml - 500ml
Cara-cara:  
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
 
6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.
Nak buat kuah kacang, kenalah beli nasi impit segera, selain dari makan dengan kuah kacang, boleh gak di makan dengan rendang dan kuah lodeh.
Bermacam-macam  pilihan rempah-ratus  ada di sini..
Salah satu yang menarik disini adalah kerana susun atur barangan amat kemas, senang di cari kerana setiap rak di bahagikan kepada kategori barangan yang di kehendaki.
Dah lama cari perencah ayam tandoori ini....akhirnya jumpa di Tesco Extra Mutiara Damansara..Akak beli gak perencah nasi Briyani..mesti sedap di makan bersama ayam goreng tandoori.  Kebetulan ada offer beli 1 dapat 1 percuma..Apa lagi mestilah rembat 3-4 paket untuk di bawa pulang.
 
 Bawang mestilah beli sebab masakan tanpa bawang mana sedap kan..
 
Tanda harga yang di pamerkan memang jelas dan besar, kalau tak nak beli yang paket, kita boleh beli bahan masakan yang boleh di timbang sendiri di sini. Senang nak tau berapa banyak yang kita perlukan untuk di guna dalam masakan.
 
Wow murahnya...mana nak dapat dengan harga sebegini di tempat lain 
 
Jangan lupa timbang  sebab nak letak tanda harga..nanti senang masa nak buat bayaran.  Walaupun orang ramai tapi  servicenya memang tip top.  Tak payah nak beratur panjang sebab ada 4 kaunter di sediakan.  

Bila kita tak jumpa apa yang di cari, kita boleh  tanya dengan staff di sini.  Mereka sudi tunjukkan di mana barang tersebut..bestkan macam tu
Lepas beli barang-barang kering, kami ke bahagian barangan mentah pula.  
Ira pilih kepak ayam sebab nanti bolehlah  buat kepak ayam  goreng tandoori untuk di makan bersama nasi sedap.
Sementara anak-anak pilih ayam...akak sibuk cari daging nak buat rendang. 
 Mak...belilah daging kerbau ni...boleh buat rendang 
Seronok dapat beli daging kerbau dengan harga murah sebegini..
yang penting Halal
Selain dari beli daging kerbau, akak beli juga daging lembu ..ingat nak masak kari daging.  
 
Segarnya daging yang di jual di sini.  Oh yer...kat sini kita  boleh suruh mereka potong daging ikut saiz yang akak kehendaki..cam nak masak steak, rendang ataupun daging masak kicap.  Tetap murah..tetap segar..
 
  Abang...suruh mak beli peha kambing....
 
 apa agaknya di rebut oleh mereka ni??? Ikan siakap ker?
 
Ooooo mereka sedang berebut pilih udang besar rupanya...masing-masing berebut-rebut nak ambik udang besar ni sebab harganya yang murah.  
Fuhhh  nasib baiklah  ada Ira yang tolong pilih sekali...wah bolehlah  makan sambal tumis udang dengan petai di pagi raya nanti
Wah murahnya harga daging kali ni..berbaloi-baloi jika membelinya..setiap kali 
ke TESCO Extra Mutiara Damansara ada sajer potongan harga yang di tawarkan
Pelbagai jenis makanan laut juga ada di sini seperti ikan, sotong 
dan pelbagai makanan import dari luar negara
Amboiiii anak akak ni...pantang nampak harga murah, terus beli
 Nak cari bahan organik pun senang..semuanya di letakkan pada satu rak
Barangan yang di pamerkan di TESCO Finest ada 
bermacam-macam jenama dan harga
Bila anak-anak tenguk papan tanda ni..dorang pun sibuk pilih jajan...
macam kanak-kanak riang
Check dulu semua barang untuk persiapan hari raya haji....Erhmm dah lengkap rasanya..tak lupa gak beli barangan keperluan rumah.
Marilah berbelanja di TESCO Extra Mutiara Damansara  bila-bila masa kerana di buka setiap hari.

22 ulasan:

  1. Lama tak ke Tesco, gian juga ni....Sabah takde tesco la kak ina.

    BalasPadam
  2. memang best shopping di sini..yiezaa..blela terjah lagi ni ...

    BalasPadam
  3. adda selalu g tesco ampang jer walaupun dok cheras..sebab opis en hubby belakang tesco jer..senang..

    BalasPadam
  4. lom pernah singgah tesco md ni...nampak mcm sgt besar tu

    BalasPadam
  5. Tesco Extra MD Ni memang pilihan Nurul, kini dan selamanya.. Sekrang dah makin bertambah cantik..

    BalasPadam
  6. ni memang tesco pilihan untuk family kami kak.. nak dikatakan setiap kali hujung minggu lepas gaji mesti gi sini shopping barang dapur.. Harraz punya pampers pun selalu borong dekat sini

    BalasPadam
  7. wah..banyaknya shopping raya....sakan kak...

    BalasPadam
  8. Banyak akak beli barang untuk persiapan raya. Nanti boleh buat rumah terbuka ni :-)

    BalasPadam
  9. hye kak ina !
    hee
    serius tertarik dengan susun atur barang dia, ouas hati la kalau nak shopping kat sini. takde sarabot nak cari barang tak jumpe

    BalasPadam
  10. Advantage tesco adalah susun atur dan pilihan yang pelbagai....

    BalasPadam
  11. Kak Ina cemana nk jadi mcm kak ina ni. Boleh je amik gmbr byk2 masa tgh shopiing atau jalan2. Saya ni selalu je malu nak amik gmbr byk2 terutamanya kalo kat tempat awam. Sebab saya takut pekerja kat situ marah. Kalo nak amik gmbr tu kena ckp tak kat derang nak amik gmbr, atau boleh je amik gmbr tanpa bertanya? Sama juga kalau saya pegi makan kat restoren. Saya selalu takut nak amik gmbr makanan yang saya order tu.

    BalasPadam
  12. tesco mutiara damansara ni port sha beli lunch hari hari..hehehe dah dekat je ngan opis sha ni...selalu gak beli brg dapur , pampers + susu damia kat sini bila pergi lunch tu.. anyway dah cantik sangat tesco mutiara ni...

    BalasPadam
  13. Wah... Kak Ina, banyaknya bershopping... Siap tangkap gabar lagi...

    Meriah betul...

    Senarai Peserta terkini Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..

    BalasPadam
  14. nampak kemas dan teratur susunan barangan kat sini,jauh kak ina shopping ye...biasanya sy beli di nsk je...

    BalasPadam
  15. akak...tesco kena bayaq kat akak mahal tau pasal entry akak nih mmg first class.. bayangkan dayah kat opis nih rasa mcm nak balik nanti nak singgah tesco la beli barang..haha.. terpengaruh sungguh la..!
    mmg dasat .. nak kena belajar byk lagi dayah ni.. nak dpt aura penulisan berpengaruh cam nih la...
    :)

    BalasPadam
  16. assalamualaikum kakina...seronoknya bershopping di pasaraya Tesco yer...di Tesco barang2an nyer memang murah2 harganya...:)

    BalasPadam
  17. Kak ina, bestnya berbelanja satu family, berbaloi2!
    Terus terasa nak pegi Tesco ni..

    BalasPadam
  18. Puas hati dapat shoping kat Tesco, macam2 ada pilih je mana mau :)

    BalasPadam
  19. kat mutiara damansara di damansara area IKEA

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...